Ia biasa terjadi kepada individu yang mengalami tekanan berlebihan dan berlanjutan sama ada secara sedar atau tidak sedar lantas menjejaskan tahap kesihatan mental serta fizikal mereka.
Pendek kata, tekanan memang berbahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan susulan diterima penderita!
Kebaikan stres kepada individu
Tidak, kalian tidak salah membacanya kerana kadangkala kebaikan stres juga wujud tanpa kalian sedar! Berikut merupakan antara contohnya:
#1. Meningkatkan fungsi kognitif
Panik adalah sesuatu yang boleh dikatakan sangat negatif kerana ia akan membuat tubuh badan anda terasa sangat tertekan dengan sesuatu situasi berkaitan.
Namun cuba bayangkan jika tiba-tiba sahaja bos di pejabat anda meminta menyiapkan satu tugasan dan tarikh akhirnya adalah hanya sejam dari waktu itu.
Ini sudah pasti akan membuat kalian sangat tertekan namun apa yang memeranjatkan stres itulah yang akan membantu anda menyiapkan kerja terbabit.
Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Berkeley, stres mungkin boleh menyebabkan sel di dalam otak bekerja lebih pantas ekoran sistem kognitif yang terjana dengan lebih hebat.#

#2. Mengelakkan demam selesema
Percaya atau tidak, tekanan sebenarnya boleh menjadi sebagai salah satu pelindung tubuh badan daripada serangan penyakit yang biasa seperti demam atau selesema.
Ini kerana stres akan menggalakkan penghasilan bahan kimia bernama interleukins dalam tubuh badan yang berfungsi melawan jangkitan penyakit.
Namun ini bukanlah bermakna kalian perlu sengaja mendapatkan stres berlebihan hanya semata-mata kerana ingin mencuba untuk mengelak mendapat sakit ya?
#3. Stres membantu tumbesaran bayi kanak-kanak
Bayi perlu disediakan dengan nutrisi daripada makanan dan minuman agar mereka mampu membesar dengan lebih baik.
Selain itu, stres yang dialami oleh si ibu semasa sedang hamil juga dikatakan akan membuat anak mereka membesar dengan lebih cepat.
Aneh bukan? Menurut kajian John Hopkins pada tahun 2006, 137 ibu yang sedang hamil dan mengalami stres, akan melahirkan anak yang membesar lebih cepat pada usia 2 tahun berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh si ibu yang tidak stres!
#4. Membuat diri anda menjadi lebih kuat
Antara kebaikan stres yang sudah kita dengar adalah ia mampu membuat otak dan tubuh badan menjadi lebih kuat terutamanya dalam situasi yang memerlukan.
Bagaimana pula dengan jati diri kita? Ya, tekanan yang dialami semasa dalam usia muda sudah pasti akan membuat diri anda menjadi lebih kuat dewasa kelak.
Ini kerana anda mungkin akan mencipta satu kebiasaan dalam diri di mana tekanan itu hanya suatu perkara yang biasa dan boleh dihadapi dengan tenang sahaja.
Konklusinya, stres mungkin adalah negatif namun kalian jangan tidak tahu bahawa terdapat juga kebaikan stres ya?
Pun begitu, ini bukanlah bermakna anda semua perlu sengaja mendapatkan stres kerana itu adalah tidak bagus!