Cuba renung-renungkan, mengapa agaknya hati kosong dan tidak gembira? Mengapa kita sering dibelenggu rasa resah dan gelisah hinggakan hendak teruskan aktiviti harian pun terasa sukar? Kenapa hati rasa kosong dengan pasangan?
Tidak dapat dinafikan, semua rasa inilah yang menyebabkan kita hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari erti sebenar kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Tetapi, pasti ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang membuatkan hati kita rasa gembira?
Pada zaman serba lengkap ini, kita ada banyak sebab untuk rasa bahagia. Tapi mengapa rasa hati kosong? Atau hati rasa kosong dengan pasangan?
Daripada sibuk mengejar bahagia, mungkin sudah sampai masanya untuk kita belajar melepaskan semua perkara yang membuatkan hati rasa resah dan tidak tenteram.
Jom ikuti perkongsian kami di bawah untuk lihat apa sebenarnya yang membuatkan ramai individu hidup dalam keadaan tidak gembira.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Kenapa hati jadi kosong?
1. Kenapa kita rasa kosong? Kita lupa nilai diri sendiri
Ramai yang lupa bahawa pangkat, kekayaan, status hubungan serta karier tidak menentukan nilai diri kita yang sebenar.
Sebagai seorang manusia, nilai diri anda lebih daripada apa yang anda sangka. Oleh sebab itu, jangan sesekali lupa akan harga diri sendiri.
Diri kita amat bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan sebarang jumlah wang ringgit sekali pun. Ingat tu!
2. Selalu membandingkan diri dengan orang lain
Pernahkah anda memandang orang yang lebih berjaya dan fikir ‘Untunglah kalau aku boleh jadi kaya dan berjaya macam dia’.
Selalunya fikiran begini akan diikuti pula dengan fikiran lain yang membuatkan hati kita rasa kosong dan tidak gembira. Malah, kita akan mulai rasa ragu dengan kebolehan diri sendiri.
Menurut Iyanla Vanzant, seorang jurucakap motivasi dari Amerika Syarikat, perbuatan membandingkan diri dengan orang lain merupakan tindakan yang zalim terhadap diri sendiri.
Cuba elakkan diri daripada membandingkan diri dengan kehidupan orang lain.
Sebaliknya, cuba terima bahawa setiap orang menjalani kehidupan yang berlainan, dan setiap jalan itu mempunyai cerita yang berbeza-beza.
3. Hati kosong kerana kurang bersyukur
Kadangkala, kita terlalu taksub memikirkan apa yang kita tidak ada, tetapi terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.
Cuba berhenti sejenak dan cuba renungkan segala kurniaan Tuhan kepada kita.
Mungkin anda tidak perasan, selama ini anda sebenarnya sedang hidup dalam keadaan yang serba cukup dan membahagiakan!
4. Hanya gembira jika cita-cita dan mimpi jadi kenyataan
“Saya hanya akan jadi gembira jika saya ada duit sejuta ringgit di dalam bank!“
Sebenarnya, bagus jika anda mempunyai cita-cita yang besar. Malah, ia juga boleh membuatkan anda jadi makin bersemangat untuk mengejar cita-cita tersebut.
Walau bagaimanapun, jika cita-cita tersebut diikat dengan rasa gembira, mungkin inilah sebabnya kenapa hati rasa tak tenang dan tidak bahagia.
Jangan sesekali tentukan apa yang boleh membuatkan anda rasa gembira. Sebaliknya, carilah perkara-perkara yang boleh membahagiakan anda di dalam hidup.
Jika cita-cita anda jadi kenyataan, tahniah! Anda layak dan perlu rasa gembira atas pencapaian anda.
5. Hati kosong kerana rasa benci
Tiada baiknya jika anda suka berdendam dan membenci orang lain. Sebenarnya, amalan ini lebih banyak membawa keburukan kepada diri sendiri.
Bayangkan anda sedang memegang bara api untuk membalingnya kepada orang lain. Begitulah ibaratnya jika anda seorang yang sering menyimpan dendam.
Niat di hati nak baling bara kepada orang lain, tapi akhirnya tangan sendiri pula yang terbakar. Aduhai…
6. Kenapa kita rasa kosong: Tersangkut pada masa lalu
Ramai orang yang hidup dalam bayang-bayang masa lalu. Malah, mereka juga membiarkan segala penyesalan, kesedihan dan peluang yang terlepas menghantui mereka hingga ke hari ini.
Malangnya, apa yang sudah lepas tidak boleh diperbaiki lagi. Apa yang kita boleh lakukan ialah belajar daripada kesilapan dan cuba lagi pada masa akan datang.
7. Tidak sabar buatkan hati kosong
Banyak-banyakkan bersabar dalam hidup. Bukankah Tuhan telah menjanjikan perkara yang baik-baik untuk hambaNya yang bersabar?
8. Hati kosong kerana anda tidak sihat
Cuba periksa kesihatan anda. Bilakah kali terakhir anda dapat tidur yang cukup? Selain itu, adakah anda berada di dalam keadaan tertekan disebabkan:
- keluarga?
- kerjaya?
Semua ini boleh mempengaruhi perasaan dan membuatkan anda rasa hati kosong dan tidak gembira.
9. Kenapa hati rasa tak tenang? Berkawan dengan orang yang negatif
Adakah kawan anda seorang yang gemar bergosip, kaki complaint dan selalu bersembang tentang perkara-perkara yang negatif sahaja?
Jika anda mempunyai kawan-kawan negatif sebegini, cuba jauhkan diri daripada mereka.
Daripada membazirkan masa mendengar celoteh negatif mereka yang akan membuatkan anda rasa sedih dan resah, lebih baik anda buat kerja lain yang lebih bermanfaat.
Bukan mudah untuk buang semua bentuk pemikiran negatif di atas daripada terus mengganggu fikiran kita.
Tip
Jadi, mengapa pilih untuk rasa ‘kenapa kita rasa kosong’?
Hubungi talian HEAL di 15555 jika anda alami krisis kesihatan mental!