Dianggarkan 275 juta penduduk dunia menderita akibat gangguan keresahan. Ini merupakan 4% daripada jumlah populasi dunia, dengan taburan di antara 2.5% dan 6.5% daripada populasi dalam sesebuah negara. Daripada jumlah itu, 62% adalah wanita (170 juta orang), berbanding 105 juta lelaki yang mengalami gangguaan keresahan.

Gangguan keresahan adalah diakibatkan oleh pelbagai faktor, tetapi simptom utama yang dialami oleh pesakit adalah:
- kebimbangan – risau yang melampau mengenai masa depan yang tidak pasti, berasa tidak selamat, sukar untuk memberi tumpuan
- tekanan motor – tidak senang duduk dan gelisah, sakit kepala yang sangat menekan, gementar, tidak berupaya menenangkan diri
- Aktiviti autonomik yang melampau – kepala berasa ringan, berpeluh, kadar degupan jantung tinggi (takikardia) atau bernafas kencang (takipnoea), pedih di bahagian atas abdomen (ketidakselesaan epigastrik), pening kepala dan mulut kering
Menjelang tahun 2030, beban masalah kesihatan dunia ke atas ekonomi akan berjumlah USD16 trilion. Bagaimana dunia harus menangani cabaran kesihatan mental, di mana impaknya memberi kesan signifikan ke atas kehidupan mereka yang terkesan, tidak kurang juga kesannya ke atas ekonomi, menjadi antara agenda penting di Perjumpaan Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2019 di Davos.
Duke of Cambridge, Putera William akan menyertai Davos 2019, di mana baginda akan bercakap mengenai Kesihatan Mental di Tempat Kerja, yang merupakan inisiatif baginda dalam meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi di tempat kerja.
Hakikat sebenar mengenai gangguan kesihatan mental adalah lebih tinggi berbanding data yang dilaporkan, ini kerana banyak kes tidak dilaporkan di negara maju dan negara sedang membangun. Ditambah pula, mereka yang telah didiagnosis juga tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi penerangan ringkas mengenai betapa perlunya tindakan segera untuk menangani gangguan kesihatan mental menerusi nota berikut: