Jangkitan Kuman Saluran Kencing: Ini Simptom, Risiko & Cara Untuk Mengatasinya!

Jangkitan Kuman Saluran Kencing: Ini Simptom, Risiko & Cara Untuk Mengatasinya!

Jangkitan kuman pada saluran kencing berlaku apabila wujudnya bakteria di dalam mana-mana organ saluran kencing.

Saluran kencing terdiri daripada organ penghasilan, penyimpanan dan perkumuhan merangkumi buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra.

Pundi kencing dan urethra ialah antara organ yang paling kerap mendapat jangkitan.

Penyakit ini boleh terjadi kepada semua individu tidak mengira umur dan jantina.

Tetapi wanita mempunyai peratusan tinggi untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki kerana orang perempuan mempunyai urethra yang pendek dan cenderung untuk mendapat jangkitan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Simptom

Apa simptom jangkitan kuman pada saluran kencing?

Simpton biasa termasuk kerap kencing, sakit semasa kencing, aliran air kencing tidak terkawal, air kencing keruh, berbau, nanah atau kencing berdarah.

Pesakit terutama sekali wanita akan rasa sakit di bahagian pubis. Simptom yang lain akan berlaku bergantung kepada organ saluran kencing yang dijangkiti.

  • Jika buah pinggang dijangkiti kuman, pesakit akan mengalami demam, loya, muntah, menggigil atau sakit belakang
  • Jika pundi kencing dijangkiti, pesakit akan berasa tekanan dihadapan pelvis (abdomen bahagian bawah), kerap kencing dan kencing berdarah
  • Jika urethra dijangkiti, pesakit akan berasa sakit semasa kencing dan akan mengeluarkan cecair daripada urethra

jangkitan kuman pada saluran kencing

Terdapat beberapa tanda yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor apabila berlaku sebarang gejala berkaitan.

Punca

Apa punca jangkitan kuman pada saluran kencing?

Punca paling utama ialah bakteria Escherichia coli (E.coli) yang ditemui di dalam usus. Walaupun begitu, kuman lain juga boleh menjadi punca kepada penyakit ini.

Apabila kuman ini berada di permukaan kulit atau berhampiran lubang dubur, kuman ini akan berpindah ke saluran kencing dan ke bahagian lain.

Risiko untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi dalam kalangan wanita adalah kerana jarak antara saluran kencing dan dubur pendek berbanding lelaki.

Bakteria juga boleh berpindah ke dalam saluran kencing melalui catheter yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Selain itu, boleh jadi punca daripada batu karang atau kecacatan sejak lahir yang menyebabkan saluran kencing tersumbat atau selepas melakukan hubungan seks.

Jangkitan kuman pada saluran kencing juga adalah disebabkan oleh jangkitan pada bahagian lain kepada buah pinggang.

Penyakit ini tidak berjangkit tetapi pesakit akan berasa sakit jika melakukan hubungan seks dan perkara ini perlu dirawat segera.

Faktor Risiko

jangkitan kuman pada saluran kencing

Apa faktor risiko kepada jangkitan UTI?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk penyakit ini. Sebagai contoh:

  1. Jantina: urethra wanita lebih pendek berbanding lelaki dan ini mempercepatkan jarak kuman untuk merebak ke pundi kencing.
  2. Aktiviti seks tidak sihat.
  3. Putus haid: selepas putus haid, hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan berlaku perubahan pada saluran kencing, seterusnya jangkitan kuman akan lebih mudah untuk merebak.
  4. Saluran kencing tidak normal: bayi yang mempunyai kecacatan pada saluran kencing tidak boleh mengeluarkan air kencing dengan normal atau air kencing tertahan di dalam urethra berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan .
  5. Saluran air kencing tersumbat: batu karang atau prostat yang membesar boleh menyebabkan air kencing tertahan di dalam pundi kencing.
  6. Imuniti lemah: kencing manis atau apa-apa keadaan yang melemahkan sistem imuniti badan akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan ini.
  7. Penggunaaan catheter: individu yang tidak boleh kencing secara normal dan memerlukan catheter untuk mengeluarkan air kencing. Alat ini digunakan oleh pesakit di hospital, pesakit yang menghidapi masalah saraf, fungsi saluran kencing tidak terkawal dan lumpuh.

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana jangkitan kuman pada saluran kencing didiagnosis?

Kebiasaanya, pesakit akan mengambil ubat antibiotik selama 3-10 hari. Minum air secukupnya untuk membantu membersihkan air kencing.

Minum jus buah-buahan dan juga vitamin C untuk menambah keasidan air kencing yang juga akan membantu membersihkan air kencing.

Elakkan minuman beralkohol dan berkafein. Doktor akan meyarankan ubat untuk meredakan kesakitan semasa kencing seperti Phenazopyridine.

Ubat ini akan mengubah warna air kencing anda. Analgesik atau ubat tahan sakit seperti Acetaminophen, Ibuprofen juga boleh digunakan jika perlu.

Pesakit juga boleh meredakan ketidakselesaan dengan berendam di dalam air suam. Dapatkan rehat yang mencukupi sehingga demam dan sakit anda reda.

Bagaimana jangkitan kuman pada saluran kencing dirawat?

Ujian air kencing (analisis air kencing secara keseluruhan) akan dilakukan. Sampel air kencing tersebut tidak boleh terjejas atau dijangkiti secara luaran.

Pesakit harus mengambil air kencing dipertengahan sebagai sampel untuk ujian tersebut. Analisis air kencing kadang kala berkaitan dengan implantasi air kencing – ujian yang menggunakan sampel air kencing untuk implantasi bakteria dalam makmal.

jangkitan kuman pada saluran kencing

Ujian ini dapat membantu doktor mengenalpasti jenis bakteria punca penyakit dan memberikan ubat-ubatan yang paling berkesan.

Jika doktor mengesyaki jangkitan kuman pada saluran kencing ini berlaku berulang kali disebabkan oleh kecacatan saluran kencing, anda akan diimbas dengan ultrasound atau CT scan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Dalam keadan tertentu, doktor juga berkemungkinan menggunakan contrast dye untuk mendapat gambaran jelas tentang struktur saluran kencing.

Ujian lain diambil melalui saluran darah untuk radang buah pinggang menggunakan X-ray dan pewarna (dye) untuk mendapatkan gambarannya.

Ujian ini dilakukan pada masa lalu untuk merekod gambaran saluran kencing, tetapi kini ujian tersebut digantikan kepada ultrasound atau CT scan secara berperingkat.

Doktor boleh menggunakan lampu panjang, nipis tiubnya untuk melihat ke dalam urethra dan pundi kencing jika anda dijangkiti berulang kali.

Lampu tersebut dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya Disemak pada 19 jam lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim