Bercakap tentang bunuh diri bukanlah satu tugasan mudah. Jika anda tidak pasti apa yang harus anda katakan, anda harus sediakan skrip terlebih dahulu. Apabila anda sudah menyediakan skrip, pastikan anda kekal dengan apa yang anda telah rancang. Anda pasti tidak mahu anak anda merasakan bahawa anda tidak mempunyai kepastian tentang topik yang ingin dikatakan itu.
Apa yang perlu anda katakan
- Kongsi perasaan anda. Biarkan anak anda mengetahui bahawa anda mengambil berat dan prihatin dengan apa yang dirasai mereka. Dan impak yang akan berlaku ke atas keluarga jika mereka memilih untuk membunuh diri.
- Kata-kata semangat. Sentiasa mengingatkan kepada anak anda bahawa mereka tidak perlu meletak matlamat yang tinggi kepada diri sehingga menimbulkan tekanan kepada diri. Beritahu kepada mereka bahawa adalah lebih baik untuk dikelilingi individu lain daripada keseorangan.
- Puisi terapeutik. Jika anda tidak boleh meluahkan kata-kata secara terus kepada anak anda. Anda mungkin boleh memilih untuk mengespresikan diri anda melalui sajak atau puisi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen