home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nafas Berbau Seperti Buah? BAHAYA! Ini Salah Satu Komplikasi Diabetes, Ketoasidosis Diabetik

Nafas Berbau Seperti Buah? BAHAYA! Ini Salah Satu Komplikasi Diabetes, Ketoasidosis Diabetik

Ramai daripada penghidap diabetes tidak menyedari bahawa mereka juga boleh mengalami ketoasidosis diabetik. Ketoasidosis adalah salah satu komplikasi akibat penyakit diabetes yang paling kerap berlaku.

Apakah sebenarnya ketoasidosis ini dan adakah cara untuk menghindarinya?

Apakah itu ketoasidosis diabetik?

Ketoasidosis adalah satu komplikasi yang berlaku apabila tubuh badan anda menghasilkan lebih banyak asid darah yang dikenali sebagai keton.

Komplikasi ini lebih dikenali dengan ringkasan DKA sahaja.

Apabila tubuh badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, maka gula dalam darah anda tidak dapat diproses dengan baik dan menyebabkan ia kekal berada di dalam darah.

Tubuh badan pula akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan menyebabkan peningkatan penghasilan keton dalam darah.

Inilah yang kemudiannya menyebabkan penyakit ketoasidosis diabetik.

Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan penghidap diabetes jenis 1 berbanding penghidap diabetes jenis 2.

ketoasidosis diabetik

Ini kerana, paras insulin dalam penghidap diabetes jenis 2 biasanya tidak berada pada paras yang terlalu rendah.

Namun, tidak mustahil untuk ia berlaku juga.

Ketoasidosis adalah satu penyakit yang amat berbahaya jika ia tidak dirawat dengan segera.

Tanda-tanda jika anda alami ketoasidosis diabetik

Ada beberapa tanda-tanda yang boleh diperhatikan sekiranya anda mengalami ketoasidosis diabetik.

Untuk makluman anda, tanda-tanda ini boleh berlaku dengan begitu cepat iaitu dalam tempoh 24 jam sahaja.

Antara tanda-tanda ketoasidosis diabetik ialah:

Tanda-tanda ini juga boleh menjadi tanda awal mengalami penyakit diabetes bagi sesetengah individu.

Selain daripada simptom di atas, ketoasidosis juga boleh dikesan melalui ujian gula darah dan juga ujian keton dalam air kencing anda.

Punca berlakunya komplikasi ini

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, komplikasi ini berkait rapat dengan paras gula dalam darah anda.

Gula ialah sumber tenaga utama bagi sel dan tisu dalam tubuh badan manusia.

Insulin pula berfungsi membantu gula untuk memasuki sel-sel tubuh.

Namun, sekiranya insulin tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi oleh tubuh, maka tubuh badan akan menggunakan lemak sebagai ganti kepada gula sebagai sumber tenaga sel.

Apabila lemak tubuh diuraikan, maka ia akan turut menghasilkan sejenis asid yang disebut sebagai keton.

Kesan dan juga komplikasi ketoasidosis diabetik

ketoasidosis diabetik

Kebanyakan kesan atau komplikasi yang disebabkan oleh ketoasidosis diabetik ini bukanlah berpunca daripada penyakit tersebut secara langsung.

Namun, ia berkait rapat dengan kaedah rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini.

Ketoasidosis ini akan dirawat dengan menggunakan cecair elektrolit dan juga insulin.

Antara komplikasi yang boleh berlaku daripada kaedah rawatan ini ialah:

#1. Hipoglisemia atau paras gula darah terlalu rendah

Penggunaan insulin membolehkan gula diproses untuk kegunaan sel.

Namun, jika paras gula darah jatuh secara mendadak disebabkan insulin, maka ia boleh menyebabkan hipoglisemia.

#2. Hipokalemia atau paras potasium terlalu rendah

Penggunaan cecair elektrolit dan juga insulin juga boleh menyebabkan paras potasium jatuh mendadak.

Apabila ini berlaku, ia boleh mengganggu perjalanan dan aktiviti organ penting tubuh seperti sistem saraf dan juga jantung.

#3. Pembengkakan pada otak

Perubahan paras gula darah secara mendadak juga boleh menyebabkan pembengkakan dalam otak.

Namun, ia lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang baru sahaja disahkan menghidap diabetes.

Cara-cara untuk mengelakkan keadaan ini

ketoasidosis diabetik

Terdapat beberapa langkah atau cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mendapat ketoasidosis ini. Ikuti langkah-langkah yang disarankan ini:

  1. Kerap periksa bacaan gula darah. Anda perlu kerap membuat pemeriksaan berkenaan bacaan gula darah anda. Ini membolehkan anda untuk mengesan bacaan gula darah yang terlalu tinggi dan terus mendapatkan rawatan dengan segera.
  2. Berhati-hati jika jatuh sakit. Apabila anda tidak sihat, doktor mungkin akan menasihatkan anda untuk lebih kerap membuat ujian gula darah selain memeriksa paras keton anda.
  3. Patuhi pelan rawatan diabetes. Jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang telah diberikan kepada anda. Selain itu, jika anda menggunakan suntikan insulin, pastikan anda tidak menghentikannya tanpa nasihat doktor yang merawat anda.
  4. Amalkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan. Pastikan anda mengambil makanan yang sihat selain melakukan beberapa aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan anda.
  5. Jangan ambil ubat tambahan sebarangan. Sekiranya anda merancang untuk mengambil ubat atau suplemen tambahan, sila rujuk dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Ini kerana, sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat ketoasidosis.

Kesimpulan

Ketoasisdosis adalah komplikasi akibat daripada paras gula darah yang terlalu tinggi dan tidak dikawal dengan baik.

Sekiranya ia terus dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan beberapa kesan lain yang memudaratkan tubuh badan anda.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.aafp.org/afp/2005/0501/p1721.html

https://www.diabetes.org/diabetes/complications/dka-ketoacidosis-ketones

https://medlineplus.gov/ency/article/000320.htm

https://www.nhs.uk/conditions/diabetic-ketoacidosis/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-ketoacidosis/symptoms-causes/syc-20371551

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz pada 2 minggu lalu
x