Kasut roda merupakan salah satu permainan yang kian mendapat perhatian kanak-kanak dan remaja. Malah, permintaan kasut beroda budak juga semakin meningkat naik.
Kasut roda merupakan salah satu permainan yang kian mendapat perhatian kanak-kanak dan remaja. Malah, permintaan kasut beroda budak juga semakin meningkat naik.

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang tertanya-tanya jika roller skates ini baik untuk kesihatan anak. Mana tidaknya, aktiviti yang memerlukan anak untuk mengimbang badan selalunya nampak bahaya. Anak juga lebih berisiko untuk jatuh dan tercedera ketika bermain roller skates.
Bagi ibu bapa di luar sana yang risau akan keselamatan anak masing-masing, di bawah kami sediakan kupasan mengenai kebaikan roller skates terhadap kesihatan mental dan fizikal anak. Lepas ini, bolehlah sokong hobi anak dan galakkan mereka bermain roller skates!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tidak dinafikan, sebarang bentuk senaman adalah baik untuk kanak-kanak. Bermain kasut roda bukan sahaja boleh memantapkan imbangan, ia juga merupakan sejenis senaman yang dapat membantu anak kita mengeluarkan peluh dan bersosial dengan teman sebaya yang lain.
Selain itu, ada banyak lagi kebaikan bermain roller skates untuk kanak-kanak. Antaranya:
Menurut sebuah kajian yang dijalankan di University of Massachusetts, bermain roller skates dapat membakar kalori yang seakan-akan sama dengan aktiviti berjoging. Malah, orang dewasa yang suka berkasut roda boleh membakar sekitar 9 hingga 10 kalori setiap minit. Banyak tu!
Walau bagaimanapun, jika dibandingkan antara dua jenis senaman ini, impak roller skates pada sendi lebih rendah daripada aktiviti berlari. Jadi, ia tidak akan menyebabkan anda rasa sakit kaki jika bermain terlalu lama.

Ada orang yang mempunyai keseimbangan badan yang mantap sejak lahir. Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat keupayaan ini secara semula jadi.
Dengan latihan, anda dapat mengasah keupayaan anak untuk menyeimbangkan badan dengan baik. Salah satunya adalah dengan bermain kasut roda.
Tetapi, mengapa anak anda perlu mempunyai keseimbangan badan yang baik? Untuk pengetahuan anda, mereka yang pandai mengimbangkan badan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk tercedera disebabkan jatuh.
Malah, ia juga boleh mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan ketika melakukan aktiviti harian seperti berjalan atau duduk.
Pernah tak anda nampak orang menangis sambil bermain roller skates? Mestilah tidak pernah kan!
Selain aktiviti seperti berjoging, bermain futsal, mendengar muzik dan bersosial, bermain roller skates juga boleh membuatkan semua orang rasa lebih gembira dan kurang stres. Malah, mood anda juga akan jadi lebih baik jika anda selalu bersenam.
Menurut National Heart Foundation, penyakit seperti serangan jantung dan strok merupakan antara pembunuh utama di dunia. Malah, di Amerika Syarikat, hampir 787,000 orang meninggal dunia disebabkan serangan jantung sahaja.
Bermain roller skates merupakan satu bentuk senaman aerobik yang baik untuk badan. Malah, aktiviti bermain roller skates dapat meningkatkan degupan jantung anda sebanyak 140-160 degupan per minit.
Selain membuatkan anda lebih sihat, bermain roller skates juga dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan risiko depresi. Malah, ia juga boleh buatkan anda rasa gembira!
Tidak dinafikan, senaman dapat membuatkan anda rasa seronok, semuanya disebabkan rembesan hormon yang juga dikenali sebagai endorfin. Hormon ini juga akan dihasilkan sewaktu badan kita melakukan senaman ringan.

Jika anak anda berminat untuk bermain roller skates, ada beberapa pantang larang yang perlu ibu bapa tahu sebelum bermula. Antaranya:
Ibu bapa boleh:
Jangan sesekali:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
29/04/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip