What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Ini kerana kedua-duanya adalah jangkitan kelamin dan simptom-simptomnya juga agak serupa.

Kami bongkarkan kepada anda apakah perbezaan antara kedua-dua jenis jangkitan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Perbezaan simptom penyakit gonorea dan penyakit klamidia

Bagi penyakit klamidia, seseorang wanita itu mungkin mengalami gejala yang lebih teruk jika jangkitan merebak ke dalam rahim dan tiub fallopio.

Ini boleh menyebabkan penyakit radang pelvis (PID). PID boleh menyebabkan gejala seperti:

penyakit gonorea

  • Demam
  • Berasa sakit atau tidak sihat
  • Pendarahan pada faraj, walaupun anda tidak mengalami haid
  • Kesakitan yang teruk di kawasan pelvis anda

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda fikir anda mungkin menghidap PID.

Bagi penyakit gonorea pula, anda mungkin akan melihat gejala pada rektum seperti gatal, sakit, dan sakit ketika membuang air besar.

Wanita juga mungkin mengalami pendarahan yang lebih besar semasa haid dan kesakitan semasa melakukan hubungan seks.

Apakah yang menyebabkan kedua-dua penyakit gonorea dan penyakit klamidia?

Kedua-dua keadaan disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang berlebihan. Klamidia disebabkan oleh pertumbuhan bakteria Chlamydia trachomatis yang terlalu banyak.

Manakala gonorea pula disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang disebut Neisseria gonorrhoeae.

Baca juga:

Bagaimanakah penyakit ini berpindah atau berjangkit?

Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria yang disebarkan melalui hubungan seksual yang tidak dilindungi.

Ini bermaksud aktiviti seks tanpa menggunakan kondom, dental dam, atau pelindung lain antara anda dan pasangan anda.

Anda juga mungkin mendapat jangkitan melalui hubungan seksual yang tidak melibatkan penembusan.

Contohnya, jika alat kelamin anda bersentuhan dengan alat kelamin seseorang yang telah dijangkiti, anda juga berpotensi untuk mendapat jangkitan tersebut.

Kedua-dua jangkitan juga dapat dijangkiti melalui hubungan seks terlindung dengan kondom atau penghalang lain jika anda tidak menggunakan perlindungan tersebut dengan betul, atau jika alat pelindung itu pecah.

Kedua-dua penyakit boleh dijangkiti walaupun anda tidak menunjukkan sebarang gejala yang dapat dilihat.

Kedua-dua penyakit juga boleh ditularkan kepada bayi ketika dilahirkan jika ibunya mempunyai kedua-dua keadaan penyakit tersebut.

Bagaimana penyakit gonorea dan penyakit klamidia didiagnosis?

penyakit gonorea

Kedua-dua jangkitan boleh didiagnosis menggunakan kaedah diagnostik yang serupa.

Doktor boleh menggunakan satu atau lebih ujian di bawah ini untuk memastikan diagnosisnya tepat dan rawatan yang betul dapat diberikan.

Antara ujian yang boleh dijalankan ialah:

Bagaimana penyakit gonorea dan klamidia ini dirawat?

Penyakit klamidia biasanya dirawat dengan dos azitromisin (Zithromax, Z-Pak) yang diambil sama ada secara sekali gus atau dalam jangka waktu seminggu atau lebih (biasanya sekitar lima hari).

Jangkitan ini juga boleh dirawat dengan menggunakan doxycycline (Oracea, Monodox).

Antibiotik ini biasanya diberikan dalam bentuk tablet oral dua kali sehari yang perlu anda ambil dalam tempoh seminggu.

Penting untuk anda mengambil dos penuh selama beberapa hari yang ditetapkan supaya antibiotik tersebut dapat membersihkan jangkitan.

Jika anda tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan, ia boleh menyebabkan anda menjadi rintang terhadap antibiotik tersebut kelak.

Ini boleh membahayakan diri anda sekiranya anda dijangkiti sekali lagi.

Sekiranya anda mengalami simptom, gejala tersebut akan mulai pudar beberapa hari selepas anda memulakan rawatan.

Elakkan hubungan seks sehingga doktor memberitahu bahawa jangkitan telah dirawat sepenuhnya oleh antibiotik.

penyakit gonorea

Bagi jangkitan penyakit gonorea, doktor mungkin akan memberikan ceftriaxone (Rocephin) dalam bentuk suntikan ke dalam punggung anda, serta azithromycin yang diambil melalui mulut. Ini dikenali sebagai rawatan berganda.

Menggunakan kedua-dua antibiotik ini dapat membantu membersihkan jangkitan dengan lebih baik daripada hanya menggunakan satu rawatan sahaja.

Seperti juga jangkitan klamidia, jangan melakukan hubungan seks sehingga jangkitan tersebut hilang sepenuhnya.

Pastikan anda juga menghabiskan keseluruhan dos anda.

Gonorea lebih cenderung untuk menjadi rintang terhadap antibiotik berbanding klamidia.

Sekiranya anda dijangkiti dengan strain bakteria yang rintang antibiotik, anda memerlukan rawatan dengan antibiotik alternatif, yang akan disarankan oleh doktor yang merawat anda.

Kesimpulan

Kedua-dua jangkitan, sama ada penyakit gonorea atau klamidia mungkin kelihatan serupa, tetapi ia jelas tidak sama.

Ia berpunca daripada dua jenis bakteria yang berbeza. Simptom yang berlaku juga berbeza, malah kaedah rawatan bagi merawat jangkitan ini juga berbeza antara kedua-duanya.


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Verifying...

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Anyone who is sexually active can get gonorrhea. Gonorrhea can cause very serious complications when not treated, but can be cured with the right medication. https://www.cdc.gov/std/gonorrhea/stdfact-gonorrhea.htm, Accessed dec 02, 2021
  2. Chlamydia trachomatis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chlamydia/symptoms-causes/syc-20355349, Accessed dec 02, 2021
  3. Gonorrhea. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4217-gonorrhea, Accessed dec 02, 2021
  4. Gonorrhea. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/sexually-transmitted/Pages/Gonorrhea.aspx, Accessed dec 02, 2021
  5. GONORRHOEA SYMPTOMS & TREATMENT. https://www.avert.org/sex-stis/sexually-transmitted-infections/gonorrhoea, Accessed dec 02, 2021

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 03/12/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor