Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Neuropati diabetik adalah kerosakan saraf akibat daripada penyakit diabetes. Kadar gula dalam darah yang tinggi menyebabkan berlakunya gangguan saraf. Penghidap neuropati diabetik ini biasanya akan mengalami kesemutan, kebas dan sakit di bahagian tertentu.
Penyakit ini adalah lebih baisa berlaku terhadap pesakit dengan kawalan yang lemah, berat badan berlebihan, tahap lemak dalam darah tinggi dan tekanan darah tinggi serta berumur lebih daripada 40 tahun.
Semakin lama seseorang menghidap kencing manis, semakin besar risiko untuk mendapat neuropati. Neuropati mungkin menjejaskan sehingga 50% orang yang menghidap diabetes.
Simptom neuropati diabetik adalah luas dan bergantung sepenuhnya kepada bentuk neuropati yang hadir dan saraf yang dipengaruhinya. Simptom umumnya termasuk:
1. Neuropati periferal
Ia adalah jenis neuropati diabetes yang paling biasa. Ia memberi kesan kepada kaki dan betis terlebih dahulu, diikuti oleh tangan dan lengan. Tanda-tanda dan simptom neuropati perifer selalunya lebih buruk pada waktu malam, dan mungkin termasuk:
2. Neuropati autonomi
Sistem saraf autonomi mengawal jantung, pundi kencing, perut, usus, organ seks dan mata. Diabetes boleh menjejaskan saraf di mana-mana kawasan ini, mungkin menyebabkan:
3. Neuropati radiculoplexus (amyotrofi diabetik)
Neuropati radiculoplexus menjejaskan saraf di paha, pinggul, punggung atau kaki. Ia lebih biasa pada orang yeng menghidap diabetes jenis 2 dan orang dewasa yang lebih tua. Nama lain untuk jenis ini ialah amyotrofi diabetik, neuropati femoral atau neuropati proksimal.
Simptom biasanya pada satu sisi badan, tetapi kadang-kadang boleh merebak ke bahagian lain. Anda mungkin mengalami:
4. Mononeuropati
Mononeuropati (focal neuropathy), adalah kerosakan kepada saraf tertentu di muka, tengah badan (torso) atau kaki. Ia paling biasa berlaku kepada warga emas. Mononeuropati sering menyerang secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Walau bagaimanapun, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah jangka panjang.
Simptom biasanya hilang tanpa rawatan selama beberapa minggu atau bulan. Tanda dan simptom tertentu bergantung kepada saraf yang terlibat. Anda mungkin mengalami kesakitan di:
Mononeuropati juga boleh menyebabkan masalah saraf di mata dan muka, yang membawa kepada:
Kadang-kadang mononeuropati berlaku apabila sesuatu menekan saraf (mampatan saraf). Sindrom terowong karpal atau Carpal tunnel syndrome adalah sejenis neuropati mampatan biasa pada orang yang menghidap diabetes. Ia boleh menyebabkan rasa kebas atau kesemutan di tangan atau jari anda, kecuali pinkie anda (jari kecil). Tangan anda mungkin berasa lemah, dan anda boleh menjatuhkan sesuatu.
sekiranya anda mengalami simptom berkenaan, segera berjumpa doktor. Diagnosis awal dan apa-apa rawatan keadaan kesihatan memberi anda peluang terbaik untuk mengawal diabetes dan mencegah masalah pada masa hadapan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen