backup og meta

Terkedu Bila Anak Tanya Soalan Pelik? Ini 5 Tip Jawab, Baru Ibu Ayah Tak Pening Kepala!

Terkedu Bila Anak Tanya Soalan Pelik? Ini 5 Tip Jawab, Baru Ibu Ayah Tak Pening Kepala!

Anak pintar biasanya akan sering tanya soalan. Ada kalanya soalan tersebut mungkin langsung tidak pernah kita sebagai ibu bapa jangkakan.

Isunya di sini, bagaimana caranya untuk menjawab soalan-soalan pelik dan mungkin mengejutkan daripada si kecil?

Jika anda dibelenggu situasi ini, ayuh baca selanjutnya bagi mendapatkan jawapan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bila anak pintar tanya soalan

Bagi mereka yang mempunyai anak, sudah tentu mengetahui bagaimana rasanya apabila dikejutkan dengan soalan pelik, sukar dan janggal daripada mereka.

Ia boleh datang pada bila-bila masa tanpa diduga – semasa bersarapan, sebelum tidur atau ketika berada di dalam kereta.

Penting untuk ibu bapa ingat bahawa ciri-ciri anak pintar adalah apabila mereka kerap bertanyakan soalan – itu menandakan anak sedang mencari maklumat.

Walaupun mungkin soalan tersebut janggal atau mengejutkan, ia masih dianggap sebagai petanda yang baik – bermakna mereka sedang belajar dan mempunyai kepercayaan dalam hubungan dengan individu yang ditanyakan soalan.

Sebaliknya, jika anak berhenti bertanyakan soalan, AWAS, itu adalah tanda amaran kepada ibu bapa di luar sana!

Jadi untuk membantu kalian mengendalikan situasi ini, berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:

anak pintar

1. Apabila anak tanya soalan, dapatkan kepastian

Jangan tergesa-gesa untuk menjawab – jeda dan dapatkan penjelasan. Ia dilakukan untuk beberapa sebab.

Ia memberikan anda masa untuk memilih perkataan dengan berhati-hati. Di samping itu, ia dapat menghalang anda daripada memberikan jawapan yang salah.

Sebagai contoh apabila anak bertanya soalan seperti “Kenapa ada siang dan malam?” Sebelum memberikan jawapan saintifik, anda mungkin ingin bertanyakan kenapa mereka bertanyakan soalan tersebut terlebih dahulu.

Tujuan soalan ditanya mungkin tidak seperti apa yang kita fikirkan. Berkemungkinan besar anda akan memberikan terlalu banyak maklumat yang mereka belum bersedia menerimanya.

Ambil masa sebelum menjawab dan pastikan maklumat jawapan bersesuaian dengan usia anak.

2. Fakta mengikut kesesuaian usia anak pintar

Sama ada anda ingin menyampaikan berita tentang kematian insan tersayang, kehilangan pekerjaan atau penyakit yang serius, adalah penting untuk memahami bahawa si kecil memproses maklumat sedikit demi sedikit.

Ini bermakna, anda harus bersedia secara mental dan fizikal untuk mengulangi topik yang sama – mungkin berulang kali.

Kanak-kanak menerima maklumat dengan cara sama seperti mereka makan sebiji epal. Anak tidak mengunyah sebiji epal dalam satu masa. Sebaliknya, mereka menggigit, berehat dan kembali mengulangi kitaran yang sama.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

3. Mencari jawapan bersama

“Itu soalan yang bagus. Jom sama-sama kita mencari jawapannya”, adalah antara respons paling baik boleh anda berikan apabila si anak pintar bertanyakan soalan yang rumit, seperti sains, sejarah, bangsa, jantina, politik atau insiden menakutkan dalam berita.

Mungkin anda berasa tidak selesa dengan jawapan yang telah diberikan kepada soalan anak. Jangan bimbang, anda boleh menjawabnya semula dengan berkata, “Mama sedang memikirkan lebih lanjut mengenai soalan Husna, nanti kita cari sama-sama jawapannya, okay?”

Pendekatan tersebut akan membuatkan anda tidak berasa seperti memandai-mandai atau mengada-adakan sesuatu yang mungkin akan dikesali kemudian hari.

anak pintar
Jenis gaya keibubapaan yang sesuai.

Anak pintar #4. Yakinkan mereka selamat dan disayangi

Apabila anak bergelut dengan situasi tidak pasti atau menakutkan, soalan yang akan ditanya biasanya seperti:

  • Apa yang akan berlaku kepada saya? 
  • Adakah saya akan selamat
  • Adakah orang akan menjaga saya?

Anda harus menjawab persoalan tersebut dan jangan membiarkan ia tergantung.

Jika berlaku perceraian, yakinkan bahawa anak akan sentiasa disayangi ibu bapa dan perpisahan yang berlaku bukan disebabkan mereka.

Sekiranya melibatkan kematian keluarga tersayang, pastikan si kecil tahu bahawa terdapat ramai lagi individu dalam hidup mereka yang dianggap sebagai keluarga.

5. Jaga diri dan usah sembunyikan emosi

Sebagai individu dewasa, kita perlu mempunyai sistem sokongan dan harus menjaga diri sendiri. Jika tidak, adalah sukar untuk membantu anak-anak.

Sebagai contoh, jika anda perlukan masa sendiri selepas berlaku kematian ahli keluarga, dapatkan bantuan rakan baik atau ahli keluarga untuk menjaga anak buat seketika.

Tetapi itu tidak bermakna, anda harus menutup segala kesedihan atau perasaan yang dialami. Jangan malu untuk menangis di hadapan anak dan berikan penjelasan mudah difahami mereka seperti, “Mama sedih kerana merindui Tok Wan.”

anak pintar
Sembunyikan emosi daripada anak yang masih kecil.

Usah menyekat emosi anda sendiri. Bahkan ibu bapa yang berani mempamerkan emosi sebenarnya bagus untuk fungsi emosi si kecil sendiri.

Kesimpulan

Kita sebagai ibu bapa mungkin tidak mempunyai jawapan kepada semua persoalan anak pintar. Tidak mengapa, usah berasa malu atau bimbang. 

Apabila berasa tidak tahu mahupun tidak pasti dengan jawapan yang ingin diberikan, kita boleh mencari bersama-sama anak.

Adalah lebih baik kita memberikan jawapan jujur daripada mencipta sesuatu yang mungkin salah hanya kerana ingin menampakkan diri pandai dan serba boleh.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Kids Ask (Really) Tough Questions: A Quick Guide. https://www.npr.org/2019/02/28/698304854/when-kids-ask-really-tough-questions-a-quick-guide, Accessed on Nov 15, 2022
  2. How to answer a child’s tough questions. https://www.firstfiveyears.org.au/child-development/how-to-answer-a-childs-tough-questions,  Accessed on Nov 15, 2022
  3. Help! I Don’t Know How to Answer My Kid’s Tough Questions. https://www.crossway.org/articles/help-i-dont-know-how-to-answer-my-kids-tough-questions/, Accessed on Nov 15, 2022
  4. Resilience guide for parents and teachers. https://www.apa.org/topics/resilience/guide-parents-teachers, Accessed on Nov 15, 2022
  5. What’s the best way of asking children sensitive questions? https://www.lse.ac.uk/media-and-communications/assets/documents/research/eu-kids-online/toolkit/frequently-asked-questions/FAQ-23.pdf, Accessed on Nov 15, 2022
  6. Talking to Kids about Sensitive Topics. https://www.mbfpreventioneducation.org/sensitive-topics/,  Accessed on Nov 15, 2022

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Tip Ajar Anak Tulis ABC? Mama Boleh Mula Dengan 5 Cara Ini, Baru Si Kecil Seronok!

7 Jenis Mainan Budak Ini Harus Ada Dalam Setiap Rumah, Bagus Untuk Perkembangan Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan