Sebagai ibu bapa, pernah tak anda terfikir yang hasrat anda untuk lihat anak mendapat keputusan cemerlang menjadi punca stres buat mereka?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sebagai ibu bapa, pernah tak anda terfikir yang hasrat anda untuk lihat anak mendapat keputusan cemerlang menjadi punca stres buat mereka?
Hala tuju pekerjaan sememangnya terkesan daripada keputusan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, mindset anak perlu skor straight A untuk berjaya dalam hidup boleh memudaratkan kesihatan mental mereka.
Perkara ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia.
Menurut Dr Alvin Ng Lai Oon, seorang Profesor Psikologi Klinikal di Universiti Sunway, secara amnya, kebanyakan ibu bapa percaya anak boleh hidup senang kelak sekiranya mereka berjaya di sekolah.
Melalui corak pemikiran tersebut, konsep kejayaan itu sendiri telah diperkecilkan skopnya.
Mereka yang gagal dalam pelajaran di sekolah dianggap akan gagal dalam kehidupan kelak.
Namun, adakah perkara itu benar?
Seperti yang dinyatakan, punca stres bagi anak-anak adalah apabila ibu bapa mencampuri urusan “usaha” dalam pelajaran bagi memaksa mereka mendapatkan keputusan cemerlang.
Kegiatan plagiarisme merupakan satu jenayah akademik yang berat tidak kiralah di mana anda berada.
Pelbagai punca stres yang boleh dikaitkan dengan sikap tidak bermoral ini dan salah satunya adalah apabila anak ditekan untuk berjaya dalam satu bidang yang mereka tidak gemari.
Bahkan, jika mereka berminat dengan bidang tersebut pun, tekanan ibu bapa terhadap prestasi akademik anak boleh menyumbang kepada permasalahan ini.
Oleh sebab itulah tanggungjawab yang disandang oleh guru dan pensyarah, besar untuk mengenal pasti punca kepada perkara tersebut.
Ia bukanlah semudah “pelajar malas” atau “pelajar suka menipu”. Terdapat faktor psikologi lain yang perlu diambil kira sebelum kita membuat andaian.
Pada tahun 2008, Richard H. McCuen, pensyarah dari Universiti Maryland telah membuat analisis terperinci berkenaan dengan tindakan plagiarisme dan kesannya kepada individu.
Secara amnya, setiap tindakan plagiat mempunyai pencetusnya. Tekanan yang mewujudkan konflik dalaman merupakan salah satu daripadanya.
Majoriti konflik tersebut tercetus akibat masalah prestasi yang akan mempengaruhi keputusan akademik individu.
Bagi mengisi kekurangan mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang, disebabkan oleh tekanan, mereka cenderung untuk melakukan jenayah plagiat.
Apa yang lebih teruk lagi, individu tersebut akan menggunakan pendekatan psikologi rasionalisasi bagi mengadili jenayah yang telah dilakukan untuk mencapai objektif tersebut.
Dalam konteks ini, benarlah kata pepatah, “niat tidak menghalalkan cara”.
Pada tahun 2016, saintis dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat telah menjalankan kajian terhadap 506 pelajar darjah enam.
Mereka telah diminta untuk menyenaraikan 3 daripada 6 harapan teratas ibu bapa terhadap mereka.
Harapan yang tersenarai boleh dibahagikan kepada 2 aspek:
Keputusan tersebut kemudiannya dibandingkan dengan gred peperiksaan yang dicapai dan sahsiah mereka di sekolah.
Ibu bapa yang menekankan konsep sahsiah dalam hidup mempunyai anak yang mencapai keputusan baik dalam peperiksaan dan tingkah laku.
Antara lain punca stres, mereka yang ditekankan dengan kejayaan akademik pula berisiko untuk alami masalah kemurungan, keresahan, kurang keyakinan diri dan masalah dalam pelajaran.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa punca stres atau tekanan untuk mencapai keputusan cemerlang boleh mempengaruhi keperibadian pelajar dan keputusan akademik yang bakal dicapai oleh mereka.
Sudah berapa banyak berita yang dilaporkan di akhbar berkenaan dengan kes pelajar bunuh diri kerana tertekan dengan desakan keluarga untuk capai prestasi lebih baik.
Secara tidak langsung, tekanan dan desakan yang diberikan seakan-akan menunjukkan ibu bapa tidak percaya akan keupayaan anak.
Saban tahun, kes cubaan bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat berserta jumlah mereka yang didiagnosis dengan penyakit mental.
Anda mungkin berminat:
Beberapa langkah boleh diambil bagi memastikan anak anda berupaya untuk memaksimumkan usaha untuk berjaya dan mencegah punca stres ini.
Tekanan daripada ibu bapa boleh menjadi punca stres kepada anak-anak untuk berusaha memperbaiki diri.
Berikan ruang untuk buktikan kemampuan diri mereka.
Jangan lupa, jika anak anda berjaya dalam aspek tertentu, tidak kiralah sekecil mana pun, pujilah mereka.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen