Simptom seperti kekurangan sel darah merah juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalaman kronik yang disebabkan oleh cacing tersebut.
Ada juga individu yang mengalami simptom disebabkan oleh rembesan bahan toksin oleh cacing tersebut.
Mereka, kebiasaannya, akan mengalami keresahan, ruam, loya, muntah dan cirit-birit.
Jika tidak dirawat dengan baik, cacing tersebut boleh membiak dengan banyaknya, menyebabkan simptom menjadi semakin teruk seterusnya menurunkan tahap kesihatan individu tersebut.
Mitos: Kanak-kanak sahaja yang perlu makan ubat cacing

Masalah kecacingan boleh berlaku kepada mana-mana individu.
Ia kebiasaannya, menjangkiti populasi kanak-kanak berikutan kurang kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dan sistem pertahanan tubuh yang lemah.
Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat dengan ubat cacing dewasa, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan.
Organ yang terlibat bukanlah usus sahaja, bagi sesetengah spesies cacing, organ seperti kulit, paru-paru dan otak menjadi sasaran memandangkan mereka boleh memasuki salur darah.
Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi.
Walau bagaimanapun, digalakkan bagi setiap individu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan untuk mengelakkan komplikasi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen