backup og meta

Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi berbanding populasi normal. Masalah diabetes dan masalah emosi didapati berkaitan diantara satu sama lain. Pengurusan tradisional diabetes bertujuan kearah diet, ubat, dan senaman manakala aspek psikologi penyakit ini sering diabaikan. Oleh kerana terdapat persepsi dan stigma negatif terhadap masalah emosi / mental, pesakit diabetes mungkin merasa enggan untuk mendapatkan khidmat kaunseling atau rawatan yang sepatutnya.

Kegawatan emosi pesakit diabetes

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes lebih berkemungkinan mempunyai respons emosi yang kuat terhadap pengalaman negatif. Kajian turut menunjukkan bahawa individu dengan prediabetes dan diabetes jenis 2 mempunyai lebih banyak aktiviti di bahagian sebelah kanan otak mereka, yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan emosi negatif.

Mereka yang mempunyai prediabetes dan diabetes juga mencatatkan tahap kortisol yang lebih rendah yang menunjukkan ketahanan yang lebih rendah terhadap stres. Kajian juga mendapati bahawa kejadian kebimbangan atau kegelisahan dalam kalangan pesakit diabetes telah dilaporkan setinggi 40%.

Individu yang mempunyai diabetes kebiasaannya melalui beberapa tahap emosi disebabkan faktor mempunyai penyakit kronik.

emosi

Sokongan psikologi untuk diabetes

Apabila pesakit diabetes menjadi lebih fleksibel terhadap pemikiran negatif, kehilangan berat badan dan mengurus isu-isu kesihatan lain boleh menjadi lebih mencabar. Emosi negatif dan kecemasan mempengaruhi pengurusan penjagaan diri diabetes, yang ditunjukkan melalui diet yang kurang baik dan pematuhan ubat, aktiviti fizikal yang kurang dan kos rawatan kesihatan yang lebih tinggi.

Bagi penyedia penjagaan kesihatan, memberi sokongan psikologi yang diperlukan oleh pesakit mereka boleh membuat perbezaan besar dalam pengurusan diabetes. Kajian terkini menunjukkan bahawa apabila sokongan dan penjagaan diberikan oleh penyedia penjagaan kesihatan, ia telah mengakibatkan keberkesanan diri yang lebih tinggi dan masalah emosi yang lebih rendah dalam kalangan pesakit diabetes. Dengan sokongan yang tepat, kesihatan emosi yang positif akan memudahkan pengurusan diri dan menyebabkan hasil kesihatan yang lebih baik. Ini boleh dilakukan melalui:

  • Menyediakan kesedaran dan pembangunan kemahiran kepada pesakit diabetes
  • Menjadi lebih empati dan meningkatkan kemahiran komunikasi
  • Pengurusan dan penjagaan pesakit yang lebih personal mengikut keperluan mereka
  • Menilai impak diabetes terhadap rutin harian pesakit dan bagaimana untuk mengatasinya

Kerisauan dan kebimbangan mengenai pengurusan diabetes telah menyebabkan beberapa pesakit mengenakan pelbagai sekatan ke atas diri mereka sendiri. Mereka mungkin mengasingkan diri mereka, yang mungkin akan menimbulkan atau memburukkan emosi negatif. Dengan menggunakan pendekatan yang menggalakkan perbincangan terbuka mengenai kesulitan dalam mengikuti aturan rawatan diabetes, penyedia penjagaan kesihatan dapat membantu mereka mendapatkan rasa kebebasan melalui kemahiran pengurusan diri yang selamat.

Menguruskan emosi anda dalam menghadapi diabetes

Seperti yang dipetik daripada Deborah Rozman, “jika anda tidak menguruskan emosi anda, maka emosi anda akan menguruskan anda,” maka menguruskan emosi anda adalah menjadi keutamaan anda dalam pengurusan diabetes. Ikuti langkah-langkah ini untuk menguruskan emosi anda:

  • Penerimaan dan pengakuan

Penerimaan dan pengakuan terhadap keadaan anda akan membantu anda memberi tumpuan kepada strategi untuk menguruskan penyakit ini. Anda juga harus belajar menerima dan mengakui emosi negatif yang mungkin timbul. Atasi emosi dengan mengubah pemikiran anda dengan melihat keadaan dengan cara yang positif.

Sebagai contoh, seseorang yang menghidap diabetes boleh berkata kepada dirinya sendiri, “Ini adalah perkara yang baik saya didiagnosis awal kerana tidak terlalu terlambat bagi saya untuk mula hidup dengan lebih sihat dan cuba untuk mengurangkan paras gula darah saya sehingga ianya  menjadi stabil”

  • Maafkan diri anda dan bangun daripada pengalaman ini

Sangat mudah bagi seseorang untuk jatuh ke dalam perangkap rasa bersalah, menyesal dan menyalahkan akibat akibat gaya hidup mereka. Tetapi penting bagi kita untuk mengetahui bahawa tiada siapa yang sempurna dan belajar untuk memaafkan diri kita sendiri. Lepaskan perasaan tersebut dan terus ke langkah seterusnya untuk menjadi lebih sihat.

  • Mempunyai pelan tindakan

Selepas melalui fasa awal penerimaan dan kesedaran, adalah lebih baik untuk beralih ke fasa seterusnya untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan diabetes. Ia adalah sangat berguna untuk meneruskan pelan tindakan yang melibatkan makanan dan kecergasan bersama rakan atau ahli keluarga.

  • Sentiasa berhubung

Berada dalam keadaan berseorangan boleh membuat pengurusan diabetes menjadi lebih teruk kerana pengasingan dapat membuatkan anda merasa lebih cemas. Bercakap dengan rakan dan keluarga anda untuk mendapatkan sokongan. Ahli keluarga terdekat yang menjalani kehidupan bersama dengan mereka yang menderita diabetes boleh membantu dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Ini boleh menjadi salah satu cara yang paling berkuasa untuk menyokong orang yang anda sayangi dengan membuat mereka berasa seperti mereka tidak bersendirian dalam hal ini.

  • Teknik relaksasi

Cuba luangkan masa untuk beberapa sesi ‘waktu’ yang damai di mana anda berhubung dengan alam semula jadi untuk membantu anda berehat dan melepaskan diri dari semuanya.

Menguruskan diabetes mungkin kelihatan sukar pada mulanya tetapi jika kita berhenti seketika dan menyusun semula pemikiran kita dan menyedari bahawa pengurusan diabetes sebenarnya melibatkan pemikiran yang sihat, emosi yang sihat dan corak tingkah laku yang sihat yang terdiri daripada pemakanan sihat dan aktiviti kecergasan yang sihat dan akhirnya mencapai gaya hidup yang sihat. Bukankah semua individu harus melakukan hal yang sama juga? Anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini untuk menjadi lebih sihat. Kita semua bersama-sama dalam hal ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ragnhild BjarkøyStrandberg, Mairt Graue, Tore Wentzel-Larsen, Mark Peyrot, Berit Rokne

Relationships of diabetes-specific emotional distress, depression, anxiety, and overall well-being with HbA1c in adult persons with type 1 diabetes,

Journal of Psychosomatic Research, Volume 77, Issue 3, September 2014, Pages 174-179

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022399914002499

https://www.webmd.com/diabetes/diabetes-emotional-mental-health#3

Holt, R. I. G., de Groot, M., & Golden, S. H. (2014). Diabetes and Depression. Current Diabetes Reports, 14(6), 491. http://doi.org/10.1007/s11892-014-0491-3

Tovah Wolf, Vera Tsenkova, Carol D. Ryff, Richard J. Davidson, Auriel A. Willette. Neural, Hormonal, and Cognitive Correlates of Metabolic Dysfunction and Emotional ReactivityPsychosomatic Medicine, 2018

Brain activity, reactivity help explain diabetics’ negative feelings and risk for depression

https://www.news.iastate.edu/news/2018/05/07/diabetesdepression

Diabetes and your emotions

https://www.diabetes.ca/diabetes-and-you/complications/diabetes-your-emotions

Sue Penckofer, PhD, RN, Carol Estwing Ferrans, PhD, RN, FAAN, Barbara Velsor-Friedrich, PhD, RN, and Suzanne Savoy, MN, RN,The Psychological Impact of Living With Diabetes, Women’s Day-to Day Experiences

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3700547/

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Jenama Beras ‘Mesra’ Pesakit Diabetes, Boleh Beli Di Sini!

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!


Ditulis oleh

Pamilia Lourdunathan

· Hello Health Group


Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan