home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Cubit, Pukul & Rotan Antara Hukuman Yang Sering Anak Dapat, AWAS Ini 5 Kesan Buruknya!

Cubit, Pukul & Rotan Antara Hukuman Yang Sering Anak Dapat, AWAS Ini 5 Kesan Buruknya!

Tahukah anda tentang cara didik anak yang betul? Seperti yang kita sedia maklum setiap ibu bapa semestinya mahukan anaknya mendengar kata, tahu menjaga diri dan beradab.

Malahan, tiada ibu bapa yang menyukai apabila anaknya membuat perangai, menangis atau merengek apabila tidak mendapat apa yang diingini.

Namun begitu, kunci untuk menghindari tingkah laku sebegini adalah terletak kepada bagaimana anda didik anak di rumah dan disiplin yang digunakan.

Tetapi apakah perbezaan antara disiplin dan hukuman semasa didik anak? Ikuti artikel ini untuk membantu anda mengenal pasti perbezaan antara kedua-duanya dan kesan penggunaan hukuman kepada anak-anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara didik anak – Disiplin atau hukuman?

didik anak

Mendisiplinkan anak-anak adalah satu cabang tanggungjawab dan peranan kepada setiap ibu bapa.

Namun, ini boleh mendatangkan kekecewaan, memenatkan dan meletihkan, malahan mungkin perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh setiap individu yang bergelar ibu bapa.

Terdapat perbezaan besar antara disiplin dan hukuman. Hukuman hanya akan menumpukan tentang bagaimana membuat atau menjadikan seorang kanak-kanak takut kerana melanggar peraturan.

Sebaliknya dislipin adalah mengajarnya bagaimana untuk membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

Ini bantu menjadikan kanak-kanak seorang yang:

  • Bertenang
  • Belajar untuk menyelesaikan masalah
  • Belajar untuk mengendalikan kemarahan
  • Belajar untuk mengawal emosi dan perasaan
  • Mempelajari tingkah laku dan kelakuan yang dijangkakan serta diharapkan daripada mereka

Hukuman pula adalah berdasarkan kepada idea bahawa kanak-kanak perlu berasa takut, malu, kesakitan atau penghinaan untuk belajar bagaimana mempunyai adab atau tingkah laku yang lebih baik seperti:

  • Mengawal tingkah laku melalui kekuasaan dan ketakutan
  • Lebih memfokuskan kepada tingkah laku negatif

Apa itu hukuman?

Hukuman adalah sebarang bentuk denda yang diberikan kepada setiap kesalahan yang dilakukan kanak-kanak. Ia menjadikan seseorang anak itu ‘membayar’ untuk kesilapan yang dilakukan.

Adakalanya, keinginan untuk memberi hukuman itu timbul kerana kekecewaan yang dihadapi oleh ibu bapa.

Namun begitu, seorang kanak-kanak yang sering kali dihukum dan menanggung hukuman berat akan mula berfikir, ‘saya seorang yang jahat’. Daripada memikirkan bahawa keputusan dan pilihan yang dilakukan adalah tidak baik.

Cara didik anak – Apa itu disiplin?

Disiplin adalah cara yang boleh membantu untuk mengajar kanak-kanak kemahiran baru, seperti cara mengawal tingkah laku, menyelesaikan masalah dan mengendalikan emosi serta perasaan yang mendatangkan ketidakselesaan pada diri.

Disiplin membantu kanak-kanak untuk belajar daripada kesilapan dan mengajar mereka cara yang terbaik untuk menangani emosi seperti kemarahan dan kekecewaan.

Teknik untuk mendisplinkan anak-anak adalah seperti memberikan tempoh masa tertentu atau menarik balik sebarang keistimewaan yang diberikan.

Ia bermatlamat untuk memberitahu kepada anak-anak tentang kesan negatif yang akan berlaku terhadap sebarang tingkah laku atau keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dengan cara ini dapat membantu anak untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

Kesan negatif memukul anak

didik anak

Mendisiplinkan anak sememangnya merupakan tugas utama bagi pasangan ibu bapa. Kadangkala, ibu bapa juga gagal mengawal perasaan lalu memarahi anak yang melakukan kesalahan.

Lebih teruk lagi, ada juga ibu bapa yang sanggup menggunakan kekerasan dan memukul anak dengan tangan ataupun objek hanya disebabkan salah laku yang mungkin tidak setimpal dengan hukuman yang diterima.

Sekiranya anak melakukan kesalahan, kawal kemarahan anda itu. Malah dengan memukul atau menggunakan kekerasan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah tapi mendatangkan kesan negatif yang lain, seperti:

  1. Ia tidak mengajar anak apa-apa

Anda perlu tahu bahawa memukul anak tidak mendatangkan sebarang faedah. Malah, tidak wujud pengajaran yang boleh diperolehi melalui hukuman itu.

Paling bahaya, ia mungkin hanya akan menyebabkan anak anda mengalami parut pada badannya akibat kecederaan dipukul ibu atau ayahnya.

  1. Mengeruhkan keadaan

didik ank

Jika ibu bapa berpendapat bahawa memukul akan membuatkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama, adalah pemikiran yang salah.

Ini kerana, kanak-kanak tetap akan melakukan kesalahan tersebut dan ternyata dengan memukul tidak mendatangkan sebarang perubahan pada tingkah laku mereka.

  1. Menyebarkan keganasan

Jika anda sendiri yang membenarkan keganasan ini tersebar dengan memukul anak, maka tidak mustahil jika mereka juga terpengaruh dengannya.

Mereka akan beranggapan memukul merupakan jalan penyelesaian kepada setiap salah laku dan melakukannya kepada orang lain.

4. Membuat anak membenci ibu bapa

Sebagai kanak-kanak kecil, mereka masih belum mampu berfikir secara rasional. Disebabkan itu, mereka akan menganggap bahawa hukuman memukul mereka adalah satu penghinaan dan rasa tidak dihargai.

Kesemua ini akan disimpan di dalam hati lalu menyebabkan mereka mula menyemai perasaan benci akan ibu bapa mereka sendiri.

5. Memberikan kesan negatif pada jangka masa yang panjang

Ibu bapa seharusnya tahu bahawa perbuatan memukul anak akan mendatangkan kesan negatif pada jangka masa yang panjang, seperti:

  • Anak menjadi agresif
  • Anak menjadi egois dan anti sosial
  • Perkembangan kognitif dan emosi terbantut

Paling membimbangkan, kanak-kanak yang terlalu terdedah kepada keganasan semasa kecil cenderung untuk mencontohinya.

Mereka mungkin akan menggunakan kekerasan ini untuk melakukan jenayah dan pelbagai kesalahan tingkah laku lain.

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu mendisiplinkan anak sejak dari kecil dan sentiasa ingat bahawa memukul bukanlah satu pilihan hukuman yang terbaik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Asyikin Md Isa pada 18/06/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
x