home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kemurungan Semasa Zaman Remaja Boleh Jejaskan Memori Individu Ketika Zaman Tua

Kemurungan Semasa Zaman Remaja Boleh Jejaskan Memori Individu Ketika Zaman Tua

Satu kajian baharu dalam skala besar yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi daripada University of Sussex, United Kingdom telah menemui perkaitan yang jelas diantara siri kemurungan dan kebimbangan yang dialami oleh orang dewasa dalam umur 20, 30 atau 40an, dengan penurunan fungsi memori apabila mereka berumur 50an. Kajian tersebut yang diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry adalah antara kajian yang pertama dilaksanakan untuk melihat hubungan diantara simptom kemurungan yang dialami selama tiga dekad awal zaman pertengahan dewasa dan pengurangan fungsi kognitif semasa umur pertengahan.

Ahli-ahli psikologi telah menganalisis data daripada National Child Development Study yang diwujudkan pada tahun 1958 dengan kohort melebihi sebanyak 18,000 bayi dan telah memantau peserta tersebut bermula daripada kelahiran mereka sehingga ke zaman kanak-kanak dan seterusnya ke zaman dewasa. Para penyelidik mendapati bahawa pengumpulan simptom yang dialami oleh peserta selama tiga dekad memberikan petunjuk kuat penurunan secara selari atau terus menerus dalam fungsi memori ketika mereka berusia 50 tahun. Mereka menemui bahawa satu siri kemurungan atau kebimbangan mempunyai sedikit kesan keatas fungsi memori orang dewasa pada umur pertengahan mereka, tanpa mengira pada dekad bila mereka mengalaminya.

Pensyarah Kanan psikologi di universiti tersebut, Dr. Darya Gaysina menyatakan, para penyelidik mendapati bahawa semakin banyak siri kemurungan yang dialami oleh individu dalam zaman dewasa mereka, maka semakin tinggi risiko kecacatan kognitif yang akan mereka miliki dalam kehidupan selepasnya. Penemuan ini menekankan pentingnya pengurusan kemurungan yang berkesan untuk mencegah perkembangan masalah kesihatan mental yang berulang dengan hasil negatif dalam jangka masa panjang.

Selain daripada itu, para penyelidik turut menilai kelancaran lisan, kelajuan pemprosesan maklumat dan skor ketepatan peserta apabila mereka berumur 50 tahun. Siri kemurungan dan kebimbangan tidak banyak memberi kesan kepada empat bidang fungsi kognitif yang terakhir tetapi kehilangan memori yang berkaitan menunjukkan bahawa gejala kemurungan yang dialami ketika zaman dewasa awal berpotensi untuk mengakibatkan peserta menghidap dementia pada zaman dewasa yang lebih tua.

Para penyelidik daripada EDGE Lab, University of Sussex ini turut menyatakan peluang untuk melindungi fungsi memori masa hadapan dengan menggalakkan intervensi kesihatan mental dalam kalangan remaja dan orang dewasa dan mereka menyeru kerajaan UK untuk melabur dalam aspek kesihatan mental remaja dan orang dewasa sebagai langkah pencegahan untuk melindungi kesihatan otak generasi dan populasi yang sedang bergerak ke zaman penuaan.

Kajian ini turut menjadi satu ingatan kepada semua individu agar melakukan aktiviti yang boleh melindungi kesihatan mental masing-masing seperti mengekalkan hubungan yang kuat bersama rakan dan ahli keluarga, menyertai aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan atau melibatkan diri dengan aktiviti yang menenangkan seperti meditasi. Kesemua contoh aktiviti tersebut telah terbukti meningkatkan fungsi mental dan melindungi kesihatan mental. Jumpa dan dapatkan nasihat dan pertolongan daripada doktor atau ahli psikologi sekiranya anda menyedari sebarang simptom kemurungan atau kebimbangan dalam diri anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/03/190320215810.htm

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 26/03/2019
x