home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Diabetes Dalam Kalangan Kanak-kanak

Diabetes Dalam Kalangan Kanak-kanak

Diabetis jenis 1 pada kanak-kanak adalah keadaan di mana badan anak anda tidak lagi mengeluarkan hormon penting iaitu insulin. Anak anda memerlukan insulin untuk terus hidup, jadi anda perlu mengganti insulin yang hilang. Kencing manis jenis 1 pada kanak-kanak yang biasa dikenali sebagai diabetes remaja atau diabetes berasaskan insulin.

Simptom

Tanda dan simptom diabetes jenis 1 pada kanak-kanak biasanya berkembang dengan cepat, dalam tempoh beberapa minggu. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:

  • Kerap dahaga dan kencing
  • Lapar yang melampau
  • Hilang berat badan
  • Kepenatan
  • Perubaha mood dan tingkah laku
  • Nafas berbau buah
  • Penglihatan kabur
  • Jangkitan yis

Punca

Penyebab tepat diabetes jenis 1 tidak diketahui. Tetapi kebanyakan orang menghidap diabetes jenis 1, sistem imun badan yang biasanya melawan bakteria dan virus yang berbahaya tersilap memusnakan sel penghasil insulin (islet) dalam pankreas. Faktor genetik dan alam sekitar juga memainkan peranan dalam proses ini.

Insulin melakukan kerja kritikal untuk mengalihkan gula (glukosa) dari aliran darah ke sel-sel badan. Gula memasuki aliran darah apabila makanan dicerna.

Apabila sel-sel islet pankreas dimusnahkan, kanak-kanak menghasilkan sedikit atau tidak insulin. Akibatnya, glukosa terbentuk dalam aliran darah yang mana ia boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Faktor risiko

  • Sejarah keluarga
  • Genetik
  • Virus tertentu
  • Diet

Komplikasi

Komplikasi diabetes jenis 1 berkembang secara beransur-ansur. Sekiranya tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik dalam tempoh masa yang lama, komplikasi diabetes akhirnya boleh melumpuhkan atau mengancam nyawa.

Komplikasinya termasuk:

  • Penyakit jantung dan saluran darah. Diabetes secara dramatik meningkatkan risiko kanak-kanak mengalami keadaan seperti penyakit arteri koronari dengan sakit dada (angina), serangan jantung, strok, penyempitan arteri (aterosklerosis) dan tekanan darah tinggi pada masa akan datang.
  • Kerosakan saraf. Gula yang berlebihan boleh mencederakan dinding salur darah kecil yang menyuburkan saraf kanak-kanak, terutamanya di kaki. Ini boleh menyebabkan kesemutan, kebas, atau kesakitan. Kerosakan saraf biasanya berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh yang lama.
  • Kerosakan ginjal. Diabetes boleh merosakkan sekelompok saluran darah kecil yang menyaring sisa dari darah kanak-kanak. Kerosakan yang teruk menyebabkan kegagalan ginjal atau penyakit buah pinggang peringkat akhir yang tidak dapat dipulihkan, memerlukan dialisis dan pemindahan buah pinggang.
  • Kerosakan mata. Diabetes boleh merosakkan saluran darah retina, yang mana menyebabkan penglihatan kurang baik dan mungkin menyebabkan buta. Diabetes juga boleh menyebabkan katarak dan risiko glaucoma yang lebih besar.
  • Keadaan kulit. Diabetes mungkin menyebabkan kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada masalah kulit disebabkan oleh jangkitan bakteria, jangkitan kulat atau gatal-gatal.
  • Osterporosis. Diabetes boleh menyebabkan ketumpatan mineral tulang yang lebih rendah, meningkatkan risiko osteoporosis anak anda sebagai orang dewasa.

Pencegahan

Pada masa ini tiada cara yang diketahui untuk mencegah diabetes jenis 1. Walaubagaimana pun, anda boleh membantu anak anda mencegah komplikasi dengan:

  • Membantu anak anda mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik sebanyak mungkin
  • Mengajar anak anda kepentingan untuk memakan makanan yang sihat dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal biasa
  • Penjadualan lawatan kerap dengan doktor diabetes anak anda dan pemeriksaan mata setiap tahun bermula tidak lebih daripada lima tahun selepas diagnosis diabetes awal

Kencing manis jenis 1 pada kanak-kanak memerlukan penjagaan yang konsisten. Tetapi kemajuan dalam pemantauan gula dalam darah dan penghantaran insulin telah meningkatkan keadaan pengurusan harian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x