backup og meta

3.9 Juta Hidap Diabetes Di Malaysia Termasuk Pesakit Remaja! Ini Tip Untuk Orang Muda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/02/2022

    3.9 Juta Hidap Diabetes Di Malaysia Termasuk Pesakit Remaja! Ini Tip Untuk Orang Muda

    Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 menyatakan bahawa 3.9 juta orang menghidap penyakit kencing manis di Malaysia.

    Prevalen diabetes di negara ini telah meningkat daripada 13.4% pada tahun 2015 ke 18.3% pada tahun 2019.

    Lebih membimbangkan, angka ini bukanlah merujuk kepada golongan tua sahaja malahan golongan muda, remaja juga tidak terkecuali.

    Persoalannya, adakah penyakit kencing manis di Malaysia ini lebih berisiko dan berbahaya terhadap golongan remaja? Untuk ketahui lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Golongan remaja & penyakit kencing manis

    Diabetes adalah sejenis penyakit yang menjejaskan kemampuan tubuh badan menggunakan glukosa (gula dalam darah) sebagai bahan tenaga untuk dibakar.

    Selain itu, haruslah kita semua tahu bahawa penyakit diabetes ini mempunyai 2 jenis yang utama yakni; kencing manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.

    • Diabetes jenis 1: Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang penting untuk menghantar glukosa kepada sel-sel yang memerlukannya
    • Diabetes jenis 2: Pankreas masih dapat menghasilkan insulin namun fungsinya sedikit terjejas sekali gus membuat glukosa terlalu tinggi

    kencing manis di malaysia

    Untuk pengetahuan anda, diabetes jenis 2 adalah lebih kerap berlaku dan menyerang golongan tua yang kemudian terpaksa bergantung kepada suntikan insulin.

    Manakala golongan remaja pula adalah lebih mudah terdedah kepada diabetes jenis 1 dan ia juga boleh berlaku kepada golongan lebih muda iaitu kanak-kanak.

    Bagaimana pula dengan bayi? Mereka juga boleh terkena? Ya, mereka juga tidak terkecuali dan ia adalah kondisi yang dinamakan sebagai diabetes neonatal.

    Berfokuskan kepada penyakit kencing manis jenis 1 yang sering berlaku kepada golongan remaja, mari kita teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut.

    Berapa ramai remaja dengan penyakit diabetes?

    Menurut laporan yang dilaporkan oleh National Diabetes Statistics Report pada taun 2020, didapati bahawa 210,000 penduduk Amerika Syarikat di bawah usia 20 tahun mengalaminya.

    Sekitar tahun 2014 ke 2015, telah disahkan bahawa seramai 18,291 remaja menghidap kencing manis jenis 1 dan 5,758 menghidap kencing manis jenis 2.

    kencing manis di malaysia

    National Institutes of Health (NIH) kemudian menyatakan bahawa kadar ini meningkat sebanyak 1.8% (diabetes jenis 1) dan 4.8% (diabetes jenis 2) pada setiap tahun.

    Manakala di negara kita Malaysia, tiada angka tepat dapat direkodkan namun dipercayai masalah ini juga berlaku dan tidak diendahkan oleh penderita tersebut.

    Ini bermakna golongan remaja bukan sahaja berisiko terhadap diabetes jenis 1 malahan juga jenis 2 yang kian menjadi kegusaran ramai pakar perubatan masa kini.

    Persoalannya, apa perkara yang mereka perlu tahu dan buat untuk mengawal kondisi ini daripada semakin memburuk dari semasa ke semasa?

    Apa remaja perlu tahu untuk mengawal penyakit kencing manis di Malaysia?

    Hakikatnya, golongan remaja yang menghidapinya mungkin tidak sedar atau tidak peduli tentang kesihatan mereka ini kerana beranggapan ia penyakit orang tua.

    Sebenarnya, ia adalah pemikiran yang salah kerana penyakit kencing manis di Malaysia adalah antara penyakit berbahaya dan perlu dikawal dengan sebaik mungkin.

    Baca juga:

    Oleh sebab itu, segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan jika telah disahkan positif, sila jalani hidup dengan lakukan panduan seperti berikut:

    Di dalam rumah

    Bagi setiap pesakit diabetes tanpa mengira jenis dan usia, apa yang paling penting untuk dilakukan adalah sentiasa mengukur kadar gula dalam darah anda.

    Di rumah, anda mungkin boleh melakukannya secara sendiri dan dapatkan bantuan ahli keluarga sekiranya masih remaja dan tidak tahu caranya.

    Dalam pada itu, sentiasa amalkan diet yang seimbang dengan kurangkan gula dalam makanan dan minuman selain kerap lakukan senaman untuk tubuh badan.

    Di luar rumah

    Sebagai golongan remaja, sudah pasti anda akan lebih banyak berada di luar rumah untuk berhibur tanpa menghiraukan statistik penyakit kencing manis di Malaysia.

    Tidak salah untuk itu, namun anda perlu tahu bahawa keperluan mengurangkan pengambilan alkohol dan rokok yang hanya akan menjejaskan kondisi anda.

    Oleh itu, sila cuba untuk kurangkan atau berhenti terus daripada mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti alkohol dan rokok yang hanya akan membinasakan hidup anda.

    kencing manis di Malaysia

    Di sekolah @ universiti

    Di tempat belajar pula, anda perlu pastikan pihak sekolah, universiti, tenaga pengajar dan rakan-rakan tahu mengenai kondisi dihidapi.

    Ini bertujuan bagi mengecualikan anda daripada sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan diri anda selain menyediakan mereka untuk bantuan perubatan kecemasan.

    Jangan malu dan takut untuk mengaku, ia dapat membantu anda di samping memberi lebih fokus kepada pelajaran anda.

    Penyakit kencing manis di Malaysia kian parah!

    Konklusinya, penyakit diabetes di negara kita kian parah dengan statistik umum menunjukkan ia semakin kritikal dari segenap jenis dan usia.

    Oleh itu, marilah kita semua bersama mengambil inisiatif untuk mengurangkan jumlah pesakit dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan