backup og meta

Vaksin DTaP Percuma Untuk Ibu Hamil! Bukan Setakat Untuk Ibu, Tapi Lindungi Baby Jugak Tau

Vaksin tetanus adalah sejenis imunisasi penting yang melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria Clostridium tetani, yang boleh menyebabkan kekejangan otot serius, lumpuh, dan kematian. Dalam konteks ibu hamil, vaksin ini sangat penting kerana ia juga melindungi bayi yang bakal dilahirkan daripada penyakit tetanus neonatal, batuk kokol dan difteria.

Sedar akan kepentingannya, kerajaan Malaysia kini tampil dengan satu inisiatif baharu bagi membantu perlindungan awal bayi melalui imunisasi Tdap yang diberikan secara percuma kepada ibu hamil. 

Inisiatif ini bukan sahaja memanfaatkan ibu, tetapi juga bayi dalam kandungan melalui pemindahan antibodi secara semula jadi dari ibu ke anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Vaksin Tdap percuma untuk ibu hamil: Perlindungan berganda

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan pelaksanaan program pemberian vaksin Tdap secara percuma kepada semua ibu hamil bermula 2024. 

Program ini dilaksanakan secara berperingkat di seluruh fasiliti kesihatan kerajaan dan bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan tetanus, difteria, dan batuk kokol dalam kalangan bayi baru lahir.

Menurut KKM, vaksin ini akan diberikan sekitar minggu ke-27 hingga ke-36 kehamilan untuk memastikan antibodi mencukupi dipindahkan kepada bayi. 

Langkah ini selari dengan garis panduan antarabangsa dan dianggap sangat berkesan dalam melindungi bayi pada minggu-minggu awal kelahiran sebelum mereka sendiri menerima vaksin.

Vaksin tetanus untuk apa?

vaksin tetanus
Bayi menerima suntikan tiga serangkai.

Ramai masih tertanya-tanya, vaksin tetanus untuk apa sebenarnya? 

Ia diberikan untuk mencegah jangkitan tetanus yang boleh terjadi apabila bakteria memasuki luka yang kotor, dalam, atau tercemar. 

Bakteria ini menghasilkan toksin yang mengganggu sistem saraf dan boleh menyebabkan kekejangan otot yang teruk.

Untuk ibu hamil, vaksin ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada si ibu tetapi juga bayi yang baru lahir, terutama terhadap batuk kokol yang boleh membawa maut kepada bayi jika tidak dicegah sejak awal. 

Oleh itu, vaksin ini adalah dua dalam satu iaitu perlindungan untuk dua nyawa dalam satu suntikan.

Bila imunisasi tetanus diberi?

Bila imunisasi tetanus diberi bergantung kepada kategori umur dan keperluan individu. 

Dalam Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin ini diberikan dalam bentuk kombinasi DTaP kepada kanak-kanak dan Tdap atau Td kepada individu dewasa.

Berikut adalah jadual ringkas pemberian vaksin tetanus:

  • Kanak-kanak: Melalui vaksin DTaP pada umur 2, 3, dan 5 bulan, serta dos penggalak pada umur 18 bulan dan 7 tahun
  • Remaja dan dewasa: Vaksin penggalak Tdap atau Td setiap 10 tahun
  • Ibu hamil: Vaksin Tdap diberikan sekali semasa kehamilan (antara minggu ke-27 hingga 36)
vaksin tetanus
Panduan vaksinasi mengikut kategori.

Vaksin tetanus umur berapa?

Bagi menjawab persoalan vaksin tetanus umur berapa, ia bergantung kepada jenis vaksin dan keperluan perlindungan. Secara umumnya:

  • Bayi mula menerima vaksin pada umur 2 bulan
  • Kanak-kanak menerima penggalak sehingga umur 7 tahun
  • Remaja dan dewasa disarankan menerima penggalak setiap 10 tahun
  • Ibu hamil akan menerima satu dos semasa kehamilan, tanpa mengira dos yang pernah diterima sebelum ini

Ini menunjukkan bahawa vaksin ini adalah penting sepanjang hayat dan bukan hanya tertumpu pada waktu kanak-kanak sahaja.

Vaksin tetanus di sekolah

vaksin tetanus
Dos penggalak juga diberikan kepada remaja sekolah.

Dalam sistem kesihatan awam di Malaysia, vaksin tetanus di sekolah juga disediakan kepada murid melalui Program Imunisasi Sekolah. 

Lazimnya, vaksin ini (dalam bentuk Td atau Tdap) diberikan kepada murid tahun 1 dan pelajar sekolah menengah sebagai dos penggalak bagi memastikan perlindungan berterusan.

Inisiatif ini amat penting memandangkan aktiviti fizikal dan risiko kecederaan lebih tinggi dalam kalangan pelajar sekolah. 

Selain itu, pendekatan ini turut mendidik anak-anak tentang kepentingan imunisasi dalam menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tetanus. https://www.immunize.org/vaccines/a-z/tetanus/. Diakses pada Jun 9, 2025. 

Tetanus Shot. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/24283-tetanus-shot. Diakses pada Jun 9, 2025.

Vaksin Bagi Wanita Untuk Mencegah Tetanus Dalam Bayi Yang Baru Lahir. https://www.cochrane.org/ms/CD002959/PREG_vaksin-bagi-wanita-untuk-mencegah-tetanus-dalam-bayi-yang-baru-lahir. Diakses pada Jun 9, 2025.

Tetanus toxoid (intramuscular route, injection route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/tetanus-toxoid-intramuscular-route-injection-route/description/drg-20066243. Diakses pada Jun 9, 2025.

Tetanus. https://adultimmunisation.msidc.my/tetanus/. Diakses pada Jun 9, 2025.

Versi Terbaru

10/06/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Difteria, tetanus, pertussis, polio, influenza haemophilus, dan Hepatitis B

Tetanus


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 10/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan