backup og meta

Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!

Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!

Sebagai ibu bapa, pernah tak anda terfikir yang hasrat anda untuk lihat anak mendapat keputusan cemerlang menjadi punca stres buat mereka?

Hala tuju pekerjaan sememangnya terkesan daripada keputusan peperiksaan. 

Walau bagaimanapun, mindset anak perlu skor straight A untuk berjaya dalam hidup boleh memudaratkan kesihatan mental mereka.

Perkara ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia.

Menurut Dr Alvin Ng Lai Oon, seorang Profesor Psikologi Klinikal di Universiti Sunway, secara amnya, kebanyakan ibu bapa percaya anak boleh hidup senang kelak sekiranya mereka berjaya di sekolah.

Melalui corak pemikiran tersebut, konsep kejayaan itu sendiri telah diperkecilkan skopnya.

Mereka yang gagal dalam pelajaran di sekolah dianggap akan gagal dalam kehidupan kelak.

Namun, adakah perkara itu benar? 

Seperti yang dinyatakan, punca stres bagi anak-anak adalah apabila ibu bapa mencampuri urusan “usaha” dalam pelajaran bagi memaksa mereka mendapatkan keputusan cemerlang.

Mereka yang ditekan untuk belajar cenderung untuk alami stres dan masalah disiplin

Jangan menekan anak dengan kaedah yang keterlaluan.
Jangan menekan anak dengan kaedah yang keterlaluan.

Kegiatan plagiarisme merupakan satu jenayah akademik yang berat tidak kiralah di mana anda berada.

Pelbagai punca stres yang boleh dikaitkan dengan sikap tidak bermoral ini dan salah satunya adalah apabila anak ditekan untuk berjaya dalam satu bidang yang mereka tidak gemari.

Bahkan, jika mereka berminat dengan bidang tersebut pun, tekanan ibu bapa terhadap prestasi akademik anak boleh menyumbang kepada permasalahan ini.

Oleh sebab itulah tanggungjawab yang disandang oleh guru dan pensyarah, besar untuk mengenal pasti punca kepada perkara tersebut.

Ia bukanlah semudah “pelajar malas” atau “pelajar suka menipu”. Terdapat faktor psikologi lain yang perlu diambil kira sebelum kita membuat andaian.

Pada tahun 2008, Richard H. McCuen, pensyarah dari Universiti Maryland telah membuat analisis terperinci berkenaan dengan tindakan plagiarisme dan kesannya kepada individu.

Secara amnya, setiap tindakan plagiat mempunyai pencetusnya. Punca stress dan tekanan yang mewujudkan konflik dalaman merupakan salah satu daripadanya.

Majoriti konflik tersebut tercetus akibat masalah prestasi yang akan mempengaruhi keputusan akademik individu.

Bagi mengisi kekurangan mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang, disebabkan oleh punca stress dan tekanan, mereka cenderung untuk melakukan jenayah plagiat.

Apa yang lebih teruk lagi, individu tersebut akan menggunakan pendekatan psikologi rasionalisasi bagi mengadili jenayah yang telah dilakukan untuk mencapai objektif tersebut.

Dalam konteks ini, benarlah kata pepatah, “niat tidak menghalalkan cara”.

Ibu bapa main peranan penting terhadap perkembangan anak bagi konsep etika

Peperiksaan juga boleh membuatkan anak stres.
Peperiksaan juga boleh membuatkan anak stres.

Pada tahun 2016, saintis dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat telah menjalankan kajian terhadap 506 pelajar darjah enam.

Mereka telah diminta untuk menyenaraikan 3 daripada 6 harapan teratas ibu bapa terhadap mereka.

Harapan yang tersenarai boleh dibahagikan kepada 2 aspek:

  1. Aspek pencapaian peribadi (keputusan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang bagus kelak).
  2. Aspek sahsiah (berperangai elok dan memfokuskan kepada tatasusila anak).

Keputusan tersebut kemudiannya dibandingkan dengan gred peperiksaan yang dicapai dan sahsiah mereka di sekolah.

Ibu bapa yang menekankan konsep sahsiah dalam hidup mempunyai anak yang mencapai keputusan baik dalam peperiksaan dan tingkah laku.

Antara lain punca stres, mereka yang ditekankan dengan kejayaan akademik pula berisiko untuk alami masalah kemurungan, keresahan, kurang keyakinan diri dan masalah dalam pelajaran.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa punca stress dan tekanan untuk mencapai keputusan cemerlang boleh mempengaruhi keperibadian pelajar dan keputusan akademik yang bakal dicapai oleh mereka.

Sudah berapa banyak berita yang dilaporkan di akhbar berkenaan dengan kes pelajar bunuh diri kerana tertekan dengan punca stress dalam keluarga untuk capai prestasi lebih baik.

Secara tidak langsung, punca stress dan tekanan dan desakan yang diberikan seakan-akan menunjukkan ibu bapa tidak percaya akan keupayaan anak.

Saban tahun, kes cubaan bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat berserta jumlah mereka yang didiagnosis dengan penyakit mental.

Bagaimana cara untuk atasi punca stres anak terhadap pencapaian hidup mereka?

Beberapa langkah boleh diambil bagi memastikan anak anda berupaya untuk memaksimumkan usaha untuk berjaya dan mencegah punca stres serta punca stress dalam kalangan remaja. 

  1. Jangan hanya berleter mengenai subjek usaha jika anak anda gagal. Tentunya anak tahu gred peperiksaan yang bagus boleh menjamin kecemerlangan hidup mereka kelak. Apa yang perlu difokuskan adalah bagaimana untuk menjentik mereka melakukan refleksi diri terhadap kegagalan yang dialami.
  2. Elakkan daripada menekankan anak perlu menang atau mesti perolehi keputusan cemerlang tidak kira walau apa sekalipun. Ia boleh menyebabkan mereka berasa stres. Apa yang perlu anda berikan adalah sokongan.
  3. Jangan kritik keputusan yang diperolehi. Ia akan mempengaruhi tahap keyakinan terhadap potensi untuk mereka berjaya. Kajian pada tahun 2015 menunjukkan hukuman terhadap gred peperiksaan teruk tidak memberikan impak positif kepada perkembangan anak. Apa yang berkesan adalah interaksi yang berbentuk sokongan terhadap anak. 
  4. Integriti, hormat orang lain dan sahsiah terpuji juga satu bentuk kejayaan yang dicapai oleh anak anda. Jangan lupa untuk puji mereka sekiranya mereka cemerlang dalam aspek sahsiah hidup. Ia akan membentuk atitud positif dan mendorong mereka untuk berusaha kelak.
  5. Amalkan apa yang anda sampaikan. Anda merupakan contoh tauladan kepada anak-anak. Bayangkan jika anda beritahu anak, anda tidak kisah akan keputusan mereka namun melenting apabila mereka gagal. Apa mesej yang cuba anda sampaikan sebenarnya?

Konklusi

Punca stress dan tekanan daripada ibu bapa boleh menjadi punca stres kepada anak-anak untuk berusaha memperbaiki diri.

Perhatian!


Berikan ruang untuk buktikan kemampuan diri mereka.

Jangan lupa, jika anak anda berjaya dalam aspek tertentu, tidak kiralah sekecil mana pun, pujilah mereka.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Mothers and Fathers Are Seen as Disproportionately Valuing Achievements: Implications for Adjustment Among Upper Middle Class Youth. (https://link.springer.com/article/10.1007/s10964-016-0596-x). Diakses pada 20 Mei 2020.
  2. Pressure for good grades often leads to high stress, cheating, professors say. (https://news.stanford.edu/news/2005/february23/cheat-022305.html). Diakses pada 20 Mei 2020.
  3. Parents creating unnecessary pressure on schoolkids, experts say. (https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/09/13/parents-creating-unnecessary-pressure-on-schoolkids-experts-say/744909). Diakses pada 20 Mei 2020.
  4. The Plagiarism Decision Process: The Role of Pressure and Rationalization. (https://www.researchgate.net/publication/3052931_The_Plagiarism_Decision_Process_The_Role_of_Pressure_and_Rationalization). Diakses pada 20 Mei 2020.
  5. The association of punitive parenting practices and adolescent achievement. (https://psycnet.apa.org/doiLanding?doi=10.1037%2Ffam0000137). Diakses pada 20 Mei 2020.

Versi Terbaru

23/10/2024

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

Cubit, Pukul & Rotan Antara Hukuman Yang Sering Anak Dapat, AWAS Ini 5 Kesan Buruknya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan