Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis jenis kemurungan yang wujud? Ia bukan sekadar anda hanya bersedih, berduka dan berdiam diri di satu sudut kehidupan sahaja ya!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis jenis kemurungan yang wujud? Ia bukan sekadar anda hanya bersedih, berduka dan berdiam diri di satu sudut kehidupan sahaja ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Tahukah anda, terdapat beberapa kategori kemurungan yang wujud, bergantung kepada keadaan tertentu.
Ini kerana, keadaan yang khusus boleh mencetuskan keadaan kemurungan lain atau subset bagi kondisi mental tersebut.
Berikut merupakan definisi apa itu kemurungan dan antara kategori yang boleh berlaku:
Ia juga dikenali sebagai kemurungan klinikal. Ia boleh menjejaskan emosi, kelakuan, dan juga fungsi fizikal kehidupan anda yang lain seperti selera makan dan juga kualiti tidur.
Individu yang mengalami kemurungan kategori ini seringkali hilang minat dalam aktiviti yang pernah mereka gemari, selain mempunyai masalah dalam melakukan aktiviti harian mereka.
Mereka yang mempunyai kemurungan juga kadangkala berasa bahawa hidup mereka tidak lagi bermakna.
Di Amerika Syarikat, gangguan kemurungan utama ini adalah antara gangguan mental yang paling kerap berlaku.
Bagi mereka yang mengalami kemurungan utama, mereka mungkin akan mengalami satu episod sahaja atau mungkin juga dengan episod yang berulang.
Gangguan kemurungan berterusan atau juga disebut sebagai dysthymia, adalah kemurungan tahap rendah yang kronik.
Tahap keterukannya adalah lebih rendah berbanding daripada kemurungan utama.
Antara simptom-simptomnya ialah perasaan kesedihan yang mendalam, rasa putus asa yang berterusan selain kekurangan tenaga dan ketidakpastian dalam membuat keputusan.
Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki, dan separuh daripada kes-kes yang berlaku adalah kes yang dikategorikan sebagai kes yang serius.
Gangguan bipolar adalah salah satu daripada jenis jenis kemurungan. Di Amerika Syarikat, ia telah menjejaskan seramai 2.9 peratus daripada keseluruhan populasi di sana dalam masa setahun.
Kedua-dua lelaki dan wanita berpotensi untuk mengalaminya dengan 83% daripada keseluruhan kes-kes yang berlaku adalah kes yang dikategorikan sebagai teruk.
Gangguan ini melibatkan kewujudan episod mood atau emosi yang bertenaga. Kadangkala, ia diikuti dengan episod-episod kemurungan.
Kewujudan episod-episod inilah yang menentukan jenis gangguan bipolar manakah yang didiagnosis.
Sekiranya anda memiliki gangguan kemurungan utama dengan corak bermusim yang juga dikenali sebagai gangguan afektif bermusim, mood anda akan terjejas dengan perubahan bermusim.
Kemurungan bermusim ini biasanya dicetuskan melalui permulaan musim luruh dan berterusan sepanjang musim sejuk. Ia jarang sekali berlaku pada musim panas dan musim bunga.
Keadaan geografi dan jarak daripada khatulistiwa memainkan peranan yang signifikan bagi gangguan jenis ini.
Wanita mewakili setiap 4 daripada 5 individu yang mempunyai gangguan kemurungan bermusim.
Sebanyak 80 peratus ibu baharu akan mengalami “baby blues” dan simptom yang berlaku termasuklah perubahan emosi, kesedihan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, gangguan depresi ini akan hilang dalam tempoh seminggu atau dua minggu.
Jika simptom-simptom yang berlaku tersebut terus wujud lebih daripada beberapa minggu dan keparahannya meningkat naik, ia mungkin tanda berlakunya kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression.
Simptom-simptom lain termasuklah sindrom penarikan diri, kurang selera makan dan pemikiran yang negatif.
Menurut American Psychological Association atau APA, sekitar 10 hingga 15 peratus wanita di Amerika Syarikat mempunyai episod kemurungan dalam tempoh tiga bulan setelah melahirkan anak.
Apabila kemurungan utama atau gangguan bipolar diikuti dengan keadaan halusinasi, khayalan atau paranoia, ia disebut sebagai gangguan kemurungan utama dengan ciri-siri psikotik.
Sekitar 25% daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat kemurungan sebenarnya mempunyai kemurungan psikotik.
Gangguan kemurungan utama dengan ciri psikotik danggap sebagai kecemasan psikiatri dan memerlukan kemasukan ke wad psikiatri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen