4 ubat perangsang wanita

Ada beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan nafsu wanita. Antara ubat perangsang wanita yang mungkin dapat membantu ialah:
1. Flibanserin
Flibanserin merupakan sejenis pil preskripsi yang dapat digunakan untuk merawat HSSD sejak 2015. Ia selalunya diambil pada waktu malam untuk meningkatkan libido wanita. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rasa mengantuk.
Rawatan ini mungkin mengambil masa selama 2 bulan sebelum ia dapat menunjukkan sebarang hasil.
Namun, bagi wanita yang mengambil Flibanserin, penantian ini bukanlah sesuatu yang sia-sia! Filbanserin dapat membantu wanita mengembalikan keinginan seksual masing-masing dengan syarat anda terus berdisiplin makan ubat.
2. Bremalanotide
Bremalanotide merupakan ubat perangsang wanita yang diberikan secara suntikan. Ia telah diluluskan untuk merawat HSDD pada tahun 2019. Setelah menerima suntikan, wanita mungkin dapat merasai kesannya seawal 45 minit.
Walau bagaimanapun, ubat ini boleh menyebabkan rasa loya dan muntah-muntah. Jadi, cara yang terbaik untuk menikmati ubat ini adalah dengan mengambilnya sebelum tidur. Esok pagi, anda boleh bangun dengan semangat baharu!
Anda mungkin berminat:
3. DHEA Vagina
Hormon ini boleh mengurangkan kekeringan dan ketidakselesaan vagina dalam kalangan wanita menopaus. Namun, ada juga beberapa orang wanita yang mendapati bahawa ubat ini dapat meningkatkan sensitiviti di kawasan Miss V!
4. Testosteron
Pengambilan testosteron mungkin boleh meningkatkan masalah libido rendah dalam kalangan wanita.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen