- Penglihatan yang kabur
- Melihat warna yang kelihatan pudar
- Ternampak lebih banyak floaters dalam penglihatan
- Penglihatan yang berganda
Jenis-jenis edema makula diabetes
Edema makula kadangkala dikelaskan berdasarkan jumlah pembengkakan yang dilihat pada retina mata.
Retina yang lebih tebal bermaksud terdapat lebih banyak pembengkakan. Ia juga bermaksud risiko kehilangan penglihatan yang lebih besar.
Ia juga ditentukan berdasarkan lokasi kerosakan pada saluran darah. Dalam beberapa kes, ia terhad kepada satu kawasan sahaja. Dalam kes lain, kerosakan lebih banyak berlaku di seluruh retina.
Apabila anda menjalani pemeriksaan mata, doktor mungkin melakukan beberapa ujian pada mata anda.
Ujian ini bertujuan menilai kehilangan penglihatan dan menunjukkan kerosakan pada saluran darah atau jumlah pengumpulan cecair (pembengkakan) pada retina.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit edema ini?

Mereka yang menghidap penyakit diabetes jenis 1 dan 2 sememangnya berpotensi untuk mendapat penyakit mata ini.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan faktor risiko tambahan kepada penyakit mata ini.
Faktor risiko tersebut ialah:
Ini kaedah rawatan untuk penyakit mata ini
Terdapat rawatan berkesan untuk penyakit ini. Sekiranya anda menghidap penyakit mata ini, beberapa rawatan dapat melindungi penglihatan anda.
Terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia untuk merawat edema makula, termasuklah:
Terapi laser
Terapi laser menggunakan sejenis laser kecil yng mensasarkan kawasan yang rosak pada retina.
Proses ini menutup saluran darah yang bocor dan mencegah pertumbuhan saluran darah yang tidak normal.
Terapi laser dapat membantu mengekalkan tahap penglihatan semasa anda dan mencegah kehilangan penglihatan yang lebih jauh.
Anda mungkin memerlukan beberapa rawatan laser dari masa ke masa untuk memperbaiki kerosakan mata.
Anda mungkin memerlukan rawatan tambahan sekiranya berlaku lebih banyak kerosakan mata.
Ubat suntikan
Terdapat dua kumpulan ubat suntikan: anti-VEGF dan steroid. Di dalam setiap kumpulan, terdapat beberapa jenis yang lain.
Doktor akan menentukan ubat tertentu dan kekerapan rawatan yang sesuai untuk anda.
Doktor akan menyuntik ubat ke mata anda dengan jarum yang sangat nipis. Ini akan membuatkan mata anda menjadi kebas bagi mengelakkan kesakitan ketika mereka memberi ubat ini.
Anti-VEGF membantu mencegah pertumbuhan saluran darah yang tidak normal yang boleh merosakkan mata. Ia juga membantu mengurangkan bengkak pada retina.
Berikut adalah ciri-ciri ubat anti-VEGF:
- Membantu mengurangkan jumlah cecair yang bocor ke dalam retina
- Mempunyai risiko komplikasi yang rendah dan dianggap selamat
- Berjaya memperbaiki penglihatan
Selain ubat anti-VEGF, steroid juga digunakan bagi merawat penyakit ini. Antara ciri-ciri kesan steroid dalam rawatan ialah:
- Membantu mengurangkan pembengkakan retina dan meningkatkan penglihatan
- Digunakan jika ubat anti-VEGF tidak lagi berfungsi
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, steroid boleh meningkatkan risiko mendapat katarak. Doktor akan mempertimbangkan sekiranya kesan baik melebihi daripada kesan buruk penggunaan steroid ini.