backup og meta

Bagaimana berdepan dengan krisis kurang keyakinan diri?

Bagaimana berdepan dengan krisis kurang keyakinan diri?

Generasi masa kini dikenali sebagai generasi narsis. Teknologi dan media sosial telah memberikan lebih banyak ruang untuk menonjolkan diri kita. Walau bagaimanapun, masih ada di antara kita yang merasai kekurangan diri. Hakikatnya, terdapat satu perasaan terpendam yang seringkali membentuk imej diri dan kawalan ke atas tingkah laku kita yang dikenali sebagai kekurangan keyakinan diri.

Kesan Kekurangan Keyakinan Diri

Terdapat pelbagai elemen yang jelas mempengaruhi suara dalaman di dalam minda seseorang, daripada sikap positif sehinggalah negatif. Apabila kita semakin menjengah usia, kita menjadikan suara-suara tersebut sebagai sudut pandang. Kita terus bergantung harap kepada suara-suara tersebut dan sekaligus mengurangkan keyakinan dalam diri. Antara suara-suara dalama yang popular di mana hampir setiap orang akan mengalaminya dalam kehidupan seharian:

  • Kamu bodoh
  • Segalanya tidak betul mengenai kamu
  • Kamu tidak menarik
  • Kamu adalah satu kegagalan
  • Kamu tak seperti orang lain
  • Takkan ada orang yang akan menyayangi kamu
  • Tiada siapa yang mahu berkawan dengan kamu
  • Kamu gemuk
  • Kamu selalu gagal
  • Kamu tidak akan berjaya
  • Kamu tidak mampu berhenti minum/merokok
  • Apa gunanya mencuba, kalau asyik gagal?

Ibarat guru pemusnah-jiwa, suara-suara dalam akan selalu menjadi lebih bingit jika semakin kita menghampiri kejayaan. Selalunya, kita akan bertindak-balas dengan apa yang kita fikirkan walaupun kita tidak pernah pun memikirkannya sebelum ini. Kita berkemungkinan ingin sekadar mendiamkan diri dan memendam rasa di dalam sesebuah keraian atau tidak mahu terlibat dalam perhubungan dan sebagainya. Cuba bayangkan apakah realiti kehidupan yang bakal kita jalani jika kita boleh bebas daripasa rasa kurang keyakinan diri.

Bagaimana mengatasi rasa kurang keyakinan diri?

Ini merupakan jawapan bagi persoalan anda: segala rasa kurang keyakinan diri merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih baik, belajar mengenai diri kita, atau membina kemahiran baru yang dapat membantu kehidupan.

Oleh itu, mulakan beri perhatian pada diri demi memastikan kita tidak dipengaruhi oleh perasaan kurang yakin pada diri. Kemudian, anda mungkin ingin mencuba tips berikut:

Maafkan masa lampau anda. Fahamilah, tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini, kita semua berdepan dengan perasaan kurang yakin pada diri. Malah kita juga berjuang melawan suara-suara negatif dalam diri. Sesetengah orang mungkin tidak selesa atau suka dengan apa yang mereka lakukan, namun kita faham masalah mereka. Biarkan masa lampau berlalu, kita tidak akan ke mana-mana jika terus hidup dalam kenangan.

Terima diri seadanya. Berhenti sejenak dan muhasabah diri kita. Perhatikan sebahagian daripada kita; bahagian fizikal mahupun mental yang kita tidak suka. Terimalah ia seadanya dan carilah kelebihan yang ada di dalamnya. Bahagian tersebutlah yang melengkapkan diri anda.

Amalkan apa yang anda rasa terbaik untuk diri anda. Anda tidak memerlukan pandangan atau kelulusan orang lain melainkan diri anda sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak memerlukan mereka dalam hidup, namun begitu, anda boleh menerima mereka dan diterima oleh mereka dengan menjadi diri sendiri. Terima dan sayangilah diri anda sepenuhnya, itu sudah mencukupi.

Tidak perlu membandingkan diri anda dengan sesiapa. Sebenarnya tiada sebarang kebaikan jika anda sering membandingkan diri anda dengan orang lain; apa yang mereka sedang lakukan, di mana mereka sering bercuti; betapa bahagianya hidup mereka…  hakikatnya,itu semua merosakkan diri anda. Hidup mereka berbeza dengan anda, masa depan mereka juga berbeza. Namun begitu, jika mereka boleh mengecapi bahagia, anda juga berpeluang untuk merasai bahagia dengan cara anda sendiri.

Bina kepercayaan diri. Menerusi amalan ini, anda akan mula membina kepercayaan dalam diri yang segalanya pasti akan lebih baik untuk anda. Belajarlah untuk melihat dari perspektif yang berbeza. Juga, belajar bagaimana menukar kepayahan kepada sesuatu peluang.

Setelah kita sedar mengenai kekuatan dan potensi dalam diri; setelah kita melihat bagaimana kita terseksa dengan perasaan kurang keyakinan diri, kita akan mula berasa bebas dari rantai yang membelenggu hidup. Rasa kurang keyakinan diri itu kelak akan jadi sekadar lipatan sejarah dan menjadikan kita insan yang lebih baik sepertimana kita impikan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Insecurities: The Importance Of Awareness So You Can Overcome Them. http://www.huffingtonpost.com/dr-carol-morgan/insecurities-the-importan_b_10784650.html. Accessed Decemeber 29th, 2016.

Top 3 Secrets to Kick Insecurity to the Curb!. http://www.huffingtonpost.com/julie-santiago/top-3-secrets-to-kick-ins_b_9891578.html. Accessed December 29th, 2016.

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!

Berhenti Menilai Dari Luaran, Orang Kurang Upaya Juga Ada Potensi Tersembunyi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan