backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Menarik! Ada Cara Nak Rawat Fibroid Tanpa Bedah, Boleh Tingkatkan Rangsangan Seks Juga!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/11/2021

    Menarik! Ada Cara Nak Rawat Fibroid Tanpa Bedah, Boleh Tingkatkan Rangsangan Seks Juga!

    60% hingga 65% wanita mengalami fibroid di usia 50 tahun. Sekarang, ada beberapa jenis rawatan yang boleh dijalankan untuk mengubatinya, tidak terkecuali rawatan fibroid tanpa pembedahan seperti embolisasi fibroid.

    Embolisasi fibroid, uterine fibroid embolization (UFE) adalah prosedur invasif minimum yang digunakan untuk merawat tumor fibroid yang menjadi pemicu pendarahan haid berat, senggugut teruk, dan tekanan pada pundi kencing atau usus.

    Apa yang menariknya, ia dikatakan berupaya meningkatkan rangsangan seks pasca rawatan!

    Ingin tahu dengan lebih lanjut, ayuh kita kenali penyakit fibroid terlebih dahulu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Fibroid Rahim, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu fibroid?

    Fibroid adalah pertumbuhan abnormal yang terbentuk di dalam atau pada rahim wanita.

    Kadangkala, tumor ini boleh menjadi agak besar dan menyebabkan rasa sakit perut yang teruk dan pendarahan haid berat.

    Dalam kes lain, mereka mungkin tidak akan menimbulkan tanda atau simptom sama sekali.

    Pertumbuhan fibroid juga selalunya bersifat benign (bukan kanser), pun begitu puncanya masih belum diketahui.

    Untuk makluman, fibroid juga dikenali dengan nama:

    • Fibromas
    • Leiomyoma
    • Myoma
    • Mioma rahim

    Fibroid rahim, apa punca?

    rawatan fibroid tanpa pembedahan

    Malangnya, hingga kini masih tidak jelas punca di sebalik pertumbuhan fibroid, tetapi beberapa faktor boleh mempengaruhi pembentukannya, seperti:

    #1 Hormon

    Estrogen dan progesteron merupakan hormon yang dihasilkan oleh ovari.

    Mereka memicu pertumbuhan lapisan rahim tumbuh pada setiap kitaran haid dan boleh merangsang pembentukan fibroid.

    #2 Sejarah keluarga

    Ya, faktor genetik serta keturunan keluarga juga mungkin memainkan peranan!

    Jika ibu, kakak, atau nenek anda mempunyai sejarah kondisi ini, anda juga berisiko menghidapnya.

    #3 Kehamilan

    Kehamilan meningkatkan pengeluaran estrogen dan progesteron di dalam badan anda.

    Hal ini boleh membuatkan fibroid terbentuk dan berkembang dengan cepat semasa hamil.

    Bagaimana fibroid didiagnosis?

    Sebelum kita kupas mengenai rawatan fibroid tanpa pembedahan dengan lebih lanjut, mari kita fahami proses diagnosis fibroid dilakukan terlebih dahulu.

    Untuk diagnosis yang tepat, anda perlu berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani ujian pelvis.

    Ujian ini digunakan untuk memeriksa keadaan, ukuran, dan bentuk rahim anda. Anda mungkin juga memerlukan ujian lain, merangkumi:

    MRI pelvis

    Ujian pencitraan mendalam ini menghasilkan imej rahim, ovari, dan organ pelvis yang lain.

    Ultrabunyi

    Ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej rahim di skrin.

    Ini akan membolehkan doktor anda melihat struktur dalamannya dan sebarang kewujudan fibroid.

    Manakala, ultrabunyi transvaginal pula (dimasuk ke dalam faraj), mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas.

    Rawatan fibroid tanpa pembedahan

    Penderita fibroid rahim telah melaporkan peningkatan dalam kualiti kehidupan seks mereka dan kelegaan simptom yang ketara selepas setahun menjalani sejenis rawatan fibroid tanpa pembedahan, iaitu embolisasi fibroid rahim, menurut kajian di Perancis.

    Menurut kajian terbabit, hampir 8 daripada 10 wanita yang menyertai tinjauan tersebut melaporkan perubahan positif dalam fungsi seksual, keinginan, keghairahan dan kepuasan usai rawatan setahun.

    Tambah lagi, didapati kira-kira 9 daripada 10 wanita mempunyai kualiti hidup secara menyeluruh yang lebih baik!

    Rawatan fibroid tanpa pembedahan, UFE bukanlah kaedah perawatan yang baharu, menurut Dr. Marc Sapoval, salah seorang penulis bersama kajian.

    Dr. Sapoval memegang pangkat Profesor Radiologi Klinikal di Hopital Europeen Georges Pompidou, Paris.

    Tambah beliau, perkara baharu yang diketengahkan dalam ini adalah fokus terhadap fungsi seksual.

    Wanita dengan masalah fibroid acap kali menderita gejala dan ketidakselesaan yang ketara, kata Dr. Sapoval.

    Gejala ini mungkin merangkumi pendarahan haid yang berat, sakit semasa berhubungan seksual, sakit pelvis, belakang dan kaki.

    rawatan fibroid tanpa pembedahan

    Histerektomi, kaedah pembuangan rahim menjadi satu-satunya rawatan yang dapat menjamin agar fibroid tidak akan berulang. Tetapi itu bukanlah satu-satunya pilihan rawatan yang ada.

    UFE, juga dikenali sebagai embolisasi rahim, adalah salah 1 alternatif untuk pembedahan.

    Untuk prosedur tersebut, ahli radiologi intervensi membuat belahan kecil pada kulit pangkal paha atau pergelangan tangan. Tiub nipis kemudian dimasukkan ke dalam arteri di bahagian atas kaki.

    Menggunakan real-time imaging, tiub tersebut disalurkan ke arteri rahim, yang membekalkan darah ke rahim, jelas para penyelidik.

    Kemudian, zarah bersaiz pasir bakal dilepaskan, menyekat aliran darah ke arteri kecil yang memberi ‘makan’ kepada fibroid.

    Jadi, apabila bekalan darah terputus, ketumbuhan akan mengecut dan mati!

    Kajian itu melibatkan lebih daripada 260 wanita daripada 25 pusat di seluruh Perancis yang menjalani prosedur embolisasi.

    Peserta menyelesaikan penilaian berkaitan fungsi seksual dan kualiti hidup mereka sebelum dan 1 tahun selepas prosedur.

    Pada mulanya, 189 wanita melaporkan pendarahan haid yang tidak normal. Juga, lebih daripada 170 wanita mengalami kesakitan akibat fibroid, menurut kajian.

    Tetapi setahun selepas rawatan, hanya 39 pesakit yang melaporkan pendarahan tidak normal dan hanya 42 orang yang masih mengalami sakit pinggang!

    Selepas setahun, prosedur ini telah dikaitkan dengan peningkatan yang signifikan dalam kesemua aspek berkaitan fungsi seksual mengikut dapatan para penyelidik.

    Hal ini menjadi berita baik buat penderita fibroid, selain mengubati tumor ini dengan kaedah rawatan fibroid tanpa pembedahan UFE, hubungan di ranjang juga akan meningkat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan