Definisi
Apa itu Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk COPD?
Penyakit pulmonari obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease, COPD) ialah sejenis penyakit paru-paru yang membuatkan seseorang susah untuk bernafas. Ia kebiasaannya gabungan dua penyakit yang disebabkan oleh merokok: bronkitis kronik dan emfisema. Semakin lama, ia boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk dan masalah jantung.
COPD tidak boleh sembuh tetapi ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan simptom.
Satu-satunya cara yang paling boleh diharapkan untuk memperlahankan COPD ialah berhenti merokok.
Sejarah perubatan anda memberikan klu penting yang dapat membantu doktor membuat diagnosis penyakit pulmonari obstruktif kronik.
Mengapa ia dijalankan?
Sejarah dan pemeriksaan fizikal membantu doktor membuat diagnosis. Ia merupakan perkara rutin dan bahagian yang penting bagi setiap sesi bersama doctor.
Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian
Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?
Sejarah dan pemeriksaan yang cermat pada jantung anda juga harus dilakukan untuk menyingkirkan penyakit jantung yang boleh terkait atau menyebabkan simptom yang sama dengan COPD. Ini adalah penting kerana merokok meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga COPD. Pemeriksaan jantung mungkin menemukan degupan jantung laju atau tanda-tanda kegagalan jantung.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen