Tidak dinafikan bahawa proses mengajar Khalishah ini ada kalanya mempunyai masa-masa sukar dan senang.
Namun, Khalishah mudah faham dengan apa yang diajarkan ibunya itu, selain dia sendiri suka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ini 5 cara ajar anak menulis yang dikongsikan Puan Mastura!

Setelah melihat pelbagai tip dan cara ajar anak menulis yang dikongsikan di media sosial, Puan Mastura menggabungkan teknik-teknik ini dan mengaplikasikannya semula kepada si anak.
Berikut adalah 5 cara mengajar anak menulis yang telah Puan Mastura gunakan:
#1. Kenalkan aktiviti pratulis
Sebelum mengajar menulis dengan betul, Puan Mastura memperkenalkan aktiviti pratulis terlebih dahulu kepada anaknya seawal umur 2 tahun.
Aktiviti seperti ini banyak melibatkan penggunaan motor halus otak dan ia memerlukan lebih banyak kawalan dan pergerakan otot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengoyakkan kertas, menampal kertas, mengepit penyepit pakaian, menyusun blok, menulis di atas pasir dan sebagainya.
#2. Buat aktiviti sambungkan garisan
Selain itu, Puan Mastura juga memberikan latihan menyambung garisan putus-putus kepada anaknya, Khalishah.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan anaknya menulis mengikut garisan atau corak yang akan diberikan kelak.
Selain itu, latihan ini juga boleh membiasakan kanak-kanak untuk memegang pensil dengan betul.
#3. Biarkan anak melukis atau menconteng
Ada kalanya, Puan Mastura akan memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menulis, menconteng atau melukis.
Namun bukanlah di merata-rata tempat, tetapi pada kertas A4 yang telah diberikannya itu.
Cara ini juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan menulis apa sahaja mengikut imaginasinya.
Pendekatan secara kreatif seperti ini juga merupakan antara cara ajar anak menulis.
#4. Mula ajar huruf dan nombor ketika 4 tahun
Apabila Khalishah sudah mula memasuki umur 4 tahun, barulah Puan Mastura mula mengajarkannya menulis huruf, nombor dan lain-lain lagi.
Ini kerana pada ketika ini, anaknya itu telah faham dan tahu memegang pensil dengan baik.
#5. Belikan buku atau hadiah
Apabila anaknya sudah mula pandai menulis, Puan Mastura mula membelikan buku yang sesuai dengan peringkat umur anaknya bagi merangsang kemahiran motor halus dan juga berfikir.
Selain itu, jika Khalishah selalu membuat latihan menulis dan pandai menulis dengan baik, Puan Mastura juga memberikan hadiah dan ucapan penghargaan kepada anaknya sebagai ganjaran dan galakan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen