backup og meta

Pesakit Diabetes Yang Nak Derma Darah, Ikut 5 Syarat Ini Sebagai Persediaan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    Pesakit Diabetes Yang Nak Derma Darah, Ikut 5 Syarat Ini Sebagai Persediaan!

    Pernah terfikir tak, adakah boleh jika seorang penderma darah itu merupakan individu yang menghidap penyakit diabetes? Apakah wujud komplikasi pada penerima darah itu?

    Bersempena dengan Hari Derma Darah Sedunia yang disambut setiap 14 Jun, jom kita ketahui lebih lanjut sama ada boleh atau tidak pesakit kencing manis menderma darah. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit diabetes vs menderma darah, selamatkah?

    Mendermakan darah adalah cara terbaik untuk menolong individu lain.

    Tindakan tersebut dapat membantu mereka yang memerlukan pemindahan darah untuk pelbagai jenis keadaan perubatan.

    1 liter beg darah yang didermakan boleh membantu sehingga 3 individu yang memerlukannya.

    penderma darah

    Untuk menjawab persoalan di atas, mereka dengan penyakit diabetes boleh menjadi penderma darah. 

    Cuma terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

    Perkara asas bagi penderma darah

    Sekiranya anda menghidap kencing manis dan ingin menjadi seorang penderma darah, secara amnya ia adalah selamat untuk dilakukan. 

    Individu yang menghidap diabetes jenis 1 dan jenis 2 layak untuk menderma darah.

    Paling utama, anda harus dapat mengawal tahap kesihatan dan berada dalam keadaan sihat sebelum menderma darah.

    Kemampuan mengawal kencing manis bermakna anda berjaya mengekalkan tahap gula dalam darah yang seimbang.

    Anda juga harus sentiasa memantau keadaan penyakit diabetes setiap hari. Bagaimana? 

    Caranya adalah dengan mengetahui kadar gula dalam darah dan memastikan diri mengambil makanan yang betul serta melakukan senaman dengan secukupnya.

    Mengamalkan gaya hidup yang sihat turut akan menyumbang kepada penjagaan kadar gula dalam darah agar kekal seimbang dan terjaga. 

    Ubat yang dipreskripsi oleh doktor juga dapat membantu menguruskan kencing manis anda.

    Usah bimbang, ubat yang diberi sama sekali tidak akan menjejaskan kemampuan anda untuk menderma darah.

    Sekiranya anda berminat untuk menjadi penderma darah tetapi terdapat keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan kesihatan diri, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk lebih kepastian. 

    Baca juga:

    Proses menderma darah

    Antara proses yang akan berlaku semasa menderma darah adalah:

    #Pemeriksaan kesihatan

    Terdapat proses pemeriksaan kesihatan yang akan dilakukan oleh petugas kesihatan daripada pusat menderma darah.

    Ia bertujuan untuk menilai keadaan kesihatan diri serta mengukur statistik asas penting seperti suhu, nadi dan tekanan darah.

    Persampelan darah kecil dengan cara finger prick seperti lancet adalah untuk menentukan tahap hemoglobin.

    Bagi individu dengan penyakit diabetes, ketika pemeriksaan dilakukan, anda perlu memberitahu petugas mengenai keadaan kesihatan diri.

    Terdapat kemungkinan beberapa soalan tambahan akan dikemukakan sebagai saringan.

    Untuk memudahkan proses bergelar penderma darah, sebaiknya pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai ubat-ubatan yang diambil bagi merawat diabetes.

    Seperti dinyatakan di atas, ubat-ubat yang dimakan tidak akan menghilangkan kelayakan anda untuk menderma darah.

    Umumnya, seseorang individu yang ingin mendermakan darah, tidak kira sama ada menghidap diabetes atau tidak, mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Berada dalam keadaan sihat secara am, khususnya pada hari menderma darah
    • Mempunyai berat sekurang-kurangnya 45 kg
    • Berumur di antara 18 hingga 65 tahun untuk yang pernah menderma. Manakala bagi mereka yang pertama kali ingin menderma haruslah berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun

    penderma darah

    #Derma darah

    Keseluruhan proses pendermaan darah memakan masa sekitar sejam.

    Anggaran masa menderma darah biasanya memakan masa sekitar 10 minit.

    Anda akan duduk di kerusi yang selesa semasa menderma darah.

    Akan ada petugas yang membantu proses pendermaan darah tersebut dengan membersihkan lengan anda dan mencucuk jarum.

    Sejujurnya, anda mungkin akan berasa sedikit sakit semasa jarum dicucuk, seperti dicubit. Selepas itu, tiada kesakitan yang akan dirasai.

    Persediaan sebagai penderma darah

    Terdapat beberapa persiapan diri yang boleh dilakukan untuk memastikan anda dapat menderma walaupun mempunyai penyakit diabetes.

    Antaranya: 

    1. Minum air 

    Pastikan pengambilan air harian anda mengikut keperluan.

    Anda juga disarankan meningkatkan pengambilan air beberapa hari sebelum menderma darah. 

    penderma darah

    2. Makanan berkhasiat

    Makan makanan kaya zat besi atau ambil suplemen zat besi 1 hingga 2 minggu sebelum derma.

    Pengambilan makanan seimbang penting untuk menderma darah dan memastikan tahap kesihatan anda selepas itu.

    Menjaga diet sihat yang dapat mengawal kadar glukosa darah yang rendah adalah kunci untuk mengawal kesihatan.

    3. Rehat dan tidur

    Dapatkan tidur nyenyak sebelum menderma darah. Sebaiknya 8 jam atau lebih.

    4. Hadkan kafein

    Untuk bergelar penderma darah, pada hari kejadian, anda nasihatkan untuk mengehadkan pengambilan kafein, sama ada minuman atau makanan.

    5. Senarai ubat

    Disebabkan ada pemeriksaan kesihatan oleh petugas sebelum mendapat kebenaran menderma, anda disarankan untuk membawa senarai ubat-ubatan yang diambil.

    Ini dapat memudah dan melancarkan proses pemeriksaan.

    Diabetes bukan penghalang jadi penderma darah 

    Hidup dengan penyakit diabetes terkawal bukanlah halangan untuk anda menderma darah secara berkala.

    Sekiranya diabetes anda terkawal dengan baik, anda boleh menderma sekali setiap 56 hari.

    Sekiranya anda kurang sihat atau terdapat sebarang kebimbangan selepas menderma, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan