home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

Sebagai ibu bapa, semestinya anda pernah berdepan dengan situasi anak mula merengek, tantrum dan akhirnya mula menangis apabila permintaannya tidak dipenuhi atau ada kesalahan yang dilakukan. Pastinya mood dan keadaan emosi anda menjadi tertekan. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berlaku di persekitaran awam, seperti di taman permainan mahupun pusat membeli-belah dan semestinya pada saat itu, anda pasti terfikir apakah cara yang perlu dilakukan agar anak mendengar kata anda.

Jangan panik. Situasi itu adalah normal bagi setiap ibu bapa. Tetapi menjadi ibu bapa, sudah tentu kita inginkan yang terbaik. Berikut terdapat beberapa tips untuk mendidik anak untuk dapat mendengar nasihat.

Gunakan bahasa yang baik dan lembut

  • Elakkan penggunaan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’.
  • Gunakan ayat positif untuk memberi tunjuk ajar atau mengarahkan anak.
  • Penggunaan ayat yang sopan dan lembut pastinya dapat membuatkan anak mengikut arahan kita.
  • Jangan meninggikan suara atau menengking. Perbuatan ini secara tidak langsung boleh mengganggu psikologi dan emosi anak tanpa kita sedar.

Renung mata anak

  • Sebelum memberikan apa-apa arahan, pastikan paras mata anak dan anda adalah selari. Melutut jika perlu.
  • Renung matanya dan pastikan dia memberikan fokusnya kepada anda.

Sebut nama

  • Biasakan untuk menyebut nama anak sebelum anda memberikan sebarang arahan atau nasihat. Seeloknya nama penuh anak, agar dia sedar betapa seriusnya perkara yang dikatakan itu.
  • Elakkan dari memanggil anak dengan bahasa kasar.
  • Hormati anak sebagaimana kita mahu anak menghormati kita.

Ringkas dan jelas

  • Sentiasa ingat anak anda tetap seorang kanak-kanak. Jangan berikan arahan mahupun nasihat yang berbelit atau mesej tersembunyi.
  • Jangan berikan terlalu banyak nasihat atau teguran dalam satu-satu masa. Dikhuatiri anak akan keliru.
  • Elakkan dari berleter.

Hadiah dan pujian

  • Semua individu sukakan hadiah. Jadi berikan anak anda hadiah (reward) sebagai menghargai atau pembakar semangat untuk dia melakukan sesuatu mengikut arahan atau nasihat anda.
  • Berikan hadiah mengikut kemampuan dan pastikan ianya adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada anak.
  • Pujilah anak apabila dia dapat melakukan sesuatu dengan baik. Pujian yang baik boleh dianggap sebagai doa buat anak.

Jadi teladan

  • Adalah menjadi kebiasaan untuk anak-anak mengikut atau meniru perbuatan ibu bapanya. Maka ajarkan kata-kata sopan yang mudah seperti terima kasih, maaf dan tolong. Tapi pastikan anda juga melakukan perkara yang sama.
  • Kedua ibu bapa harus bekerjasama dalam mendidik anak.

Peluk dan cium anak

  • Sentiasa peluk dan cium anak agar anak akan sentiasa merasakan diri disayangi.
  • Semasa memeluk anak, usaplah belakang bahu (anak lelaki) dan belakang kepala (anak perempuan) sambil kita menasihati anak.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita sentiasa bersikap sabar dalam melayani kerenah anak-anak. Jangan pernah berputus asa. Setiap hari adalah hari untuk kita belajar sesuatu yang baru.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Cara mendidik anak-anak supaya mendengar kata

https://my.theasianparent.com/cara-mendidik-anak-anak-supaya-mendengar-kata/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Anak degil tak mahu dengar cakap. 5 cara yang dikongsi wanita ini sangat membantu

https://www.keluarga.my/anak-degil-tak-mahu-dengar-cakap-5-cara-yang-dikongsikan-wanita-ini-sangat-membantu/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Kenapalah anak taknak dengar cakap. 5 tips ajar anak tahu limit mereka.

https://majalahpama.my/kenapalah-anak-tak-nak-dengar-cakap-5-tips-ajar-anak-tahu-limit-mereka/ Accessed on Nov 15, 2018

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 29/11/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x