backup og meta

Jaga-jaga, 4 Akibat Terkena Penyakit Diabetes Ini Boleh Jadi Punca MAUT!

Jaga-jaga, 4 Akibat Terkena Penyakit Diabetes Ini Boleh Jadi Punca MAUT!

Akibat terkena penyakit diabetes, anda bukan sahaja mungkin berdepan risiko pemotongan anggota tubuh badan malahan juga kematian secara mengejut.

Artikel ini ditulis bukanlah untuk tujuan menakut-nakutkan penderita kencing manis namun ia adalah satu kenyataan yang perlu diketahui oleh pesakit.

Persoalannya, bagaimanakah akibat terkena penyakit diabetes ini boleh menyebabkan kematian? Jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu penyakit diabetes?

Diabetes atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai kencing manis, adalah sejenis kondisi berkaitan dengan tahap gula dalam darah anda.

Tahap gula dalam darah atau glukosa ini sebenarnya berperanan sebagai sumber tenaga bagi sel tubuh badan agar ia dapat kekal berfungsi dengan baik.

Masalah diabetes ini akan berlaku apabila tubuh badan tidak dapat menggunakan tahap gula tadi dengan baik lantas menyebabkan ia kekal dalam darah.

Kesannya, tahap gula dalam darah akan meningkat lalu menyebabkan penyakit diabetes terjadi berserta beberapa jenis komplikasi yang lain.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis iaitu:

  • Pradiabetes
  • Diabetes jenis 1
  • Diabetes jenis 2
  • Diabetes gestasi

akibat terkena penyakit diabetes

Walau apapun jenisnya, kondisi ini tentu sekali akan menyebabkan glukosa tinggi lantas mengakibatkan beberapa jenis komplikasi berbahaya.

Apa akibat penyakit diabetes?

Sekiranya anda telah disahkan positif penyakit kencing manis, maka mungkin kehidupan kalian akan berubah sepenuhnya dalam pelbagai aspek.

Antara aspek yang paling popular perlu penderita lebih peka adalah pengawalan gula serta penjagaan luka agar tidak berlaku amputasi anggota tubuh badan.

Selain itu juga, antara apa akibat penyakit diabetes yang sering menjadi persoalan adalah ‘adakah ia akan mempengaruhi kesihatan seksual dan urologi?’

Jawapannya adalah ya, ini kerana penyakit kencing manis akan mendatangkan kesan buruk kepada kedua-duanya tanpa mengira usia dan jantina penderita!

Namun, agak kurang pula yang mengaitkan penyakit ini sebagai antara punca kematian sedangkan ia adalah salah satu akibat penyakit diabetes paling berbahaya.

Bagaimana ia jadi punca kematian?

Menurut Profesor Endokrinologi dan Metabolisme Donald McClain dari Wake Forest School of Medicine, diabetes mungkin boleh jadi punca kematian individu.

Untuk pengetahuan anda, kematian akibat kencing manis bukanlah sesuatu yang terlalu mengejutkan dan ia sebenarnya didasari oleh beberapa faktor risiko tertentu.

akibat terkena penyakit diabetes

Berikut adalah beberapa akibat penyakit kencing manis yang mungkin boleh membawa maut jika tidak berjaya dikawal dengan baik dan sempurna:

Akibat terkena penyakit diabetes #1.Glukosa terlalu tinggi

Sudah menjadi antara simptom utama penyakit ini di mana tahap gula dalam darah itu tinggi adalah biasa namun tidak normal jika ia terlalu tinggi.

Ini kerana glukosa terlalu tinggi boleh menyebabkan komplikasi bernama diabetic ketoacidosis yang mungkin boleh membawa maut jika lambat dirawat.

#2. Kerosakan fungsi organ

Kerosakan pada organ tertentu seperti buah pinggang, bola mata dan sebagainya yang disebabkan glukosa terlalu tinggi juga boleh membawa maut.

Ini disebabkan oleh jangkitan, kecederaan atau pemotongan anggota badan yang seterusnya menyebabkan kualiti kehidupan terjejas ataupun kematian.

#3. Kerosakan sistem kardiovaskular

Hakikatnya, 2 per 3 daripada kes kematian akibat terkena penyakit diabetes adalah didalangi oleh masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan salur darah.

Ini kerana diabetes sering kali terjadi bersama dengan kondisi seperti obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi lantas tingkatkan risiko penyakit jantung atau strok.

akibat terkena penyakit diabetes

Akibat terkena penyakit diabetes #4.Glukosa terlalu rendah

Mengejutkan? Untuk pengetahuan anda, rawatan seperti insulin mungkin boleh merendahkan glukosa namun ia turut berbahaya jika glukosa terlalu rendah.

Ini kerana anda berdepan risiko mengalami sawan, koma dan kematian akibat daripada kehilangan degup jantung, denyut nadi serta oksigen pada otak.

Awasi akibat penyakit diabetes ini!

Baiklah, sekarang kita sudah tahu 4 jenis akibat terkena penyakit diabetes yang dipercayai boleh membawa maut dan ia perlu diberikan lebih perhatian.

Sekiranya anda mengalami kencing manis, sila sentiasa peka untuk kawal tahap gula dalam darah agar ia tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Selain itu, lebih kerap berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan serta ubatan agar fungsi organ dan sistem kardiovaskular anda tidak terjejas.

Paling penting, sentiasa jaga pola pemakanan anda dan kurangkan pengambilan gula agar penyakit ini dapat dikawal dengan lebih baik!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why do people with diabetes die soon. https://care.diabetesjournals.org/content/31/4/830. Accessed Jun 30, 2021.
  2. Diabetes Reporting as a Cause of Death. https://care.diabetesjournals.org/content/29/2/247. Accessed Jun 30, 2021.
  3. Statistics about diabetes. https://www.diabetes.org/resources/statistics/statistics-about-diabetes. Accessed Jun 30, 2021.
  4. Diabetes mellitus an overview. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7104-diabetes-mellitus-an-overview. Accessed Jun 30, 2021.
  5. Diabetes complications. https://medlineplus.gov/diabetescomplications.html. Accessed Jun 30, 2021.

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Penyakit Jantung Boleh Menjadi Pembunuh Nombor 1 Pesakit Diabetes

Penjagaan Jantung Untuk Orang Kesayangan Yang Menghidap Diabetes


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan