Kembali kepada keyakinan diri
Apabila anda dalam proses membina kesedaran diri, anda mula untuk mencipta keraguan dan rasa tidak percaya tentang bagaimana individu di sekeliling melihat anda. Anda mula belajar untuk mengharapkan pujian dan menghindari kritikan. Namun, sentiasa ingat bahawa kita semua dilahirkan dengan keyakinan, dan kita boleh memperolehinya semula jika kita tahu mengawal fikiran negatif dalam diri kita.
Tahu kekuatan dan kelemahan diri
Sebagai permulaan, kenal pasti kekuatan serta kelemahan diri dan bandingkannya dengan perkara yang anda suka. Anda mungkin boleh menyenaraikan 5 perkara yang anda gemar lakukan dan 5 perkara yang anda ingin lakukan atau ingin miliki. Lakukan semua perkara yang anda gemari dahulu, kemudian, beri peluang kepada diri untuk mencuba melakukan sesuatu yang anda ingin lakukan. Anda pasti akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan dalam masa yang sama meraih kepuasan diri.
Harapkan kejayaan
Ada yang mengatakan, adalah lebih baik untuk mengharapkan sesuatu yang buruk atau paling teruk agar anda kecewa jika anda gagal dan anda akan teruja jika anda berjaya. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, sikap pessimism akan menjejaskan prestasi anda. Jadi sentiasa berharapkan kejayaan setiap hari dan anda akan menyedari kejayaan yang diperolehi hadir bersama keyakinan.