Bayangkan, anak anda sedang mengamuk kerana mereka mahukan masa bermain yang lebih lama. Apa yang boleh dilakukan? Ya, ia mungkin agak sukar untuk mengawal kemarahan anda. Namun begitu, anda perlu bijak mengawalnya serta menangani perasaan anak anda dengan tenang. Ia mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk melatih diri anda untuk melakukannya.
Setiap kali anak anda meninggikan suara atau menengking anda, sudah pasti kesabaran anda akan teruji, bukan? Namun anda masih perlu bersabar dan jangan sesekali membalas kembali perbuatan mereka. Ini kerana ia hanya akan mengakibatkan anak anda berasa takut dan perasaan ini akan menghantui mereka ketika mereka membesar. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa perlu ajar anak untuk hormat pada mereka dan bukannya takut.
Jadi, salah satu cara yang paling sesuai untuk mengajar anak mengawal kemarahan adalah bercakap dengannya apabila mereka dalam keadaan yang tenang sahaja. Beritahu mereka tentangnya dan jauhkan diri buat sementara waktu. Ini akan membuat mereka tahu bahawa anda adalah serius tentangnya. Paling penting, ini juga akan mengajar anak untuk berkompromi dengan anda.
Adakah mengajar anak mengawal kemarahan akan memberi kesan kepada keperibadian mereka?
Ya, ia akan memberi kesan yang positif terhadap keperibadian mereka. Walaupun bukan serta-merta, ia dapat dilihat ketika mereka dewasa kelak. Jika ia berkesan, anda sebagai ibu bapa boleh dianggap sebagai berjaya mendidik mereka menjadi insan yang lebih positif.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen