backup og meta

Kurang Berat? Bantu Anak Naikkan Berat Badan secara Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    Kurang Berat? Bantu Anak Naikkan Berat Badan secara Sihat

    Selain daripada masalah anak mengalami berat badan berlebihan, masyarakat sering terlepas pandang tentang sebilangan besar kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan. Adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan tingkah laku pemakanan kanak-kanak secara beransur-ansur dan menambah lebih kalori dalam diet harian mereka. Di sini ada beberapa petua untuk ibu bapa yang berasa risau tentang anak mereka yang kurang berat badan.

  • Fahami punca-puncanya

  • Berikut adalah antara sebab-sebab biasa yang menyukarkan kanak-kanak untuk mendapatkan berat badan ideal:

    • Isu hormon atau metabolisma
    • Penggunaan ubat- ubatan
    • Terlebih aktif yang boleh membakar kalori lebih daripada biasa
    • Alergi terhadap makanan
    • Tekanan psikologi daripada rakan-rakan sekeliling

    Ibu bapa disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak. Jangan ragu-ragu untuk bertanyakan sebarang soalan atau kebimbangan untuk pemahaman yang terbaik tentang keadaan anak-anak anda. Memandangkan punca-punca boleh berlaku daripada ubat atau alergik kepada makanan, pakar kanak-kanak adalah orang yang boleh memberi diagnosis dan rawatan yang betul.

    1. Ubah gaya pemakanan

    Ibu bapa seharusnya memberi makanan dengan lebih kerap kepada anak mereka yang kurang berat badan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai saiz perut yang kecil, jadi mereka perlu mengambil masa untuk menghabiskan sesuatu makanan sebelum boleh makan makanan yang lain. Oleh itu, anda boleh cuba berikan 5 atau 6 hidangan makanan sehari dan tambah sedikit snek di antara setiap hidangan makanan. Ibu bapa juga seharusnya perlu menekankan kepada kepentingan jadual waktu makan. Kekalkan ia pada suatu tujuan khusus dalam sehari dan beritahu anak anda kepentingan pengambilan makanan yang sihat supaya mereka seronok mengambil makanan tersebut. 

    Berbanding memaksa kanak-kanak untuk meninggalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, ibu bapa seharusnya cuba untuk menjadi contoh teladan yang baik buat anak mereka. Kanak-kanak selalunya akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Jadi, amalkan pengambilan makanan yang sihat dengan memasukkan makanan-makanan seperti buah-buahan dan makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian keluarga. Elakkan juga makan makanan segera. 

    1. Pilih makanan yang kaya dengan kalori dan nutrisi

    Biskut, snek dan makanan ringan hanya kaya dengan kalori. Ianya tidak membekalkan sebarang vitamin yang sihat dan nutrisi kepada tubuh badan anak anda. Justeru itu, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua-dua kalori serta nutrisi, seperti berikut: 

    • Mentega yang bersusu
    • Susu dan krim
    • Telur
    • Pisang
    • Avokado
    • Daging
    • Kentang
    • Buah-buahan tropika

    Pilih snek dengan bijak kerana kanak-kanak kurang berat selalunya cepat berasa lapar. Mereka memerlukan jumlah kebiasaan untuk snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan kering, fit bar atau bijirin penuh gandum.

    1. Tambah lebih kalori dalam makanan

    Keju dan susu sering menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kalori dan nutrisi anak. Ibu bapa seharusnya cuba untuk membuat pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menukar cita rasa anak-anak mereka. Taburkan keju pada sebarang makanan, tambah susu ke dalam sup atau buatkan semangkuk sup berkrim untuk anak-anak anda. Langkah ini sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan atau kanak-kanak akan berasa tidak selesa dengan perubahan yang boleh membawa kepada kesan yang sebaliknya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan