backup og meta

Dapat Tahu Rakan Anda Mangsa Rogol? Ini 7 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Bantunya

Dapat Tahu Rakan Anda Mangsa Rogol? Ini 7 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Bantunya

Serangan seksual merupakan satu jenayah. Ia ditakrif sebagai satu perbuatan yang tidak mendapat persetujuan bersama dan ia adalah termasuk rogol (serangan yang melibatkan penembusan vagina, anus atau mulut) atau kesalahan seksual lain seperti mencium, meraba, penderaan seksual kanak-kanak atau menyeksa individu secara seksual. Serangan seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan kebanyakan serangan dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa. Ini termasuk rakan kongsi, bekas rakan, saudara, teman atau rakan sekerja. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika anda berdepan situasi rakan anda menjadi mangsa rogol?

Selepas serangan

Mangsa serangan seksual mungkin tidak mengalami sebarang kecederaan luaran atau fizikal. Jika seseorang individu memberitahu anda bahawa mereka dirogol atau diserang secara seksual, ia mungkin merupakan antara perkara yang paling sukar untuk diluahkan, malahan pengakuan itu mungkin memakan masa yang lama sebelum mereka mampu mengatakannya.

Tidak ramai individu yang mempunyai pengalaman berdepan situasi trauma seperti selepas serangan seksual atau rogol. Ini membuatkan mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Perkara paling utama adalah untuk mengambil berat tentang keadaan mangsa.

Perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa

Berikut adalah beberapa cadangan tentang apa yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa serangan seksual. Antaranya:

  • Elakkan untuk menghakimi atau menyalahkan mangsa tentang apa yang telah berlaku. Sebaliknya, dengar dan jangan memaksa mereka untuk memberitahu lebih banyak maklumat jika mereka tidak selesa untuk mengatakannya.
  • Berikan mereka ruang untuk aktif dan berada dalam kawalan diri mereka. Tanyakan bagaimana anda boleh membantu, sebagai contoh, berikan idea tentang apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan. Tetapi biarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri tanpa tekanan. Anda juga boleh membantu mencarikan maklumat berguna, tetapi jangan paksa mereka untuk melakukan atau bercakap dengan sesiapa sekiranya mereka tidak mahu, seperti polis, pengamal am atau perkhidmatan sokongan.
  • Jangan mengawal segalanya. Hormati pilihan mereka dan jangan merancang sebarang rawatan atau pemulihan untuk mereka. Hanya mereka yang mengetahui apa yang mereka rasa, kerana itu, cara yang terbaik adalah untuk mereka pulih atas kehendak mereka sendiri.
  • Ketika mendengar luahan mereka, pastikan anda sentiasa bertenang. Jangan cuba untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai penyerang; dalam beberapa kes, mereka mungkin belum bersedia untuk bercakap mengenainya. Menulis atau mencatat mengenainya mungkin merupakan cara yang terbaik untuk membantu mereka ‘melepaskan’ apa yang mereka tidak mahu luahkan secara lisan tentang apa yang mereka lalui.
  • Berikan mereka ruang. Sebahagian besar proses pemulihan adalah dengan memberikan mereka merasai semula kawalan ke atas kehidupan mereka, jadi menyedari bila masa yang sesuai untuk memberikan mereka ruang adalah sangat penting. Sesetengah mangsa yang mengalami serangan seksual mungkin akan berdepan dengan masalah perhubungan secara fizikal, dan ada masanya mereka tidak mahu disentuh. Jadi hormati kehendak mereka.
  • Berikan sokongan. Sentiasa ada untuk mereka bila diperlukan. Mereka mungkin memerlukan sokongan anda untuk satu tempoh yang lama.
  • Jika anda merasakan mangsa memerlukan pemeriksaan perubatan, tanya dan dapatkan persetujuan daripada mereka sebelum menghubungi bantuan perubatan.

Dalam masa anda memberikan perhatian kepada rakan anda, anda juga masih tetap perlu menjaga diri. Emosi anda mungkin terjejas dari beberapa aspek apabila anda mengetahui seseorang yang anda kenali telah menjadi mangsa rogol. Sebagai contoh, anda mungkin merasa marah, kecewa dan tidak berdaya.

Dapatkan pandangan dan rundingan daripada kaunselor, ahli psikologi atau pengamal am untuk membantu anda lebih memahami dan mengawal reaksi anda terhadap apa yang telah berlaku dan membolehkan anda untuk membantu rakan anda dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Help a Friend. http://www.911rape.org/help-a-friend. Accessed December 22, 2016.

How to Help a Friend. https://counseling.uoregon.edu/Topics-Resources/Student-Self-Help/Sexual-Assault-Abuse-Harassment/How-to-Help-a-Friend. Accessed December 22nd, 2016.

Rape/Sexual Assault Treatment. http://www.webmd.com/first-aid/sexual-assault-treatment. Accessed December 22, 2016.

Versi Terbaru

20/05/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan