backup og meta

Cegah Fibroid Rahim Dengan Ubah Gaya Hidup & Pemakanan Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

    Cegah Fibroid Rahim Dengan Ubah Gaya Hidup & Pemakanan Sihat

    Fibroid rahim merupakan kondisi yang menimpa hampir 20% ke 40% golongan wanita yang berada di dalam usia pembiakan. Persoalannya, wujudkah cara mencegah fibroid?

    Myoma rahim atau juga dikenali sebagai fibroid adalah sejenis tumor jinak yang tumbuh secara abnormal di dalam rahim dan tidak bersifat kanser (cancerous).

    Ia adalah tumor berotot licin yang terbentuk di dinding rahim sebagai ketumbuhan tunggal atau berkelompok.

    Dalam kes yang teruk, kehadiran kluster dan jumlah fibroid yang banyak mampu mengembangkan saiz rahim hingga ke tulang rusuk!

    Ngeri, kan? Justeru, apakah cara mencegah fibroid rahim yang boleh golongan wanita lakukan? Mari ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Fibroid Rahim, sila dapatkannya di sini.

    Fibroid rahim, kenali simptom-simptomnya

    cara mencegah fibroid

    Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk para pembaca sekalian memahami gejala dan punca fibroid rahim dengan lebih mendalam.

    Untuk makluman, fibroid boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Lokasinya juga berbeza-beza, sama ada di rahim, dinding rahim atau pada permukaannya.

    Pun begitu, kebanyakan wanita yang mempunyai fibroid tidak mengalami sebarang gejala.

    Pada mereka yang bergejala, tanda dan simptom yang paling kerap berlaku merangkumi:

    • Pendarahan haid yang berat
    • Tempoh haid berlangsung lebih dari seminggu
    • Mengalami tekanan atau kesakitan di bahagian pelvis
    • Kerap membuang air kecil
    • Kesukaran mengosongkan pundi kencing
    • Sembelit
    • Sakit belakang atau kaki

    Punca-punca myoma

    Malangnya, hingga kini pakar masih tidak dapat merungkai punca di sebalik pembentukan fibroid rahim.

    Bagaimanapun, faktor hormon dan genetik mungkin membuat anda lebih cenderung mendapatkannya.

  • Hormon: Estrogen dan progesteron adalah hormon yang bertanggungjawab membuatkan lapisan rahim menebal semasa haid setiap bulan. Mereka juga mungkin mempengaruhi pertumbuhan fibroid.
  • Genetik: Para penyelidik telah menemui perbezaan genetik antara fibroid dan sel-sel normal di dalam rahim.
  • Faktor pertumbuhan lain: Bahan-bahan yang bantu menjaga tisu dalam badan, seperti faktor pertumbuhan insulin, mungkin menyumbang kepada pertumbuhan fibroid.
  • Extracellular matrix (ECM): ECM membuatkan sel-sel melekat. Fibroid pula mempunyai ECM yang lebih banyak berbanding sel normal, yang menjadikannya berserat.
  • Baca juga:

    Jadi, bagaimana cara mencegah fibroid?

    Jika mahu diikutkan, fibroid tidak dapat dicegah, namun beberapa penyelidikan menunjukkan perubahan gaya hidup berserta diet pemakanan yang sihat berpotensi mengurangkan risiko pembentukannya.

    #1 Bersenam secara berkala

    cara mencegah fibroid

    Bukan menjadi rahsia lagi, melakukan senaman secara berkala dapat memberi kesan positif kepada kesihatan.

    Ia turut meningkatkan hormon endorfin atau turut dikenali sebagai hormon gembira, menguatkan jantung dan sistem kardiovaskular, malah bantu mencegah penyakit berkaitan hormon.

    Senaman telah terbukti dapat mengurangkan jumlah hormon yang beredar, secara tidak langsung mencegah pertumbuhan fibroid.

    #2 Kawal berat badan (kekalkan BMI normal)

    BMI (indeks jisim badan) mempunyai hubung kait dengan fibroid, mengurangkan BMI melalui aktiviti senaman dan pola pemakanan yang sihat dapat mengurangkan risiko pembentukan fibroid. Ia juga merupakan salah satu cara mencegah fibroid yang paling berkesan.

    Justeru, pastikan berat badan anda berada di tahap yang disyorkan berdasarkan ketinggian dan jenis badan.

    BMI sihat adalah antara 18.5 dan 25. Sekiranya BMI anda melebihi 25, ambil langkah untuk turunkan berat badan.

    Cara mencegah fibroid #3 Minum teh hijau

    Ekstrak teh hijau mungkin bermanfaat dalam merawat ketumbuhan fibroid, kondisi yang mempengaruhi seramai 25% ke 30% golongan wanita.

    Dr. Dong Zhang, dan rakan-rakan dari Meharry Medical College di Nashville mengatakan, mereka telah mendapati bahawa ekstrak teh hijau dapat membunuh sel-sel fibroid rahim dalam kajian tabung uji dan mengurangkan ukuran serta berat fibroid pada tikus.

    Kajian turut menunjukkan, EGCG yang terkandung di dalamnya mungkin berguna untuk penggunaan jangka panjang pada wanita yang fibroid tidak kronik.

    Ia dikatakan berupaya mengekang perkembangan tumor dan elak risiko gejala daripada bertambah parah.

    EGCG adalah polifenol dalam teh hijau dan merupakan sebatian yang dijumpai pada sayur-sayuran dan buah-buahan.

    #4 Makan buah dan sayur sebagai cara mencegah fibroid

    Disebabkan anemia boleh berlaku seiring dengan fibroid rahim, maka penting untuk memiliki zat besi yang mencukupi.

    Tahukah anda, salah satu sumber zat besi terbaik, boleh diperolehi daripada sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti selada air, sayur sawi, brokoli, kangkung, bayam, bok choy dan collard hijau.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan