backup og meta

5 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Masalah Mental, Ayuh Bantu Mereka Sejak Dari Awal!

5 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Masalah Mental, Ayuh Bantu Mereka Sejak Dari Awal!

Kanak-kanak membesar melalui beberapa fasa yang akan mengubah tingkah laku dan emosi mereka. Namun tidak semua yang mereka lakukan boleh dikategorikan sebagai suatu fasa tumbesaran. Kanak-kanak yang berkelakuan pelik mungkin menunjukkan mereka mengalami masalah mental. Anda perlu mengambil perhatian terhadap tanda-tanda masalah mental ini agar intervensi awal dapat dilakukan.

Angin tidak baik untuk tempoh masa yang lama

Semua orang boleh mengalami angin tidak baik. Wanita dewasa yang sedang datang bulan juga mengalaminya. Namun kanak-kanak yang menunjukkan angin tidak baik selama dua minggu berturut-turut, berkemungkinan mempunyai tahap kesihatan mental yang tidak normal.

Perubahan tingkah laku yang drastik

Kanak-kanak yang kerap melawan ibu bapa dan bersikap hiperaktif juga berpontesi terjerumus ke dalam keadaan mental yang membimbangkan. Jika anda melihat tingkahlaku ganas seperti tidak teragak-agak untuk mencederakan orang ataupun haiwan, anda dinasihatkan untuk segera membawa anak anda berjumpa pakar psikologi.

Perubahan fizikal

Perubahan ini sangat mudah untuk dilihat. Penurunan atau pertambahan berat badan yang mendadak juga menunjukkan anak anda sedang bergelut dengan gangguan mental. Penurunan berat badan anak anda mungkin disebabkan oleh hilang selera makan yang berpunca daripada kemurungan. Pertambahan berat badan pula mungkin disebabkan oleh anak anda hanya memikirkan tentang makanan akibat kebosanan. Perubahan fizikal yang drastik juga boleh dipengaruhi oleh pengambilan dadah atau alkohol. Jika ibu bapa mereka pernah mengalami masalah ketagihan, anak mereka juga cenderung mewarisi tabiat buruk ini.

Sukar untuk fokus

Kanak-kanak boleh menjadi sangat aktif dan kurang konsentrasi. Namun jika anak anda sukar untuk fokus sekalipun terhadap tugasan yang mudah, mereka mungkin menghidapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kondisi ini terjadi apabila minda anak-anak dipenuhi dengan rasa bersalah, rasa malu dan kematian. Jika berlarutan kondisi ini akan membahayakan anak anda kerana boleh menyebabkan penghidap ADHD ini membunuh diri. Ibu bapa boleh mengesan tanda-tanda penyakit mental ini dengan melihat kelakuan sehari-harian anak anda dan melihat keputusan akademik mereka.

Ketakutan dan kegelisahan

Kanak-kanak sangat mudah dipengaruhi. Mereka mudah takut kepada hantu atau apa-apa cerita seram yang diceritakan kepada mereka. Namun jika anak anda berulang-ulang menunjukkan reaksi kerisauan, ketakutan malahan panik yang melampau, anda perlu mengawal keadaan tersebut dengan kadar segera.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kanak-kanak seringkali dihidangkan dengan imej negatif di media massa seperti ketagihan, penggunaan senjata dan bunuh diri sebagai jalan keluar daripada kesengsaraan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan anak-anak tidak mengambil pendekatan menganggap apa yang dipaparkan di media massa sebagai sesuatu yang normal. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Warning Signs Of Common Mental Health Disorders In Kids. http://www.medicaldaily.com/5-warning-signs-common-mental-health-disorders-kids-246069. Accessed March 21, 2017.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Macam Mana Nak 'Apply' Cuti Jaga Anak Kuarantin? 'Parents' Yang Bekerja, Ikut Panduan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan