backup og meta

Tekanan Punca Anda Dapat Diabetes, Betul Ke? Jangan Ambil Ringan 5 Punca Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/07/2022

    Tekanan Punca Anda Dapat Diabetes, Betul Ke? Jangan Ambil Ringan 5 Punca Ini!

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, ada banyak penyebab penyakit kencing manis. Selain cara makan dan gaya hidup, tekanan punca diabetes juga tidak terkecuali?

    Ia mungkin satu kenyataan yang agak pelik kerana ramai sangka bahawa diabetes itu punca stres namun bukan sebaliknya. Jadi, adakah kenyataan ini memang benar tepat?

    Jika ia benar, maka makin banyak sebab untuk kita elak diri daripada stres. Jom teruskan baca artikel ini untuk mengetahui jika tekanan punca diabetes.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Malaysia, sebuah negara kencing manis?

    Untuk pengetahuan anda semua, negara kita mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di benua Asia serta kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

    Memetik tinjauan yang diterbitkan di dalam Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada tahun 2019, kira-kira 1 daripada 5 individu di Malaysia menghidap kencing manis.

    Jika dikira dengan kasar, jumlah itu secara purata mungkin sudah melibatkan hampir 3.9 bilion individu dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap kencing manis.

    tekanan punca diabetes

    Mengejutkan? Sejujurnya, tidak. Ini kerana sudah jadi realiti di mana ramai individu di negara kita yang mengamalkan cara makan dan gaya hidup yang memang tidak sihat.

    Apa yang mungkin lebih membimbangkan adalah penderita penyakit ini sendiri tidak tahu bahawa mereka ada kondisi itu. Kenyataan ini juga boleh jadi punca stres bukan?

    Tekanan punca diabetes, fakta @ auta?

    Apa yang kita mungkin biasa dengar atau baca adalah diabetes punca tekanan namun tidak pula jika ia terbalik dan menjadi tekanan punca diabetes. Ia memang agak aneh.

    Sebenarnya, tekanan itu tidak akan langsung menjadi punca diabetes. Pun begitu, ada kajian yang kata bahawa memang ada kaitan di antara stres dengan diabetes jenis 2.

    Pertama, individu yang tinggi kadar hormon stres dalam badan cenderung untuk kurang atau tidak menghasilkan sel insulin dengan baik. Kesannya, diabetes boleh berlaku.

    Kedua, individu yang kerap stres juga mungkin akan lebih kuat makan sekali gus menambahkan berat badan. Sama juga dengan akibat yang di atas tadi, jadi kemungkinan diabetes untuk berlaku itu ada.

    Dalam erti kata lebih mudah, tekanan punca diabetes itu tidak benar. Pun begitu, ia masih boleh jadi salah satu daripada faktor risiko diabetes yang kita semua perlu waspada!

    tekanan punca diabetes

    Jadi, apa punca kondisi ini yang sebenar?

    Kita sudah tahu bahawa tekanan punca diabetes itu tidak benar dan ini dia antara penyebab diabetes:

    #1. Ambil gula dengan berlebihan

    Pengamalan diet dengan makanan dan minuman yang tinggi gula adalah punca utama penyakit kencing manis. Masakan popular di negara kita juga tidak membantu.

    Ini kerana kita mungkin tidak boleh lari daripada gula dan rasa manis. Namun, ia masih boleh dikawal dengan mengurangkan atau menggantikan gula dengan pemanis tiruan.

    #2. Berat badan yang berlebihan

    Angkara cara makan tidak sihat yang bukan sahaja tinggi gula malah karbohidrat dan lemak, sudah tentu berat badan anda juga akan bertambah dan jadi tidak lagi terkawal.

    Justeru, adalah penting untuk anda tahu bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti itu jauh lebih tinggi risiko menghidap diabetes berbanding mereka yang tidak.

    tekanan punca diabetes

    Punca diabetes #3. Gemar tinggal sarapan

    Memilih untuk tidak ambil sarapan pada waktu pagi adalah satu tabiat yang sangat buruk. Ini kerana sarapan adalah hidangan yang penting sebagai permulaan hari anda.

    Melangkau sarapan pagi dengan alasan untuk jimat masa adalah tidak wajar. Malah ia mungkin boleh jadi antara sebab yang menyumbang kepada penyakit diabetes jenis 2.

    Punca diabetes #4. Snek lewat malam

    Memakan makanan ringan atau segera selepas makan malam adalah sangat tidak digalakkan terutamanya buat mereka yang agak tinggi risiko diabetes.

    Ia mungkin boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Jika anda masih berasa lapar di waktu lewat malam, tidak salah ambil snek asalkan betul kualiti dan kuantitinya.

    #5. Waktu tidur yang tidak cukup

    Tidur yang kurang daripada 6 jam sehari boleh jadi punca sistem metabolisme tubuh badan anda terganggu. Kesannya, anda akan lebih mudah untuk menghidap kondisi ini.

    Lebih teruk, kurang tidur juga akan merangsang hormon dalam darah yang buat anda kelaparan, yang akan jadi faktor risiko penambahan berat badan. Rujuk penyebab di atas tadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan