#4. Nutrisi
Tanpa bekalan kalori dan nutrisi yang berterusan, badan kanak-kanak tidak akan mampu untuk membesar pada kadar yang normal.
Kebanyakan negara membangun masih berdepan masalah malnutrisi yang sangat membimbangkan bagi mereka. Penduduk di kawasan ini juga lebih cenderung mengalami kekurangan berat badan serta kurang ketinggian daripada yang sepatutnya.
Ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak terutamanya 9 asid amino yang berlainan. Selain itu, kekurangan iodin, zink, fosforus, kalsium dan vitamin juga akan merencatkan tumbesaran kanak-kanak.

#5. Pencemaran
Pencemaran udara akan mendatangkan kesan negatif kepada organ pernafasan yang turut memberi kesan kepada pembantutan tumbesaran si manja.
Pencemaran ini juga akan memberi kesan kepada pelbagai kondisi kesihatan lain yang juga akan mengakibatkan kesan negatif kepada tumbesaran mereka.
Pendedahan kepada plumbum juga adalah berbahaya buat kanak-kanak kerana ia boleh masuk ke dalam badan dan merencatkan tumbesaran normal otak dan organ dalam badan mereka.
#6. Bangsa
Faktor bangsa juga akan memberi impak terhadap berat, tinggi, fitur, warna kulit serta bentuk tubuh badan sesorang individu. Ini merupakan punca mengapa setiap kanak-kanak akan mempunyai perbezaan daripada segenap aspek mengikut bangsa keturunan mereka.
#7. Tumor pituitari
Ada individu yang mempunyai tumor pituitari sejak kelahiran lagi dan ada juga yang akan mempunyainya kelak. Tumor ini akan memperlahankan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, kesan tumor ini terhadap tumbesaran bergantung kepada bagaimana tumor tersebut merosakkan kelenjar.
Sebagai contoh, kondisi ‘gigantism’ mungkin boleh berlaku sekiranya tumor tersebut merangsang hormon tumbesaran seseorang individu.
#8. Perubatan yang akan jejaskan tumbesaran
Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang akan menjejaskan pertumbuhan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sedang mengambil Ritalin iaitu sejenis ubat untuk merawat hiperaktif, akan mengalami tumbesaran yang perlahan.
Kanak-kanak yang mengambil beberapa jenis ubat-ubatan mungkin akan menjadi lebih ringan dan pendek berbanding kanak-kanak seusia mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, sila lebih peka terhadap faktor-faktor ini ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen