backup og meta

Muka Bilal, Ikut Neelofa Atau PU Riz? Ini Pengaruh Genetik Pada Wajah Anak, Ibu Bapa Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/03/2023

    Muka Bilal, Ikut Neelofa Atau PU Riz? Ini Pengaruh Genetik Pada Wajah Anak, Ibu Bapa Kena Tahu!

    Sebut sahaja nama Bilal anak Neelofa, semua orang rasa teruja ingin melihat mukanya. Ada yang mengatakan si kecil ini persis wajah umminya, namun tidak kurang juga berpendapat Bilal mengikut rupa abahnya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

    Tetapi tahukah anda kaitan genetik dan rupa paras? Adakah muka anak akan lebih dipengaruhi genetik ibu atau ayah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bilal anak Neelofa

    Sebut sahaja Bilal anak Neelofa, pasti pelbagai cerita terbayang di fikiran anda, betul tak? 

    Betapa lama netizen menunggu Neelofa untuk berkongsikan wajah penuh Bilal.

    Bahkan, baru-baru ini tular kisah mengenai netizen yang menyebarkan wajah si comel ini tanpa kebenaran selebriti terkenal itu.

    Sebenarnya rupa anak ini akan mengikut genetik atau lebih mudah disebut gen si ibu atau ayah, ya?

    Menurut kajian, ada bahagian tertentu pada anak akan mengikut genetik ibunya. Manakala bahagian yang lain pula, dipengaruhi genetik si ayah.

    bilal anak neelofa

    Bagaimana genetik berfungsi?

    Sebelum kita ‘menentukan’ Bilal anak Neelofa lebih mengikut wajah siapa, ayuh kita fahami mengenai fungsi genetik.

    Warna rambut, mata dan kulit setiap individu adalah mengikut satu gen yang menentukan gabungan pigmen. Ini boleh menjadikan rambut, mata dan kulit lebih cerah atau lebih gelap.

    Bagaimana untuk mengetahuinya? Mungkin anda boleh mulakan dengan melihat album gambar keluarga, walaupun sukar untuk menentukan secara tepat anak mengikut wajah siapa.

    Tetapi ada beberapa cara untuk memahami bagaimana genetik ini berfungsi.

    Biasanya terdapat dua versi untuk setiap gen: satu kuat, dalam genetik ia dipanggil dominan dan yang lemah dipanggil resesif.

    Secara amnya, seorang bayi mewarisi gen daripada kedua ibu bapanya. Sebahagian daripada mereka akan menjadi dominan dan beberapa bahagian lain resesif.

    1. Warna mata bayi

    Bagaimanakah ia menentukan warna mata bayi?

    Mata bayi akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sebelum warnanya menjadi stabil. Sel penghasil warna dalam iris memerlukan pendedahan cahaya untuk diaktifkan.

    Baca juga:

    Warna mata bayi akan bergantung pada gabungan alel (gen sepadan) yang mereka warisi daripada setiap ibu bapa.

    Sebagai contoh, jika salah seorang ibu bapa mempunyai mata gelap dan pasangannya mata cerah, bayi berkemungkinan mendapat mata gelap. Ini kerana alel coklat atau gelap adalah dominan.

    2. Warna rambut Bilal anak Neelofa

    Jika diperhatikan warna rambut Bilal seperti keperang-perangan, betul tak? Jadi si kecil ini mengikut siapa ya?

    Seperti mata, warna rambut juga ditentukan oleh pigmen. Jadi warna rambut bayi adalah campuran pigmen warna rambut anda dan pasangan.

    Jika ibu bapa mempunyai warna rambut yang sama, berkemungkinan besar si kecil juga akan mengikutinya. Mungkin terdapat sedikit perbezaan pada warnanya tetapi ia masih dalam julat warna yang sama.

    Walau bagaimanapun, anak mungkin mempunyai warna rambut yang berbeza daripada ibu bapa mereka.

    Ini berlaku apabila gen resesif daripada satu induk bercampur dengan gen daripada induk yang lain.

    3. Ketinggian dan berat

    Boleh ke kita meramal ketinggian seorang bayi? Malangnya, ukuran bayi semasa lahir tidak semestinya ‘meramalkan’ ketinggian dan berat masa hadapan.

    Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi saiz bayi yang baru lahir, termasuk diet ibu bapa mereka semasa mengandung serta pelbagai keadaan kesihatan. Pun begitu, ada cara untuk meramal ketinggian bayi jika anda mahu melakukannya. 

    bilal anak neelofa

    Ia mempertimbangkan potensi genetik anak berdasarkan purata ketinggian ibu bapa – dikenali sebagai mid parental atau kaedah Tanner.

    Caranya adalah:

    • Catat ketinggian ibu dan ayah
    • Dapatkan ketinggian purata antara kedua-dua ketinggian tersebut
    • Tambahkan 6.35 cm (2 ½ inci) jika ingin meramalkan ketinggian anak lelaki. Sekiranya ketinggian yang ingin diramal adalah untuk anak perempuan, kurangkan 6.35 cm
    • Hasilnya adalah ramalan ketinggian anak dewasa nanti

    Contoh kiraan, sekiranya tinggi ibu 155 cm dan ayah 165 cm, jadi purata ketinggian adalah 160 cm. 

    Cara pengiraannya: (155 cm + 165 cm) / 2 = 160 cm.

    Jangkaan ketinggian anak:

    Anak lelaki (tambahkan 6.35 cm): 166.35 cm

    Anak perempuan (kurangkan 6.35 cm): 153.65 cm

    Adakah ia tepat? Sudah tentu tidak kerana ia sekadar ramalan. Tetapi tiada ruginya untuk mencuba, betul tak?

    Bilal anak Neelofa, lebih mengikut ummi atau abah?

    bilal anak neelofa

    Biasanya apabila melihat bayi baru lahir, mereka akan lebih kelihatan seperti bapanya. Adakah itu bermakna bayi kelihatan lebih seperti si ayah berbanding ibu? Tidak juga.

    Tidak boleh dinafikan kebanyakan sifat atau gen melangkau satu atau dua generasi. Maka anda mungkin akan melihat lebih banyak sifat nenek atau datuk pada si kecil berbanding diri sendiri. Mungkin dalam kes si comel Bilal ini, dia lebih mengikut genetik neneknya, siapa tahu?

    Ada kalanya, bayi mungkin akan nampak saling tak ubah seperti ibu bapanya, atau sama seperti adik-beradiknya mahu pun langsung tidak menyerupai sesiapa dalam ahli keluarga anda. Segalanya mungkin.

    Anak berkongsi 50% DNA mereka dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain, ini sekali gus membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk variasi.

    Kesimpulan 

    Akhirnya, setelah beberapa bulan menanti, kini kita semua sudah pun dapat melihat rupa sebenar Bilal anak Neelofa.

    Tidak berlebihan jika penulis menyatakan ramai orang menantikan saat-saat untuk melihat wajah sebenar Bilal yang selama ini disorok oleh umminya.

    Jadi kalian rasa, si comel ini ikut muka siapa? Ummi atau abahnya?  

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan