2. Meningkatkan tumpuan dan memori anak anda
Permainan ini dapat meningkatkan tumpuan anak anda. Ini kerana permainan ini memerlukan fokus yang sangat lama dalam meneliti dan mencari kepingan yang sesuai dalam permainan susun suai gambar ini. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan memori anak anda. Ini kerana kanak-kanak kebiasaannya gemar untuk bermain set permainan susun suai gambar yang sama lalu menyebabkan mereka mudah untuk mengingati setiap kepingan dalam suatu set permainan tersebut. Ini sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anak anda.
3. Melatih kemahiran motor dan koordinasi anak anda
Permainan ini merupakan antara cara yang terbaik dan menarik untuk membantu melatih kemahiran motor anak anda. Ini kerana permainan ini memerlukan anak anda untuk memegang, mengangkat serta mencantum kepingan set permainan susun suai gambar ini setepatnya. Selain itu juga, permainan ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan anak anda. Ini kerana permainan ini turut memerlukan manipulasi koordinasi mata dan tangan yang sesuai. Permainan ini akan menjadi latihan yang bagus untuk kemahiran menulis anak anda kelak.
4. Melatih kemahiran sosial anak anda
Kadangkala, permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan. Selain dapat menanam semangat bekerjasama dan berkomuniti, permainan ini secara tidak langsung dapat melatih anak anda untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam usaha mereka berbincang mengenai kesesuaian kepingan set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Ini sekaligus dapat melatih kemahiran sosial anak anda.
5. Mengajar anak anda erti kesabaran
Permainan ini adalah sangat mencabar dan memerlukan masa dan kesabaran yang sangat tinggi. Sepanjang proses mencantum dan menyempurnakan setiap kepingan set permainan susun suai gambar ini, anak anda akan mula mengajar diri mereka sendiri akan erti kesabaran. Secara tidak langsung juga, mereka turut akan menanam sikap tidak putus asa dalam diri.
6. Menajamkan skil penyelesaian masalah anak anda
Tentu sahaja permainan ini adalah tidak mudah bagi kanak-kanak. Mereka memerlukan pemikiran yang logik dan kreatif demi menyelesaikan masalah dalam set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Sepanjang bermain permainan ini, mereka dapat menajamkan skil penyelesaian masalah mereka menerusi pemikiran logik dan kreatif yang dapat digunakan untuk permainan susun suai gambar yang seterusnya. Skil ini juga sangat penting bagi menjalani kehidupan mereka dewasa kelak.
7. Menambahkan pengetahuan kognitif anak anda
Permainan ini boleh wujud dalam bentuk gambar yang pelbagai tema dan topik. Contohnya gambar haiwan, tumbuh-tumbuhan, kenderaan dan makanan. Selain itu juga, permainan ini turut mempunyai kepelbagaian dalam bentuk, warna malahan saiznya. Ini secara tidak langsung dapat merangsang kepekaan visual dan sekaligus menambahkan pengetahuan kognitif anak anda yang gemar bermain permainan ini.