Telur dan ikan merupakan pilihan yang baik. Kekacang juga mengandungi protein dan zat besi. Anda boleh memperkenalkan lentil, kacang kuda atau kacang tanah kepada si kecil anda.
Buah-buahan tidak akan memberi bayi anda nutrisi yang banyak namun dapat membekalkan kandungan air dan gula yang tinggi.
Anda juga boleh memberikan bayi anda sajian bijirin dua kali sehari untuk memastikan si kecil anda mendapatkan zat besi yang cukup.
Produk tenusu seperti keju dan yogurt juga sebenarnya boleh dihidangkan namun dalam amaun yang sedikit sahaja.
Kajian juga menunjukkan bahawa bayi dapat mengingati rasa makanan yang ibu mereka makan semasa sedang hamil.
Sebagai contoh, bayi berumur 3-10 bulan yang ibunya gemar minum jus lobak pada trimester terakhir kehamilan atau ketika menyusukan bayi lebih cenderung untuk menunjukkan minat terhadap bijirin yang diperbuat daripada jus lobak berbanding bahan yang lain.
Pun begitu, tidak terdapat sebarang jaminan jika si ibu gemar makan sayur brokoli, anaknya juga akan menyukainya.
Semakin banyak dan pelbagai makanan sihat yang anda berikan kepada mereka, lebih besar peluang untuk bayi anda membesar dengan sihat.
Biar si manja menentukan amaun makanan pejal mereka

Anda perlu berhati-hati dengan tidak memberikan mereka terlalu banyak makanan dalam satu masa. Anda boleh memberikan mereka makanan yang baru hanya sekali dalam masa tiga hari.
Ini dapat mengelakkan si kecil anda daripada menjadi keliru selain membuat anda dapat mengenalpasti masalah pemakanan yang dialami oleh bayi.
Biarkan si manja anda sendiri menentukan amaun makanan mereka.
Memandangkan mereka mempunyai mekanisme yang dapat mengesan kelaparan dalam diri mereka sendiri, mereka dapat mengenalpasti jumlah kalori yang diperlukan tanpa sebarang bantuan.
Paksaan dan ugutan sama sekali tidak akan berkesan untuk membuat mereka makan selain mengakibatkan masalah pemakanan yang serius buat mereka apabila menginjak usia dewasa kelak.
Setiap bayi adalah berbeza. Oleh itu, reaksi mereka terhadap makanan juga adalah berlainan. Jadi, bersabarlah. Ia adalah kunci utama dalam proses memperkenalkan makanan pejal kepada si kecil.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen