home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ketagihan Pornografi? Ini Kesannya Terhadap Anda!

Ketagihan Pornografi? Ini Kesannya Terhadap Anda!

Seumur hidup anda, sudah pasti anda pernah mengenali individu yang ketagihan pornografi, bukan?

Jika ya, ia adalah tidak mengejutkan dan jika tidak, sudah pasti individu di sekeliling anda berahsia dengan anda.

Ataupun, anda sendiri yang menyimpan rahsia gelap itu dengan diri anda sendiri?

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai ketagihan pornografi atau video lucah dan kesannya terhadap anda.

Apa itu pornografi?

Pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej ataupun visual yang merangsang nafsu dan keinginan seksual.

Ia turut dikenali dengan nama porn, smut dan sebagainya. Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka dan moden.

Paling menakutkan, mungkin ramai yang tidak tahu akan kesan negatifnya terhadap kehidupan individu.

Kebanyakan individu yang menonton pornografi, baik lelaki mahupun wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan fantasi seksual lalu menguatkan rangsangan seksual ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

Maka tidak hairanlah ada pasangan berkahwin yang menonton video lucah bersama-sama di rumah kononnya untuk tujuan mempelajari skil atau posisi seks yang baharu.

Isu pornografi kian menjadi lebih teruk ekoran kewujudan internet dan kehadiran media sosial.

Adakah ketagihan pornografi boleh menjejaskan kesihatan otak?

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge University pada tahun 2013, didapati bahawa otak seseorang yang gemar menonton pornografi adalah hampir sama dengan penagih dadah.

Berdasarkan hasil imbasan, terdapat tiga bahagian otak yang lebih aktif pada mereka yang suka menonton video lucah sejak usia muda berbanding yang tidak melakukannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ya, tabiat menonton pornografi sememangnya akan menjejaskan kesihatan otak individu.

Kesan ketagihan pornografi buat individu dan pasangan

Perbuatan menonton video lucah bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan otak, malahan memberi kesan terhadap keseluruhan aspek fizikal dan mental individu, seperti:

#1. Kehilangan keghairahan seksual

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Italian Society of Andrology and Sexual Medicine mendapati 28,000 lelaki yang dijadikan subjek kajian, kebanyakan mereka mula menonton pornografi seawal usia remaja mereka lagi, iaitu sekitar usia 14 – 20 tahun.

Menurut Marnia Robinson yang merupakan ketua pengkaji, semakin ramai lelaki muda di Itali menderita anoreksia seksual dan tidak mampu mengalami ereksi.

Ini kerana penggunaan internet untuk melayari laman sesawang bahan-bahan lucah yang sudah menjadi tabiat ketika remaja.

Anoreksia seksual adalah kondisi kekurangan keghairahan seksual atau lemah libido.

Robinson sendiri menyatakan punca individu lebih memilih untuk menonton video lucah dan mengalami anoreksia seksual adalah masalah fisiologi, bukan psikologi.

#2. Mati pucuk

ereksi

Ini merupakan kondisi yang paling ditakuti oleh lelaki. Mereka yang ketagihan menonton pornografi akan lebih berisiko tinggi mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk.

Profesor Carlo Foresta yang profesor urologi di University of Padua, Itali mendapati bahawa 70% pemuda yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah disebabkan oleh masalah ketagihan pornografi di internet.

Mereka tidak akan membicarakan hal ini secara terbuka dengan teman atau rakan kerja kerana khuatir akan menjadi bahan sindiran.

Menurut beliau lagi,disfungsi erektil atau mati pucuk yang berkaitan dengan pornografi sebenarnya boleh disembuhkan.

#3. Tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar

Dalam kajian lain, ketagihan menonton pornografi mampu membuatkan seseorang lelaki menjadi tidak tertarik melakukan seks di dunia sebenar.

Kajian ini juga menemukan bahawa video lucah boleh membuat lelaki tidak berasa gembira atau puas dengan hubungan seksual yang sebenar dengan pasangannya.

#4. Buat Diri Rasa Keseorangan

Menurut Dr. Gray Brooks, semakin kerap seseorang itu menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan fakta bahawa manusia akan merembeskan hormon dopamin ketika berfantasi sewaktu menonton video lucah.

Hormon ini juga akan membuat seseorang itu berasa khayal, sunyi dan keseorangan.

Ini seterusnya akan mengakibatkan mereka akan terlalu bergantung kepada pornografi untuk mengubati dan melayani perasaan mereka sendiri lalu mengendahkan pasangan yang ada di depan mata mereka.

#5. Menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup

Menonton pornografi sememangnya tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menyebabkan mudarat terhadap sahsiah individu.

Individu yang kerap menonton video lucah cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks lalu membuat mereka hilang fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan.

Ini seterusnya akan memberi kesan yang negatif terhadap kerjaya dan pengurusan hidup anda.

Jika dilihat dari segi agama pula, perbuatan menonton video lucah adalah sesuatu yang ditegah untuk dibuat oleh individu yang beragama Islam.

Selain menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal, ia juga akan mendatangkan dosa dan kesan kepada akhlak manusia.

Ketagihan pornografi perlu dirawat

pornografi

Tabiat menonton video lucah tidak semestinya menjadi indikator bahawa rumah tangga anda sedang bermasalah.

Namun, ia mungkin agak melarat jika pasangan sudah menunjukkan “simptom-simptom” seperti ini:

  • Pasangan lebih memilih menonton pornografi berbanding melakukan hubungan seks bersama anda
  • “Hobinya” membuatkannya culas dalam tanggungjawab harian
  • Pasangan sukar terangsang tanpa pornografi
  • Pasangan selalu menyembunyikan sesuatu dan menggunakan pelbagai alasan untuk menonton pornografi
  • Pasangan menolak untuk membicarakan tentang pornografi yang ditontonnya

Anda mungkin perlu bantuan ahli terapi atau konsultan rumah tangga untuk menyelesaikan masalah ini.

Jangan sesekali menyembunyikan masalah ketagihan pornografi ini kerana ia boleh merosakkan rumah tangga anda.

Konklusi

Konklusinya, perbuatan menonton pornografi adalah salah satu daripada tabiat buruk yang tidak seharusnya diamalkan oleh individu tanpa mengira jantina dan usia mereka.

Ia merupakan satu gejala tidak sihat yang sudah pasti akan memberi pelbagai kesan negatif terhadap individu, pasangan, masyarakat serta negara kita.

Jika anda sendiri merupakan salah seorang daripada individu yang mempunyai tabiat buruk ini, segera dapatkan bantuan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Pornografi. http://www.myhealth.gov.my/pornografi/. Accessed May 14, 2019.

 

Suka Tengok Video Lucah? 8 Benda Ni Akan Efek Kamu Dan Pasangan. https://www.wanista.com/2017/143341/suka-tengok-video-lucah-8-benda-ni-akan-efek-kamu-dan-pasangan/. Accessed May 14, 2019.

 

Apakah Kecanduan Seks Itu Benar-benar Ada?. https://www.bbc.com/indonesia/majalah-46093718. Accessed May 14, 2019.

 

Inilah Dampak Kecanduan Pornografi Pada Tubuh Manusia http://health.detik.com/read/2014/01/22/154641/2475006/763/inilah-dampak-kecanduan-pornografi-pada-tubuh-manusia. Accessed May 14, 2019.

 

Terungkap! Efek Buruk Menonton Film Porno Bagi Otak http://health.kompas.com/read/2015/08/16/123638523/Terungkap.Efek.Buruk.Menonton.Film.Porno.bagi.Otak. Accessed May 14, 2019.

 

Porn Addiction http://www.psychguides.com/guides/porn-addiction/. Accessed May 14, 2019.

 

The Truth About Pornography: It’s Time For A Rude Awakening. https://www.independent.co.uk/news/uk/politics/the-truth-about-pornography-its-time-for-a-rude-awakening-8735043.html. Accessed May 14, 2019.

 

I’m Upset My Partner Watches Porn – What Should I Do?. https://www.independent.co.uk/life-style/love-sex/im-upset-my-partner-watches-porn-what-do-i-do-a6988976.html. Accessed May 14, 2019.

 

The Impact of Pornography on Marital Sex. https://www.focusonthefamily.com/marriage/sex-and-intimacy/when-your-husband-isnt-interested-in-sex/the-impact-of-pornography-on-marital-sex. Accessed May 14, 2019.

 

What to Do When Your Husband Won’t Stop Watching Pornography. https://www.verywellmind.com/husband-wont-stop-watching-pornography-2303586. Accessed May 14, 2019.

 

Is Watching Pornography a Form of Cheating? It Depends. https://www.psychologytoday.com/intl/blog/women-who-stray/201802/is-watching-pornography-form-cheating-it-depends. Accessed May 14, 2019.

 

10 Reasons Why You Should Not Let Your Partner Watch Porn. https://fightthenewdrug.org/10-reasons-why-you-should-not-let-your-boyfriend-watch/. Accessed May 14, 2019.

 

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 05/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x