#5. Kerosakan saraf atau neuropati periferal
Ia adalah satu keadaan di mana terdapatnya kerosakan pada sistem saraf periferal.
Sistem saraf periferal ini bertindak menerima dan menghantar isyarat di antara sistem saraf pusat dan juga anggota tubuh badan yang lain.
Salah satu simptom jika berlakunya kerosakan saraf periferal ini ialah rasa kebas dan juga kesemutan pada tangan serta lengan.
Jangan risau, ikuti cara menghilangkan kebas tangan ini

Bagi merawat kebas pada tangan, ia perlulah melihat kepada punca yang menyebabkannya berlaku.
Namun bagi tangan kebas yang jarang berlaku atau disebabkan oleh postur tidur yang salah, anda tidak memerlukan sebarang rawatan khas.
Bagi penyebab yang lain, anda mungkin boleh mencuba cara menghilangkan kebas tangan seperti di bawah ini:
#1. Senaman
Jika anda melakukan senaman khusus bagi merawat sindrom Carpal tunnel, ia boleh membantu anda mengurangkan simptom yang dialami selain menguatkan otot anda.
Selain itu juga, senaman seperti aktiviti regangan dan postur senaman tertentu boleh mengurangkan simptom spondylosis serviks.
#2. Ubat-ubatan
Anda juga boleh mengambil ubat antiradang yang bukan steroid seperti ibuprofen atau aspirin.
Ubat-ubatan seperti ini boleh membantu mengurangkan kesakitan yang bersifat ringan yang berlaku pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain.
#3. Gunakan splints atau wrist guard
Anda juga disarankan untuk menggunakan wrist guard bagi membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus.
Ia secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf median tangan anda. Anda boleh menggunakan wrist guard ini sewaktu melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer.
#4. Ubat topikal
Penggunaan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada kulit boleh membantu melegakan kesakitan yang bersifat ringan dan juga kesakitan akibat kerosakan saraf periferal.
Ubat topikal seperto Biofreeze juga membantu melegakan kesakitan akibat sindrom Carpal tunnel.
#5. Ambil vitamin B-12
Kekurangan vitamin B-12 juga boleh menyebabkan tangan kebas. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B-12.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin B-12 seperti ikan salmon, telur dan juga hati.
#6. Pembedahan
Bagi sesetengah keadaan kekebasan yang teruk, pembedahan perlulah dijalani.
Ini termasuklah keadaan saraf termampat yang disebabkan oleh Carpal tunnel, TOS atau sista ganglion.
Jika berterusan, terus berjumpa doktor

Jika kebas tangan yang dialami tersebut berlaku dalam jangka masa panjang, segeralah berjumpa dengan doktor.
Selain itu juga, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya turut alami kekebasan pada kawasan lain tubuh badan anda.
Ini untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang komplikasi lain yang lebih serius yang tidak anda ketahui.