Sebut sahaja penyakit diabetes, perkara lazim yang akan bermain di fikiran adalah “Alamak! Kena potong kaki lah aku nanti.”
Anda pasti?
Sebut sahaja penyakit diabetes, perkara lazim yang akan bermain di fikiran adalah “Alamak! Kena potong kaki lah aku nanti.”
Prosedur potong kaki kencing manis ataupun amputasi adalah komplikasi diabetes yang cukup digeruni.
Berbeza dengan komplikasi lain yang boleh membawa maut (seperti serangan jantung), seseorang yang telah menjalani amputasi terpaksa meneruskan kehidupan dengan ketiadaan anggota badan penting di samping menghidap gangguan sistemik lain akibat diabetes.
Namun yang demikian, berita baiknya adalah prosedur potong kaki kencing manis ini bukanlah sesuatu yang akan dilalui oleh semua pesakit diabetes.
Bergantung kepada indikasi dan kawalan penyakit, penghidap diabetes mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu mengorbankan mana-mana anggota badan.
Diabetes adalah satu penyakit yang sistemik, bermakna kesannya terhadap tubuh badan adalah menyeluruh. Ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang (nefropati), gangguan penglihatan (retionpati) dan juga gangguan pada sistem saraf (neuropati).
Pada salur darah pula, ia boleh menyebabkan penyakit arteri periferi (PAD). Dalam PAD, salur darah menjadi semakin sempit dan integriti dinding salur darah turut terjejas.
Ini akan mengganggu kelancaran aliran darah ke bahagian periferi badan (kaki, ibu jari). Bekalan darah beroksigen adalah penting untuk kemandirian sel-sel dan tisu-tisu badan di kawasan tersebut, khususnya bahagian kulit dan saraf.
Integriti kulit yang terjejas akan menyebabkan luka lambat sembuh dan kadar pemulihan berlaku dengan tidak optimum. Bahagian luka yang terbuka ini akan bertindak sebagai pintu masuk untuk jangkitan bakteria.
Jika berlaku sekali neuropati diabetes, seseorang itu tidak akan berasa sakit di bahagian tersebut walaupun lukanya dalam atau besar.
Ini menyebabkan penghidap diabetes itu berkemungkinan besar untuk tidak menyedari bahawa adanya luka pada anggota badan mereka.
Kesemua faktor ini akan meningkatkan kecenderungan untuk berlakunya kerosakan tisu yang luas ataupun kematian tisu di kawasan tersebut (gangren).
Keadaan ini adalah sangat kondusif untuk jangkitan bakteria kekal berterusan dan berupaya untuk merebak ke kawasan badan yang lain (apabila bakteria tersebut berjaya mengakses salur darah).
Bakteria yang berada dalam salur darah (sepsis) boleh merebak ke organ dalam badan yang lain, mengakibatkan pelbagai komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, prosedur potong kaki bertindak sebagai langkah penyelamat bagi mencegah bakteria daripada pergi ke anggota badan yang lain.
Asas kepada pencegahan komplikasi diabetes adalah dengan mengawal paras gula dalam darah.
Kawalan ini dapat dicapai dengan penggunaan ubat yang betul dan mencukupi, pengubahsuaian diet dan juga peningkatan aktiviti fizikal.
Bagi mengelakkan amputasi pula, berikut adalah langkah khusus untuk penjagaan kaki pesakit diabetes:
Anda boleh menggalakkan pengaliran darah ke bahagian kaki dengan:
Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
Panduan penggunaan kasut atau selipar pula adalah seperti berikut:
Walaupun diabetes tiada penawarnya, kaedah rawatan semasa adalah efektif dalam mengawal penyakit ini. Tiada siapa yang ingin menjalani prosedur potong kaki, baik untuk penghidap diabetes ataupun sebaliknya.
Oleh itu, hargailah kaki anda dan berikan perhatian yang sewajarnya agar anda masih boleh berdiri di atas kaki sendiri di masa akan datang.
#WorldDiabetesDay #NoTimeLikeNow #HelloDoktor
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen