backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kaki Bengkak Kerana Diabetes? Cuba 5 Petua Ini Untuk Surutkan Bengkak Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2022

    Kaki Bengkak Kerana Diabetes? Cuba 5 Petua Ini Untuk Surutkan Bengkak Anda!

    Ada pembaca yang bertanya berkenaan masalah kaki bengkak diabetes. Adakah diabetes kaki bengkak ini disebabkan oleh penyakit kegagalan buah pinggang? Apakah cara atau tip untuk atasi masalah ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Kaki bengkak diabetes, komplikasi yang sering dialami pesakit diabetes

    Pesakit yang menghidap diabetes atau kencing manis sememangnya amat berisiko untuk mengalami kaki bengkak diabetes atau diabetes kaki bengkak.

    Biasanya, masalah kebengkakan kaki ini berpunca daripada penyakit buah pinggang yang disebut sebagai nefropati diabetes.

    kaki bengkak diabetes

    Ia juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang diabetes kerana penyakit diabetes anda telah merosakkan saluran darah dan juga sel-sel lain dalam buah pinggang anda.

    Nefropati diabetes boleh menjejaskan keupayaan buah pinggang untuk melakukan tugasnya iaitu mengeluarkan bahan buangan dan cecair tambahan daripada badan anda.

    Cara terbaik untuk mencegah atau memperlahankan keadaan ini adalah dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan menguruskan diabetes dan tekanan darah tinggi anda dengan baik. 

    Tanda-tanda anda alami kebengkakan kaki disebabkan kegagalan buah pinggang

    kaki bengkak diabetes

    Pada peringkat awal berlakunya masalah nefropati diabetes ini, kebanyakan daripada penghidapnya tidak mengalami atau menunjukkan sebarang tanda dan simptom yang ketara.

    Namun, apabila ia sudah lama berlaku, ia akan menunjukkan beberapa simptom utama seperti:

    Diabetes kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh masalah lain!

    Pesakit kencing manis sememangnya amat cenderung untuk mendapat penyakit nefropati diabetes atau penyakit buah pinggang diabetes yang menyebabkan kebengkakan kaki.

    Namun, kita juga perlu tahu bahawa terdapat juga pelbagai isu atau masalah lain yang boleh menyebabkan diabetes kaki bengkak ini, dan ia bergantung kepada sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki.

    Antara masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan bengkak pada kedua-dua belah kaki ialah:

    Selain itu, antara masalah kesihatan yang boleh menyebabkan bengkak sebelah kaki ialah:

    • Trombosis urat dalam
    • Jangkitan kuman
    • Keradangan pada tisu kaki

    Tip untuk atasi masalah kaki bengkak diabetes

    kaki bengkak diabetes

    Keadaan kaki yang membengkak kerana diabetes boleh menyebabkan masalah edema.

    Edema merupakan satu keadaan di mana cecair akan terperangkap pada bahagian tubuh tertentu yang kemudiannya menyebabkan pembengkakan.

    Penghidap diabetes yang mempunyai kaki bengkak perlu menjalani pemeriksaan segera di hospital untuk mengelakkan ia bertambah buruk.

    Setelah anda berjumpa doktor, anda boleh melakukan tip-tip di bawah ini untuk membantu mengatasi masalah kaki bengkak diabetes:

    #1. Pakai stoking mampatan

    Stoking mampatan boleh membantu memberikan sedikit tekanan pada kaki dan ia boleh meningkatkan aliran darah dan mengelakkan masalah kaki bengkak.

    Jika anda tidak begitu pasti berkenaan pemakaian stoking biasa atau stoking mampatan, dapatkan nasihat doktor berkenaan kaedah pemakaian yang tepat.

    Secara umumnya, stoking mampatan yang dipakai tidak boleh terlalu ketat atau longgar.

    Selain itu, stoking kaki tidak boleh menutupi kawasan luka yang terbuka atau yang mempunyai bisul. 

    #2. Tinggikan kaki sekerap yang boleh

    Jika anda banyak duduk dalam tempoh yang agak lama, cuba angkat kaki anda sekerap yang boleh.

    Cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan berbaring dan meninggikan posisi kaki anda melebihi paras jantung.

    Anda boleh meletakkan bantal di bawah kaki anda ketika sedang berbaring di lantai atau sofa. 

    #3. Kurangkan pengambilan garam

    Garam boleh menyebabkan pengekalan cecair dalam tubuh. Oleh sebab itu, kita perlu mengurangkan pengambilan garam untuk mengelakkan masalah kebengkakan kaki.

    Tanya kepada doktor yang merawat anda berkenaan jumlah pengambilan garam yang selamat untuk anda setiap hari. 

    #4. Ambil suplemen magnesium

    Magnesium merupakan antara nutrien yang sangat penting untuk fungsi tubuh yang lebih optimum.

    Namun ramai individu yang tidak mendapat keperluan magnesium yang mencukupi setiap hari.

    Magnesium terbukti boleh membantu mengawal fungsi saraf dan menstabilkan kadar gula darah.

    Pengambilan antara 200 hingga 400mg magnesium setiap hari boleh membantu mengubati masalah kaki bengkak diabetes.

    Namun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu berkenaan jumlah selamat pengambilan magnesium dan kesannya terhadap ubat-ubatan lain yang anda ambil. 

    Tip surutkan kaki bengkak diabetes #5. Rendam dengan garam epsom

    Garam epsom boleh membantu meredakan kesakitan yang berkaitan dengan masalah kebengkakan kaki selain mengurangkan keradangan dalam tubuh.

    Caranya adalah dengan memasukkan garam epsom ke dalam air sejuk untuk rendaman kaki.

    Kemudian, rendamkan kaki anda antara 15 hingga 20 minit. 

    Jadi, apa tunggu lagi! Jom cuba tip-tip di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan