backup og meta

Rogol: Kesannya Terhadap Fizikal dan Mental Mangsa

Rogol: Kesannya Terhadap Fizikal dan Mental Mangsa

Impak kesan rogol melibatkan aspek fizikal dan mental. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa serangan seksual ini tanpa mengira jantina mahupun status perkahwinan.

Dalam erti kata yang lain, kejadian rogol dan serangan seksual sudah menjadi semakin tidak terkawal di dunia ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Definisi rogol

Rogol boleh dirujuk sebagai perlakuan atau aktiviti seksual tanpa rela, secara paksa atau dengan ugutan yang boleh membawa kecederaan dan bertentangan dengan keinginan atau kerelaan seseorang individu.

Rogol adalah serangan seksual yang melibatkan penembusan vagina, anus atau mulut) atau kesalahan seksual lain seperti mencium, meraba atau mengintai.
Ia dianggap aktiviti seksual yang menyalahi undang-undang Malaysia di bawah Akta 375 Kanun Keseksaan.

Apa kesan rogol terhadap mangsa?

Rogol atau perkosaan adalah jenayah yang akan meninggalkan mangsa dengan banyak kecederaan fizikal dan psikologi yang serius.

Berikut merupakan kesan-kesannya terhadap kehidupan mangsa:

Kesan rogol terhadap fizikal mangsa

Rogol boleh menjejaskan tubuh mangsa secara fizikal kerana perogol mungkin menggunakan keganasan seksual. Mangsa mungkin memerlukan perhatian perubatan untuk memulihkan masalah ini.

Kesan fizikal tersebut termasuklah:

  • Mangsa mengalami penembusan yang menyakitkan. Kesakitan boleh menjadi ketara dan boleh dirasai semasa dan selepas perkosaan.
  • Mangsa mengalami jangkitan urin.
  • Mangsa boleh hamil. Ramai mangsa mungkin tidak mahu menjaga bayi berkenaan kerana ia mengingatkan mereka tentang peristiwa traumatik.
  • Mangsa boleh mendapat jangkitan seksual seperti HIV, gonorrhea, chlamydia, hepatitis B. Kondisi-kondisi ini adalah sukar untuk dirawat.
  • Mangsa mungkin mengalami kesukaran berjalan atau mengalami patah tulang.

Baca juga:

Kesan rogol terhadap mental mangsa

Selepas perkosaan, kesihatan mental dan emosi mangsa juga boleh merosot dengan ketara.

#1. Malu dan serba salah

Kerana masyarakat cenderung menyalahkan mangsa, walaupun mangsa tidak melakukan apa-apa yang salah, mereka mungkin berasa bersalah.

Walaupun mangsa tahu ia bukan kesalahan mereka, mereka masih boleh berasa bersalah. Mereka percaya bahawa mereka membenarkan perogol menyerang mereka secara seksual.

Terdapat kes-kes apabila rasa malu membuatkan mangsa memutuskan untuk diam.

Mangsa tidak menceritakan kisah mereka kepada polis, sehingga pemerkosa akan terus melakukan kegiatan jenayah ini tanpa apa-apa hukuman.

#2. Hilang kawalan

Selepas kejadian itu, mangsa kehilangan keyakinannya.

Mereka berfikir bahawa mereka tidak berkuasa, tidak berguna, dan tidak dapat mengawal hidup mereka apabila membiarkan perkosaan berlaku.

Oleh itu, mereka mungkin tidak dapat mengawal perasaan, pemikiran dan tingkah laku mereka dan jatuh ke keadaan kejutan atau perasaan kaku.

Kesan rogol terhadap mangsa #3. Ketakutan

Mangsa kekal rasa takut bahawa pemerkosa itu akan kembali dan mereka menderita akan diperkosa lagi.

Selain itu, mereka takut bahawa orang lain akan mengetahui mengenai kejadian itu dan memandang rendah terhadap mereka.

Di samping itu, mangsa berasa takut di tempat di mana mereka dirogol.

kesan rogol

#4. Kemarahan

Kemarahan adalah reaksi biasa terhadap peristiwa traumatik.

Kemarahan dapat membantu mangsa merasakan mereka semakin kuat. Mangsa mungkin marah dengan pemerkosa, dengan diri mereka sendiri atau dengan orang yang ingin membantu mereka.

Kadang-kadang, kemarahan boleh menyebabkan tindakan jenayah seperti membunuh perogol.

#5. Ketidakpercayaan

Mangsa mungkin kehilangan kepercayaan mereka pada seseorang dan dalam kehidupan, memikirkan setiap orang boleh menjadi seorang yang tidak baik sama ada mereka adalah kenalan sendiri atau orang asing.

#6. Tertanya-tanya

Mangsa mungkin tertanya-tanya mengapa pemerkosa memilih mereka.

Kenapa mereka perlu mengalaminya? Kenapa pemerkosa tidak memilih orang lain?

Ini adalah tindak balas semula jadi kerana mangsa tahu bahawa hanya sebilangan orang yang menderita masalah ini.

Dalam erti kata yang lain, terdapat banyak kesan rogol yang teruk terhadap fizikal dan mental mangsa.

Oleh itu, mangsa  perlu diberi perhatian yang lebih agar fizikal dan mental mereka tidak terjejas.

Rogol dalam perkahwinan

Sebenarnya, kita sendiri mungkin tidak tahu jika individu yang rapat dengan kita pernah atau sedang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual.

Ini kerana mereka mungkin mahu menyorokkannya daripada pengetahuan individu lain kerana malu dengan keadaan mereka.

Kadangkala, mangsa rogol sendiri adalah individu yang anda tidak sangka.

Sebagai contoh kes rogol, mangsa rogol yang sudah berkahwin. Ya, anda perlu tahu bahawa wujud juga kejadian rogol dalam perkahwinan yang sudah dianggap sebagai sesuatu yang normal kini.

Rogol dalam perkahwinan pula adalah perhubungan seksual yang dilakukan tanpa kerelaan seseorang pasangan.

Isu ini bukanlah satu isu baru, malah perbuatan seksual rogol dalam perkahwinan ini telah diharamkan di hampir 50 buah negara, antaranya Britain, Amerika Syarikat dan Nepal.

kesan rogol

Sebagai seorang wanita, ikatan perkahwinan bukan bermakna hak anda boleh ‘dipijak’ sewenang-wenangnya.

Anda berhak untuk mempertahankan hak anda jika anda merasakan anda tidak layak diperlakukan sedemikian. Pelbagai agensi sedia membantu jika anda memerlukan bantuan.

Konklusi

Konklusinya, perbuatan rogol tidak kira dalam perkahwinan atau tidak sememangnya akan mendatangkan pelbagai kesan-kesan yang negatif.

Kesan rogol ini pula akan menjejaskan fizikal serta mental mangsa dalam jangka masa yang panjang.

Isu ini perlu dipandang lebih serius oleh pelbagai pihak.

Sebagai individu, sentiasa peka dengan individu di sekeliling anda yang anda rasa mungkin pernah atau sedang menghadapi masalah ini. Jika ya, segera hulurkan bantuan kepada mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 21 Amazing Spousal Rape Statistics. https://healthresearchfunding.org/21-spousal-rape-statistics/. Accessed May 21, 2019.
  2. LAWS OF MALAYSIA. http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Penal%20Code%20%5BAct%20574%5D2.pdf. Accessed May 21, 2019.
  3. Marital Rape: New Research and Directions. https://vawnet.org/material/marital-rape-new-research-and-directions. Accessed May 21, 2019.
  4. Take Action to Protect and Support Survivors of Sexual Harassment. https://wao.org.my/take-action-to-protect-and-support-survivors-of-sexual-harassment/. Accessed May 21, 2019.
  5. What The victims May Be Feeling. https://sapac.umich.edu/article/161. Accessed May 21, 2019.
  6. Some common reactions to sexual assault. http://dean.williams.edu/policies/sexual-misconduct/some-common-reactions-to-sexual-assault/. Accessed May 21, 2019.
  7. Sexual assault. https://www.womenshealth.gov/publications/our-publications/fact-sheet/sexual-assault.html. Accessed May 21, 2019.
  8. What is sexual assault and sexual abuse?. http://www.kemh.health.wa.gov.au/services/sarc/what_is.htm. Accessed May 21, 2019.
  9. Information and help after rape and sexual assault – Section 2: How rape and sexual assault can affect people. http://www.gov.scot/Publications/2016/02/7336/4. Accessed May 21, 2019.
  10. Effects of Sexual Assault and Rape. http://www.joyfulheartfoundation.org/learn/sexual-assault-rape/effects-sexual-assault-and-rape. Accessed May 21, 2019.
  11. How to Help a Friend. https://counseling.uoregon.edu/Topics-Resources/Student-Self-Help/Sexual-Assault-Abuse-Harassment/How-to-Help-a-Friend. Accessed May 21, 2019.

Versi Terbaru

16/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Kanak-kanak Jadi Mangsa Amang Seksual, Ajar Si Kecil 7 Perkara Ini!

Rasa Terangsang Tengok Video Cium Peluk & Ulang Banyak Kali, Itu Tanda Ketagih Porno!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan