backup og meta

Tumbesaran Anak Terbantut? Ibu Ayah, Sila Kenal Pasti Ciri-ciri Ini!

Tumbesaran Anak Terbantut? Ibu Ayah, Sila Kenal Pasti Ciri-ciri Ini!

Pernah tak anda ditegur kerana saiz badan anak kecil berbanding kanak-kanak seusianya? Jika ya, adakah ini bermakna anak mengalami tumbesaran terbantut? Ini penjelasannya…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tumbesaran kanak-kanak terbantut 

Tumbesaran terbantut (faltering growth – sebelum ini disebut failure to thrive) merujuk kepada kadar pertambahan berat badan yang lebih perlahan pada zaman kanak-kanak daripada jangkaan mengikut usia dan jantina.

Bayi atau anak yang gagal berkembang dengan baik ketara kelihatan lebih kecil atau lebih pendek daripada kanak-kanak seusia mereka. 

Bagi remaja pula, mereka tampak lebih kecil dan rendah atau kurang perubahan yang biasa berlaku semasa akil baligh.

Namun, wujud definisi berbeza dalam apa yang dianggap sebagai pertumbuhan dan perkembangan normal.

Simptom tumbesaran terbantut 

Secara umum, kadar perubahan berat dan ketinggian lebih penting daripada ukuran sebenar.

Dalam tumbesaran kanak-kanak atau bayi yang gagal untuk berkembang ini, mereka akan mempunyai ketinggian, berat dan lilitan kepala yang tidak sepadan dengan carta pertumbuhan standard.

Kesannya tumbesaran mereka akan menjadi perlahan atau terhenti yang menjejaskan perkembangan dalam aspek: 

  • Kemahiran fizikal, seperti berguling, duduk, berdiri dan berjalan
  • Kemahiran mental dan sosial
  • Ciri-ciri seksual sekunder – tertangguh ketika remaja

Baca juga:

 3 situasi yang boleh menjadi punca tumbesaran terbantut

1. Pengambilan kalori yang rendah, punca tumbesaran kanak-kanak terbantut 

Bayi dan kanak-kanak memerlukan jumlah kalori berbeza mengikut usia, saiz, jantina, tahap aktiviti dan keperluan perubatan.

Ada kanak-kanak lebih besar sangat cerewet makan. Berjumpa dengan pakar boleh membantu mengatasi masalah ini.

2. Keperluan kalori yang tinggi 

Sesetengah keadaan perubatan memerlukan anak untuk mengambil lebih banyak kalori.

Sebagai contoh, penyakit jantung kongenital memerlukan jantung mengepam lebih cepat untuk memenuhi keperluan tubuh dan mempercepatkan metabolisme badan.

Jadi, anak memerlukan kalori tambahan untuk memenuhi peningkatan permintaan ini.

tumbesaran terbantut

Jika ini keadaannya, doktor akan membantu untuk membangunkan pelan bagi memenuhi keperluan kalori tambahan anak, termasuklah:

  • Suplemen: Makanan tambahan tinggi kalori boleh ditambah ke dalam susu ibu yang dipam atau formula. Untuk anak lebih berusia, mereka boleh mengambil minuman berkalori tinggi 
  • Snek: Bagi anak lebih besar, tanyakan doktor tentang kekerapan untuk memberikan hidangan makanan berkalori tinggi sebagai snek seperti mentega kacang dan keju
  • Penyusuan tiub: Bayi atau kanak-kanak dengan keperluan pemakanan kompleks mungkin memerlukan penyusuan tiub – melalui lubang hidung, tekak atau lubang pada perut – untuk menambah atau menggantikan penyusuan biasa

Punca tumbesaran terbantut #3. Masalah kesihatan lain 

Keadaan seperti penyakit seliak atau cystic fibrosis menyekat penyerapan nutrien makanan oleh tubuh.

Masalah penghadaman seperti sembelit kronik dan alahan makanan boleh menyebabkan waktu makan dan ke tandas sebagai situasi yang menyakitkan.

Anak autisme ada kalanya tidak suka tekstur atau rasa makanan tertentu, yang menjadikan mereka sukar untuk beralih kepada makanan pejal.

Kanak-kanak lebih besar pula mungkin hanya memilih untuk makan sejenis makanan sahaja.

tumbesaran terbantut

Diagnosis 

Amat penting untuk menentukan sama ada tumbesaran terbantut ini berpunca daripada masalah perubatan atau faktor persekitaran seperti penderaan atau pengabaian.

Punca perubatan yang menjejaskan tumbesaran kanak-kanak seperti:

  • Keabnormalan kromosom seperti sindrom Down dan sindrom Turner
  • Kecacatan dalam sistem organ utama
  • Masalah dengan sistem endokrin – kekurangan hormon tiroid, kekurangan hormon pertumbuhan atau hormon lain
  • Kerosakan pada otak atau sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan kesukaran menyusu pada bayi
  • Masalah jantung atau paru-paru yang boleh menjejaskan cara oksigen dan nutrien bergerak melalui badan
  • Anemia atau gangguan darah lain
  • Masalah gastrousus yang mengakibatkan malpenyerapan atau kekurangan enzim pencernaan
  • Gastroenteritis jangka panjang dan refluks gastroesophageal – biasanya bersifat sementara
  • Serebral palsi
  • Jangkitan jangka panjang (kronik)
  • Gangguan metabolik
  • Komplikasi kehamilan dan berat lahir rendah

Faktor lain yang menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terganggu:

  • Deprivasi emosi kesan penolakan, permusuhan atau penarikan diri ibu bapa
  • Masalah ekonomi yang menjejaskan aspek pemakanan, keadaan kehidupan dan sikap ibu bapa
  • Pendedahan kepada jangkitan, parasit atau toksin
  • Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makanan di hadapan televisyen dan tidak mempunyai waktu makan berjadual

Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak dapat ditentukan.

Rawatan untuk tumbesaran terbantut 

tumbesaran terbantut

Rawatan bergantung kepada punca pertumbuhan dan perkembangan terbantut. 

Tumbesaran kanak-kanak yang terjejas akibat faktor pemakanan boleh diselesaikan dengan menyediakan diet yang seimbang.

Jika faktor psikososial terlibat, rawatan akan melibatkan memperbaiki dinamik keluarga dan keadaan hidup. Sikap dan tingkah laku ibu bapa mungkin menyumbang kepada masalah anak dan perlu diteliti. 

Dalam kebanyakan kes, anak mungkin perlu dimasukkan ke hospital pada permulaan untuk memberi tumpuan kepada pelan rawatan perubatan, tingkah laku dan psikososial yang komprehensif.

Jangan berikan anak sebarang suplemen tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.

Masalah tumbesaran anak terbantut ini boleh diatasi dengan sokongan keluarga sepenuhnya. 

Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak, jadi jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan mereka, berbincang dan dapatkan bantuan doktor.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Failure to Thrive. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/failure-to-thrive#:~:text=Infants%20or%20children%20who%20fail,ideal%20weight%20for%20their%20height, Accessed on Dec 11, 2021
  2. Faltering growth. https://www.topdoctors.co.uk/medical-dictionary/faltering-growth, Accessed on Dec 11, 2021
  3. Faltering Growth in Children. https://patient.info/doctor/faltering-growth-in-children, Accessed on Dec 11, 2021
  4. Why isn’t my child gaining weight? 3 factors that can cause ‘failure to thrive’. https://utswmed.org/medblog/what-causes-failure-to-thrive/, Accessed on Dec 11, 2021
  5. New NICE guideline on Faltering Growth published. https://www.rcog.org.uk/en/about-us/nga/nga-news/nice-guideline-faltering-growth/, Accessed on Dec 11, 2021
  6. Understanding faltering growth in primary care settings. https://www.independentnurse.co.uk/clinical-article/understanding-faltering-growth-in-primary-care-settings/213020/, Accessed on Dec 11, 2021

 

Versi Terbaru

02/03/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Orang Asyik Cakap Anak Anda Kurus? Fahami Dulu Kenapa Ia Terjadi & Cara Atasinya!

Anak Kerap Mengamuk, Hiperaktif & Buat Perangai, Cek Balik Makanan Yang Mereka Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan