Anda disarankan untuk memilih minuman rendah gula daripada minuman bergula biasa. Minum lebih banyak air jika boleh. Teh dan kopi juga masih boleh diminum.
Karbohidrat penting untuk penjagaan pesakit kencing manis
Makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik rendah (GI rendah) lebih perlahan dicerna dan menghasilkan peningkatan kadar glukosa darah yang lebih beransur-ansur.
Ini sekali gus membantu untuk mengekalkan lebih banyak tahap glukosa darah.
Makanan GI yang lebih rendah termasuk:
- Roti bijirin penuh
- Bijirin penuh
- Pasta
- Nasi
- Kekacang
- Susu, yogurt
- Buah- epal, aprikot, pisang, mangga, oren, pear, plum, pic
- Sayuran- jagung, pisang hijau, taro, keladi
Pantau pengambilan alkohol anda

Satu peringatan mesra untuk anda, meskipun alkohol tidak mempunyai kalori tetapi ia boleh mengganggu pengambilan ubat anda.
Alkohol yang disyorkan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah kurang daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki.
#2 Ubat-ubatan bagi penjagaan pesakit kencing manis
Bagi pengurusan pesakit diabetes jenis satu, rawatan utama yang perlu diambil kira dengan serius adalah penggunaan insulin.
Insulin diberikan untuk mengawal kadar gula darah pesakit bagi kes di mana diet dan bersenam sahaja tidak mencukupi untuk menguruskan diabetes.
Namun, keberkesanan insulin bergantung pada masa dan jumlah dos yang diberikan.
Selain itu, ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah kesihatan lain juga boleh mempengaruhi kadar gula darah anda.
Inilah yang perlu dilakukan untuk penjagaan pesakit kencing manis:
Simpan insulin dengan cermat
Pengurusan pesakit diabetes jenis satu yang paling penting dari segi ubatan adalah penyimpanan insulin. Insulin yang disimpan dengan tidak betul atau melepasi tarikh luputnya mungkin tidak akan berkesan sepenuhnya.
Insulin merupakan sejenis hormon yang sangat sensitif terhadap suhu yang melampau. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai cara penyimpanan insulin yang betul.
Laporkan masalah kepada doktor anda
Sekiranya regimen insulin anda menyebabkan kadar gula darah turun terlalu rendah atau terlalu tinggi secara konsisten, berundinglah dengan doktor anda.
Tetapan dos atau masa yang baru haruslah disesuaikan dengan tindak balas tubuh anda. Ingatlah, paras gula darah yang terkawal boleh membantu mengelakkan komplikasi diabetes yang tidak diingini.
Andai kata anda mengalami kesan sampingan yang berpanjangan daripada pengambilan ubat-ubatan anda, maklumkan kepada doktor untuk menukar ubat yang lebih sesuai.
Ambil langkah berhati-hati dengan ubatan baru
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli ubat di farmasi atau doktor anda menetapkan ubat baru untuk merawat masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, tanyalah kepada pakar dahulu jika ubat tersebut boleh mempengaruhi tahap gula darah anda.
Kadang-kadang, ubat alternatif mungkin akan disyorkan oleh doktor anda.
Sentiasa periksa dan berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat yang dibeli di kaunter farmasi, supaya anda tahu bagaimana ia boleh mempengaruhi tahap gula darah anda.
#3 Gaya hidup aktif kunci pengurusan pesakit diabetes
Aktiviti fizikal adalah faktor penting dalam rancangan penjagaan pesakit kencing manis. Semasa bersenam, otot anda akan menggunakan glukosa untuk dijadikan bekalan tenaga untuk bekerja.
Aktiviti fizikal yang kerap dijalankan juga boleh membantu tubuh anda meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan menggunakannya dengan lebih berkesan.
Faktor-faktor ini bekerjasama untuk menurunkan tahap gula darah anda. Semakin tinggi intensiti senaman anda, semakin lamalah kesannya berlangsung.
Namun begitu, aktiviti ringan seperti kerja rumah dan berkebun untuk jangka masa panjang boleh memperbaiki gula darah anda.
Apakah yang perlu anda lakukan? Mari semak tip berikut:
Berunding dengan doktor mengenai plan senaman anda
Anda boleh bertanya dengan doktor mengenai jenis senaman yang sesuai untuk anda. Secara amnya, kebanyakan individu dewasa seharusnya mendapatkan sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu, melakukan aktiviti aerobik sederhana.
Sekiranya anda sudah lama tidak aktif, doktor mungkin akan memeriksa kesihatan keseluruhan anda sebelum menggalakkan anda untuk bersenam.
Wujudkan jadual senaman
Berundinglah dengan doktor mengenai waktu terbaik untuk anda bersenam agar rutin senaman selaras dengan jadual makan dan ubat-ubatan.
Penjagaan pesakit kencing manis akan menjadi lebih mudah dengan jadual senaman yang teratur, lagi-lagi jika dipantau oleh doktor.
Ketahui dan periksa paras gula darah anda

Berbincang dengan doktor anda mengenai kadar gula darah yang sesuai sebelum mula bersenam.
Mengetahui paras gula yang baik untuk tubuh penting supaya anda tidak bersenam terlalu berat sehingga mengalami episod hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
Selain itu, periksalah kadar gula darah anda sebelum, semasa atau selepas bersenam, terutama sekali jika anda mengambil insulin atau ubat-ubatan yang menurunkan paras gula darah anda.
Bersenam boleh menurunkan kadar gula dalam darah anda, terutama jika aktiviti tersebut baru bagi anda atau jika anda bersenam dengan intensiti tinggi.
Berhati-hatilah dengan tanda amaran gula darah rendah seperti berasa lemah, keletihan, lapar, pening kepala, kerengsaan, kekeliruan dan sebagainya.
Sekiranya anda menggunakan insulin dan tahap gula darah anda berada di bawah 5.0 mmol/L, jamahlah sedikit makanan atau buah-buahan sebelum bersenam untuk mengelakkan komplikasi hipoglisemia.
Kekalkan hidrasi tubuh anda
Minum banyak air atau minuman rendah gula lain semasa bersenam kerana dehidrasi boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah.
Berbincanglah dengan doktor mengenai minuman isotonik yang sesuai untuk keadaan individu yang menghidap diabetes jenis satu.
Sentiasa bersedia
Jadikan membawa snek sihat atau tablet glukosa sebagai tabiat anda sebelum bersenam. Sekiranya paras gula darah anda terlalu rendah, anda boleh berhenti bersenam dan mengambil snek yang disediakan.
Sekiranya simptom hipoglisemia masih berterusan walaupun setelah mengambil makanan atau minuman bergula, dapatkan pertolongan dengan segera.
Selaraskan rancangan rawatan diabetes anda mengikut keperluan
Sekiranya anda mengambil insulin, anda mungkin perlu mengurangkan dos insulin sebelum bersenam dan memantau gula darah anda dengan teliti selama beberapa jam selepas melakukan aktiviti intensiti tinggi.
Hal ini kerana, kadang-kadang penghidap diabetes jenis satu akan mengalami keadaan hipoglisemia yang tertunda.
Doktor boleh memberikan nasihat mengenai regimen ubat atau dos insulin yang sesuai untuk anda. Anda juga perlu mengubah rawatan sekiranya telah meningkatkan rutin senaman anda.
#HelloHealthCare #WorldDiabetesDay #HelloDoktor