Ubat antidepresi merupakan salah satu cara yang selalu diguna pakai untuk rawatan kemurungan dan kegelisahan.
Anda pasti?
Ubat antidepresi merupakan salah satu cara yang selalu diguna pakai untuk rawatan kemurungan dan kegelisahan.
Namun kini, kajian terbaharu menunjukkan bahawa terdapat jalan penyelesaian yang lain untuk mereka yang mengalami masalah keegelisahan dan depresi atau kemurungan ini, tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan.
Terdapat kajian melaporkan bersenam juga boleh menjadi satu bentuk rawatan alternatif yang efektif dalam mengubati depresi dan gangguan kegelisahan.
Menurut Dr. Michael Craig Miller, Penolong Profesor Psikiatri di Harvard Medical School menyatakan sesetengah individu mendapati aktiviti bersenam membantu mereka menangani masalah-masalah ini.
Melakukan aktiviti senaman dikatakan boleh bantu mengurangkan kemurungan dan kegelisahan dengan:
Selain baik untuk rawatan kemurungan, melakukan aktiviti senaman secara berkala juga mempunyai banyak manfaat dari segi emosi dan psikologi:
Satu kajian baru-baru ini mengkaji 45 orang yang menghidap strok berserta kemurungan mendapati, program latihan kekuatan selama 10 minggu ternyata membantu dalam mengurangkan gejala depresi dan kegelisahan.
Menurut Dr. Leslie Seppinni, Pakar Psikologi Klinikal dan Ahli Terapi Keluarga di Beverly Hills menyatakan bahawa aktiviti ini memerlukan konsentrasi dan perhatian yang penuh.
Oleh itu, selain memiliki otot badan yang lebih kuat, minda juga lebih tenang kerana fikiran individu yang kemurungan dapat dialihkan.
Cara mengatasi kegelisahan dan rawatan kemurungan yang baik adalah dengan melakukan aktiviti kardio.
Senaman ini dikatakan mampu membantu mengurangkan simptom-simptom stres yang boleh menyebabkan masalah depresi dan kegelisahan.
Kajian mencadangkan jogging selama 20 hingga 30 minit sehari membantu dalam pengurusan emosi yang lebih baik.
Jika anda tidak berupaya untuk jogging secara berterusan, hanya dengan berjalan juga sudah mampu membantu anda untuk berasa lebih baik secara emosi dan fizikal.
Selain aktiviti berkardio dan mengangkat berat, yoga juga tersenarai dalam senaman yang membantu mengurangkan masalah depresi dan kegelisahan.
Dalam kajian terhadap seramai 65 orang wanita melaporkan 34 daripadanya mengambil kelas yoga 2 kali seminggu selama 2 bulan menunjukkan penurunan ketara dalam gejala kemurungan dan kegelisahan.
Jika anda terlalu sibuk atau tidak berkemampuan untuk melakukan aktiviti di atas, jangan risau!
Ini kerana hanya dengan berjalan atau dikenali sebagai brisk walking, anda sudah mampu untuk berasa lebih baik dan tenang.
Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan ke tempat yang tidak sesak. Anda pasti akan nikmati pengalaman tersebut.
Bercucuk-tanam, bermain bola, hiking atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda dapat membantu untuk menguruskan emosi secara lebih baik.
Dr, Shoshana Bennett, Pakar Psikologi Klinikal menekankan, lakukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan anda agar aktiviti itu dapat dinikmati sebaik mungkin.
Aktiviti-aktiviti senaman tidak hanya tertakluk kepada aktiviti tertentu asalkan anda perbanyakkan bergerak dan berpeluh agar hormon endorfin dapat dikeluarkan.
Bagi pembaca di luar sana yang bergelut dengan masalah depresi dan kegelisahan, sudah tiba masanya untuk anda melakukan rawatan kemurungan atau kaedah alternatif ini selain bergantung pada ubat-ubatan.
Anda boleh bermula secara baby step seperti menaiki tangga ke pejabat, mengambil angin di taman atau hanya dengan window shopping di pusat membeli-belah.
Lama-kelamaan, badan dan mental anda akan lebih bersedia untuk komited dengan aktiviti-aktiviti bersenam. Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen