Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka kekal aktif setiap hari. Ini kerana, aktiviti fizikal membantu dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat. Namun, tidak ramai ibu bapa yang tahu cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak aktif beraktiviti sama ada di rumah atau di luar. Mari kita lihat apakah aktiviti kanak-kanak yang sesuai untuk perkembangan mereka yang lebih sihat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa kanak-kanak digalakkan bereksplorasi?
Eksplorasi adalah proses di mana kanak-kanak meneroka persekitaran mereka, mencuba perkara baharu dan belajar melalui pengalaman secara langsung.
Ia adalah aktiviti kanak-kanak secara semula jadi yang mendorong rasa ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka.
Dalam konteks perkembangan si kecil, eksplorasi adalah elemen penting yang menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Eksplorasi membantu merangsang minda mereka dengan cara yang unik.
Melalui aktiviti kanak-kanak seperti membaca, bermain teka-teki dan mencuba eksperimen sains, si manja belajar konsep-konsep asas yang penting seperti penyelesaian masalah, logik dan kreativiti.
Ini membina asas yang kukuh untuk perkembangan akademik mereka pada masa hadapan.
Melalui aktiviti kanak kanak seperti berlari, melompat dan mendaki pula, ia boleh memperkukuhkan otot dan tulang mereka 1.
Aktiviti kanak-kanak ini bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal mereka, tetapi juga membantu dalam koordinasi motor dan keseimbangan badan.
Bukan itu sahaja, daripada aspek perkembangan sosial, eksplorasi juga memainkan peranan penting dalam pembangunan kemahiran sosial kanak-kanak.
Melalui interaksi dengan rakan sebaya, mereka belajar tentang kerjasama, perkongsian dan komunikasi 2.
Aktiviti kanak-kanak secara berpasukan seperti permainan berkumpulan dan sukan mengajar mereka nilai-nilai seperti kerja berpasukan, kesabaran dan empati.
Eksplorasi menerusi aktiviti kanak-kanak di rumah
Aktiviti kanak kanak tidak semestinya memerlukan peralatan mahal atau persekitaran yang luas.
Terdapat pelbagai jenis permainan dan eksperimen yang boleh dilakukan di rumah menggunakan bahan-bahan harian.
Contohnya, permainan pendidikan seperti teka-teki dan puzzle membantu mengasah minda kanak-kanak dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah 3.
Permainan kad dan papan seperti ‘Scrabble’ dan ‘Monopoly’ pula menggalakkan pembelajaran sambil bermain, meningkatkan kemahiran berfikir dan matematik 4.
Eksperimen sains mudah atau aktiviti STEM seperti eksperimen baking soda dan cuka mengajar kanak-kanak tentang reaksi kimia.
Manakala aktiviti STEM seperti menanam kacang hijau membolehkan anak belajar tentang proses tumbesaran tumbuhan dan kepentingan penjagaan alam sekitar.
Contoh-contoh ini adalah antara aktiviti STEM yang sesuai dijadikan sebagai aktiviti cuti sekolah bersama anak.
Aktiviti kanak kanak: Eksplorasi melalui seni
Eksplorasi melalui seni dan kreativiti juga boleh membantu dalam perkembangan kanak-kanak.
Aktiviti kanak-kanak seperti melukis, mewarna dan membuat kolaj menyokong perkembangan motor halus 5.
Kanak-kanak belajar mengawal pergerakan tangan dan jari mereka dengan lebih baik, yang penting untuk kemahiran menulis dan kemahiran motor lain 5.
Selain itu, aktiviti seni juga merangsang imaginasi dan kreativiti, membolehkan mereka meluahkan perasaan dan idea dalam cara yang unik.
Anak boleh diajar melakukan projek DIY (Do It Yourself) bersama keluarga kerana ia bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memperkukuh hubungan kekeluargaan.
Contohnya, projek membuat permainan daripada bahan kitar semula atau menghasilkan dekorasi rumah daripada kertas dan bahan seni lain.
Barang-barang terpakai seperti kotak dan botol plastik boleh digunakan untuk membuat roket mainan atau rumah anak patung.
Aktiviti kanak-kanak ini mengajar mereka tentang perancangan, penyelesaian masalah dan kerjasama.
Melalui projek ini, mereka juga belajar menghargai usaha dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu dengan tangan mereka sendiri.
Projek ini juga adalah antara aktiviti cuti sekolah yang sangat baik.
Eksplorasi bersama alam semula jadi
Mencari aktiviti cuti sekolah? Ini masanya untuk anda menikmati dan menghargai alam semula jadi.
Berada di luar rumah dan berinteraksi dengan alam sekitar boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental 6.
Selain itu, aktiviti kanak-kanak seperti berjalan-jalan di taman, mendaki bukit atau berkelah di pantai membolehkan mereka menikmati udara segar dan cahaya matahari, yang penting untuk kesihatan fizikal mereka.
Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, berjalan di taman, bermain di taman permainan, atau mengumpul daun dan bunga boleh menjadi aktiviti yang mendidik dan sangat menyeronokkan.
Manakala untuk anak yang lebih besar pula, aktiviti kanak-kanak seperti berbasikal, mendaki bukit atau berkhemah boleh membina daya tahan fizikal serta kemahiran sosial mereka.
Maka, boleh jadikan ia sebagai aktiviti cuti sekolah anak anda setiap tahun.
Peranan ibu bapa dalam menyokong eksplorasi aktiviti kanak-kanak
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi halangan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak semasa eksplorasi mereka.
Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan masa yang sama merangsang deria mereka.
Ini termasuklah dengan memastikan kawasan bermain selamat daripada bahaya dan menyediakan permainan serta bahan yang sesuai untuk peringkat umur dan tahap perkembangan anak-anak.
Ibu bapa juga boleh menggalakkan eksplorasi dengan memberikan sokongan moral dan motivasi, serta memastikan anak-anak mempunyai kebebasan yang cukup untuk mencuba perkara baharu tanpa rasa takut akan kegagalan.
Untuk menggalakkan anak-anak mencuba perkara baharu, ibu bapa perlu memberi galakan positif dan mengelakkan kritikan yang berlebihan.
Membina keyakinan diri kanak-kanak adalah penting agar mereka berani untuk meneroka dan belajar daripada kesilapan.
Satu teknik yang berkesan adalah dengan memberi pujian dan pengiktirafan terhadap usaha mereka 7.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap yang terbuka dan positif terhadap pembelajaran dan eksplorasi si kecil.
Manfaat Friso Gold dalam menyokong eksplorasi anak anda
Ibu bapa yang prihatin sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak mereka dalam setiap aspek.
Apabila anak bereksplorasi dengan dunia sekeliling, kesihatan dan kekuatan tubuh anak akan menjadi keutamaan.
Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu dibekalkan dengan nutrien berkhasiat setiap hari.
Susu Friso Gold boleh memainkan peranan penting dalam menyokong eksplorasi dan perkembangan mereka ini melalui perlindungan usus yang baik.
Ini kerana, usus yang sihat adalah kunci kepada tumbesaran dan perkembangan holistik.
Friso Gold bukan sahaja mengandungi nutrien, tetapi kandungan di dalamnya juga memastikan ia mudah dihadam dan diserap oleh perut si manja.
Antara kelebihan susu ini ialah:
- Diformulasikan dengan nutrien susu Novas, 2’-FL, dan GOS yang membantu menyokong perlindungan usus anak anda 8 9
- NOVAS Signature Milk dengan mineralisasi kasein rendah membolehkan protein susu mudah dihadam oleh perut anak, sekali gus menyediakan tenaga untuk aktiviti kanak-kanak
- Kandungan 2’-FL dalam Friso Gold memperkukuh mikrobiota usus yang sihat dan menyokong daya ketahanan kanak-kanak 10 11
- Probiotik B. Laktik HNO19 pula membantu menyokong perlindungan usus 12 13
- Menggunakan teknologi LocNutri® yang memastikan protein susu lebih dekat dengan keadaan semula jadi dan aslinya, menjadikannya mudah diserap oleh usus. Teknologi ini mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadi susu dalam bentuk cecair lalu meningkatkan penghadaman dan perlindungan usus
- Kandungan GOS dalam susu ini pula menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik, untuk menyokong keseimbangan mikroflora usus 8 9
Dengan semua kebaikan di atas, susu Friso Gold memberikan kekuatan dari dalam untuk anak anda meneroka dunia luar.
Friso Gold dihasilkan menerusi pengalaman selama 150 tahun kepakaran sains tenusu Belanda. Ia memastikan setiap langkah bermula daripada pemilihan lembu sehinggalah kepada fasa pemprosesan susu mematuhi standard kualiti yang telah disemak.
Sistem kebolehkesanan TrackEasy pula membolehkan ibu bapa mengesan tin susu ke ladang asal di Belanda yang memberikan jaminan tambahan tentang produk ini.
Kesimpulan
Eksplorasi adalah elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal dan sosial.
Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan penting dalam menyokong eksplorasi ini dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan merangsang serta memberi galakan positif.
Dapatkan susu Friso Gold untuk anak anda di sini sekarang!
[embed-health-tool-child-growth-chart]