Kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana untuk memahami kekuatan dan kelemahan anak anda dalam proses pembelajaran bagi memastikan mereka dapat belajar dengan baik.
Mengapa cara belajar kanak-kanak lelaki dan perempuan berbeza?
Kajian berkaitan fungsi otak yang dijalankan menggunakan teknik imbasan jelas sekali menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan cenderung belajar dengan cara yang berbeza. Otak kanak-kanak perempuan cenderung kepada fungsi lisan. Ini menunjukkan kanak-kanak perempuan cenderung untuk belajar lebih baik sekiranya perkara yang mereka belajar itu melibatkan bahasa dan penulisan. Selain itu juga, bahagian hippocampus dalam otak kanak-kanak perempuan lebih besar daripada kanak-kanak lelaki. Bahagian ini mengawal fungsi memori, perhatian, pemikiran dan bahasa. Ini juga menunjukkan mengapa kanak-kanak perempuan lebih peka terhadap bahasa dan lebih mudah mengingati sesuatu perkara daripada kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pula cenderung kepada fungsi mekanikal dan fungsi spatial. Ini menunjukkan kanak-kanak lelaki cenderung untuk belajar lebih baik dengan bantuan gambar dan pergerakan.